~anda mau follow?? thanks yaa~~

Friday, June 26, 2009

bayangkan!!!!

Sekadar mengisi masa lapang..
Cuba anda bayangkan anda berada di situasi si kanak2 ini.
Apa yang bakal anda buat?





Dan pernah kah anda melalui pengalaman sebegini?
2 kerja dalam 1 masa...






nothing to display

Disebabkan Sang Puteri xtau nak menulis ape untuk post kali ni, so, keluarlah gamba2 yang agak lucu dan sedikit mengarut.. Nilailah sendiri..





















wanna watchin more???? at FUN EVIL...

pics...

Maybe entry ni merupakan entry2 terakhir Sang Puteri sebelum dia diterbangkan jauh nun di utara... tp, kali ni biarlah pic saje yg menjadi kandungan entry kali ini...


gamba ni masa Sang Puteri wat jamuan BBQ ngan dak2 klas


ni gamba cicak kat ledang



haaa, tau la kan katne...


kalu diamati btol2, akan nampak gamba kecik ala2 cendawan


yeahhh!! fantastic 4..




kambing @ lembu??



kat area2 makmal fizik



lurung gelap????



idea2 dak klas Sang Puteri 06/07



pokok berjalan???







gamba2 ni walaupun kecik tp tetap menjadi ingatan..
1st pic, terkandas dalam kehujanan...
2nd pic, jamuan blog yg diadakan pada waktu malam dan di tengah2 padang...
3rd pic, cinta dari 2 hati...
4th pic, segala bear yg bermastautin di bilik Sang Puteri...
5th pic, bday kek Sang Puteri yg ke 18 dan disambut bersama sama rakan...

Thursday, June 25, 2009

Estranged

Salah satu band yang digilai Sang Puteri adalah band ESTRANGED. Lagi2 makhluk yang diberi nama ANDY...








kisah pak cik karim

Kisah ni tercipta bila petang tadi Sang Puteri sedang enak2 berbual dengan org2 yg menetap di sekeliling istananya. Sedang asyik dia bergosip, tbe2 datang pak cik karim.. Memang tidak dapat dinafikan pak cik karim memang akan sentiasa berkeliaran di seluruh pelosok negeri jajahan kepunyaan Sang Puteri ini apatah lagi petang sudah menjelma.. Targetnya cuma 1, kanak2 ataupun makhluk yg sedang kehausan tahap cipan. Sebenarnya niat murni pak karim cuma 1, ingin meluaskan perniagaannya. Namun, cita2 murninya terpakse dibatalkan akibat daripada onar 1 makcik ni. Patut x patut dy sebarkan ajaran songsang kat anak kecilnya. Mahal sangat ke harga 50$ atau rm1 bginya sehinggakan terpaksa memberitahu,

'Nak, pak cik tu letak taik idungnya kat makanan tu',

Fikirlah. Patutke jiwa suci kanak2 berusia 6 tahun itu diporak perandakan. Bagaimana ekonomi pak cik karim hendak mantap jika si kanak2 tersebut menghebohkan kisah pak karim ke sekalian kanak2 di situ? Sedih sungguh hati si penulis untuk meneruskan lg penulisannya.. Patutlah Sang Putera menyuruh si penulis meriwayatkan kisah ini. Supaya menjadi pedoman kepada bakal2 ibu @ ayah di luar sane. Janganlah anda merosakkan jiwa suci seorang kanak2.. Hendak dipendekkan cerita, pak karim yg disebut2 sejak awal kisah ini adalah singkatan kepada PAK CIK AIS KRIM...

KISAHDIWAKTUPETANG

Walaupun ape yg korang da bace dalam post2 aku yang dulu mcm ala2 skema tapi 2 bukan realiti hidop aku. Tp,dsebabkan aku kena menurut perintah Sang Puteri, terpaksalah aku mengabdikan diri, tulis skema2 ni. Papepun aku sbg si penulis ni, org bley katekan aku ni cute. what eva la.. Yang penting aku seronok bekerja dengan Sang Puteri. Walau ramai yg mengatakan

"BODOH R KO NI!!!".

Tp 2 sume tidak mengganggu kredibiliti aku sbg si penulis.... Sebab kalu aku ni kurang pandai xkan aku bley lancarnye menguruskan blog mangkuk ni. Oooppsss.. Terlepas suda.. Ampun2.. hehehe

berita lunch

Hendak dikabarkan takut burok pulak rupanya. Tp dihebahkan jua..

Dengan ini diisytiharkan bahawa Sang Puteri akan dibawa ke utara semenanjung malaysia pada keesokkan hari bagi merealisasikan impiannya untuk bergelar pembuat ubat ubatan yang ternama..

Namun ape yang dirisaukan oleh Sang Puteri, bagaimana hendak diimport masuk dayang2 serta gundik2nya. Sedangkan di dalam yuran pengajian hanya 1 kepala yang dibayar dan dibenarkan berada di kawasan pengajiannya... Oleh kerana Sang Puteri telah dididik untuk berdikari sejak kecil, maka ini bakal tidak menjadi masalah kepada Sang Puteri. Apatah lagi si penulis akan memastikan yang Sang Puteri akan berjaya mengharungi hidupnya bersendirian selama 4 tahun...

Tapi mampukah Sang Puteri menongkah arus, menolak segala cabaran yang ada untuk menghadapi keseorangan hidop sedangkan Sang Putera yang bertakhta di hati nun berada jauh diibu kota bandaraya malaysia.. Sedang belajar untuk mengikuti langkah2 mahusia yang bermata sepet..

Huh, besar sungguh dugaannya...

siapakah Sang Puteri?








Kat dalam 3 pic inilah terselitnya Sang Puteri.. Hendak diberitahu umum, takut lak esok ade penjenayah yang datang untuk mencolek Sang Puteri. So, demi keselamatan Sang Puteri, segala wajah Sang Puteri tidak dapat ditunjuk umum.. Sehinggalah tiba masa yang sesuai... Ketika gambar ini dirakamkan, Sang Puteri sedang dalam proses pembelajaran di utara negeri kelahirannya..


cinta vs global warming

Memang tidak dapat dinafikan, cinta boley menjadikan seseorang tu bertanggungjawab, setia, penyabar, berfikiran positif, berani, sedia berkhidmat untuk negara, dan yang paling penting cinta boleh membutkan seseorang itu melupakan segala kedukaan yang berlaku 10 tahun lalu ataupun seminit yang lalu.

Namun cinta juga boley mengakibatkan seseorang itu bertindak lebih agresif. Bahkan sudah banyak terpampang di dada2 akhbar 'Pembunuhan kerana cinta'. Tapi rakyat malaysia masih mengagung2kan CINTA tanpa mereka tidak menyedari yang

' LOVE, is a burning thing'.


Maka dinasihatkan kepada remaja2, makhluk2 yg bercinta tanpa ikatan yg sah, jauhkanlah diri anda daripada bahana penyakit ini kerana cinta boleh mengakibatkan gejala GLOBAL WARMING semakin berleluasa. Jika anda masih menyayangi negara anda bersedialah untuk mengorbankan cinta anda kerana cinta kepada ALLAH adalah cinta yang hakiki.....

Kisah 4 Haiwan

Kisah yg perlu diceritakan kembali oleh si penulis utk mengenang kembali kenangan2 lama Sang Puteri... Bukan untuk membuka pekung di dada tetapi sekadar untuk memberi ingatan kepada ke empat2 jenis haiwan ini agar tidak lagi menganggu kehidupan Sang Puteri...


Kisah Pertama,LIPAS

L,I,P,A,S LIPAS... Salah satu serangga yg amat ditakuti Sang Puteri. Walaupun ramai yang akan mengatakan,

"Ah, kamu ini. Tidakkah kamu berasa malu dengan sekalian manusia? Lipas itu berdouble2 lagi besar dari kamu....",

tetapi ia berjaya menakotkan hati kecil Sang Puteri. Bahkan lagi seram daripada siaran keliwon di TV3 itu. Apa yang paling membimbangkan Sang Puteri apabila kakanda2 nya ingin membaling lipas kearahnya.. Itulah tragedi sewaktu kecil yang membuatkan Sang Puteri teramat sangat la takut, seram dan gerun terhadap lipas..


Kisah Kedua, CICAK

Di awal perkenalan Sang Puteri terhadap cicak ialah apabila Sang Puteri telah memijak seekor cicak tanpa disengajakan.. Kisah bermula apabila Sang Puteri ingin menunjuk rajin ketika berada di teratak kesayangannya. Ketika itu denagn semangat yang berkobar2 Sang Puteri mengambil sebatang penyapu dan mula menyapu lembut lantai kayunya.. Dalam asyik Sang Puteri menyapu, dia tidak menyedari bahawa seekor cicak telah tergelincir dari landasannya lalu berdebuk jatuh ke bawah, iaini berdekatan dengan lokasi Sang Puteri menyapu. Tanpa disedari Sang Puteri telah terpijak cicak itu.. Kisah malang sudah bermula.. Dipendekkan cerita, sebenarnya Sang Puteri ingatkan benda licin2 yang telah dipijaknya adalah sampah, namun setelah diamati dengan tekun, benda yang dianggap samoah itu merupakan seekor cicak mati.. Sejak dari itu cicak merupakan salah satu kepobiaan Sang Puteri...


Kisah Ketiga, KUCING

"Alahai, comelnya kucing ni....",
Inilah ayat2 yang selalu kita akan dengar apabila makhluk yang bergelar manusia berjumpa ngan kucing. Tapi ini juga la yg merupakan ayat yg kurang digemari Sang Puteri. Setelah disiasat dan ditemuramah, Sang Puteri telah mengaku bahawa kucing merupakan antara haiwan yg tidak digemarinya. Berikut merupakan sedikit kata2 Sang Puteri,

"Ni, aku nak cite pasal zaman knk2 aku ni. Ade ke patut mase 2 aku ngah syok2 mkn ngan family aku kat adela 1 gerai mamak ni. Aku xkesah r suasana sekeliling dy cane tp yg penting kucing mesti xde. 2 je syarat kalu nak ajak aku gi makan. Ngah aku khusyuk makan kn, tah ape aluk mase 2 aku pn xbape ingt. Yg penting yg paling aku ingat, ade seko kucing ni naik atas paha aku. Aku x pikir pnjg tros jerit.Agak kuat r. Smpaikan makcik ujong sane pn toleh.. 2 la penangan jeritan aku."

Setakat ini sajelah dpt disiarkan petikan Sang Puteri. Kalau hendak disemadikan kata2nye di ruang ini, takut pula jenuh hendak dibaca. Apa yang dapat disimpulkan si penulis, Sang Puteri memang takotkan kucing. DULU KINI DAN SELAMANYA......


Kisah Keempat, TIKUS

Agak menggelikan, tetapi inilah hakikat yang perlu dihadapi semua student2 sains. Lagi2 sesiapa calun2 doktor... Begitu juga delima yang terpaksa dihadapi Sang Puteri.. Pada awalnya, Sang Puteri seakan2 malu2 ngimau,apabila diberi tugasan untuk membedah tikus. Dengan adanya sebilah pisau ditangan, zappp,sekelip mata bayang tikus pun tak dapat dilihat. Itulah bukti keganasan Sang Puteri.... Nasihat kepada bakal2 doktor malaysia jangan diikut aksi ganas ini...


Wednesday, June 24, 2009

kelebihan bulan rejab

Disebabkan hari ini Sang Puteri berpuasa, jadi,Sang puteri ingin berkongsi mengenai kelebihan bulan rejab... Diharap menjadi iktibar kepada Sang Puteri dan sekelian pembaca..

  • Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.
  • Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.
  • Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,
  • Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.
  • Puasa 5 hari - aman dari azab kubur.
  • Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.
  • Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.
  • Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.
  • Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
  • Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.
  • Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.
  • Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.
  • Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.
  • Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
  • Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.
  • Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.
Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.
Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.

Tuesday, June 23, 2009

diari sang puteri

Disebabkan aku da xde idea nak tulis ape2, so ni aku cite sket r drpd diari sang puteri...


19mei2009
ish, kenapela skang ni aku tempah malang... pda awalnye aku mmg sesaje nak masuk dalam hidup dy sebab aku dahpun mengenalinya sebelum ni... tp ape yg aku xsangka perangai dy.. smpaikan ada 1 jwpn yg dy bg kat aku btul2 wat aku tersentap... betul ke skang ni llaki hanya mementingkan nafsu ble bersama pempuan.. betapa rosaknye dunia skang... pd awlnye aku bley r layan kehendak dy.. tp ble da lme2 sape yg tahan.. dy cari aku bley time dy nak sume 2.. bknnye dy cari aku sbgai kwn dy o kekasihnya seperti yg dy ckp biar dy jd pengganti ex aku...dan aku akan pastikan aku xkan terjatuh hati dgn kata2 dy... harap manis dimulut je tp kt dlm hati dy cume nakkan benda yg amat berharga dlm diri aku, brg yg amat aku jaga selama ini... dgn kehadiran dy dlm hidup aku menambahkan lg rase tak percaya pada llaki... berkasih ngan pempuan bukan utk hatinya tp demi 1 benda yg amat berharga pd pempuan.. dgn ini juga aku berserah pd takdir mengenai jodoh aku... aku bkannye mencari yg perfect utk aku ttapi sekadar memahami aku ngan menerima ku seadanya... dan skang ni aku tau sume ciri2 2 x ada dan x akan ada pada seorang llaki yg memanggil aku sayang.... dgn dunia yg semakin merosakkan diri ini aku berharap agar sehingga aku diijab kabulkan, diri aku masih suci dan aku akan pastikan diri aku ini hanya utk seorang llaki yg bakal menjadi teman hidup aku utk selamenya.... dan yg pling penting aku akan pastikan gelaran sayang yg dy gelar aku selame ini hanya pemanis mulut semata2 agar aku sentiasa mendampinginya... huh,jantan murahan........

sekadar ingatan

Semalam adalah kenangan,
hari ini adalah kenyataan,
esok adalah harapan…..
Iman itu bukan hanya harapan, ia adalah apa yang terpancar di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan…
Setiap kita di dunia ini tidak mahu..
memilih jalan yg derita ..
hakikatnya tanpa usaha keajaiban tidak akan berlaku..
kita jangan selalu mengharap..
kerana mengharap tidak pasti tertunai..
tetapi kita boleh..
bersabar..
kerana kesabaran itu mengajar kita erti kehidupan jangan menangis kerana gagal dalam cinta..
sebab manusia akan meninggalkan apa yg di cintakeinsafan bukan mudah untuk di tatang, tapi jelas di ulang-ulang sesungguhnya lidah itu lebih berbisa..
dari segala senjata..
jadi sebelum berkata fikirkan akibatnya..
zaman berubah tetapi..
dendam manusia tidak pernah berubah..
lelaki yg gagah mustahil tidak pernah menangis..
tapi, percintaan yg akan menyebabkan mereka menangis..
nilai persahabatan diukur dengan kejujuran..
bukan kebendaan jadilah ubi yg bertutup rapat…
bukan kek yg berkrim tetapi..
diharungi lalat..
kedewasaan tidak menghalang apa yg di inginkan oleh setiap insan…
manusia bagaikan layang-layang, dimana sering terikat dengan sesuatu..
tidak dapat bebas dengan sempurna..
kecuali tali itu putus…
barulah ia bebas melayang…

kelahiran Hikayat Kisah Sang Puteri

Alkisah... bermulanya kewujudan Kisah Sang Puteri dlm dunia blog ni pabila Sang Puteri tidak sanggup lagi menahan rasa kebuhsanan selama 2 bulan menetap di teratak kediamannya tanpa membuat sebarang aktiviti yang berfaedah... Arakian (aiceh, da mcm nk wat esei bm la plak) wujudlah imaginasi Sang Puteri... Dengan ini bermulanya pengembaraanku dalam dunia blog...

Tapi sebenarnya aku ni menempah nahas sebab sebenarnya aku ni agak malas nak mencoret kisah panjang2 ni. Tanpa disangka2 kelahiran Kisah Sang Puteri ni sedikit sebanyak melancarkan pengaliran darah ke otak di atas sebab aku menerima tkanan utk berfikir secara rasional untuk mencaru material2 yang sesuai utk tontonan ramai utk diselitkan dalam blogku ini...... Sekian

Monday, June 1, 2009

announcement...

utk post2 sebelum tarikh ni, utk pengetahuan semua, diimport dri blog aku yg lama. n yg dah x wujud lg skrg ni.. bru skang aku rasa nak postkan kembali. tp cuma certain yg dpt di bawak kedepan. sbb ade post yg mengandungi benda2 kerahsian aku... tu je kot~~

edited on 6 april 2010
05.24 am
Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila kamu berdoa, janganlah berkata: Ya Allah, ampunilah aku jika Engkau kehendaki. Tetapi hendaklah dia serahkan permohonannya dengan senang hati, kerana Allah tidak pernah segan untuk memberikan sesuatu kepadanya.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a

--------------------entry yang belum berkarat------------------------