~anda mau follow?? thanks yaa~~

Tuesday, June 29, 2010

bacalah ada pengajaran

lama aku x buka email aku. n pagi td baru sekejap td aku buka atas tujuan utk menghantar email kepada encik bos ku... sambil2 aku lihat inbox.. fuhh penuh dah.. aku amek inisiatif utk delete kebanyakannya.. n ada 1 email dari seorang sahabat yg bernama arina mohd adnan.. tajuknya bacalah ada pengajaran...


so, aku mulakan baca...

it doesn't hurt to spend a minute or two to lend a helping hand to another insan... or sometimes simply to lend a shoulder to cry on...

Renung-renungkan

AKU TAKKAN MENANGIS

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam
dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu

dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya
Islamik yang lain.


Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar
seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat
dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan
seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini
masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika
hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca
sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada
anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah
hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun
yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan
risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada
pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih
ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari

siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula
mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di
rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar
dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun
sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi,
mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil
keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.
Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat
sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya
hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling
bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam
memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak
menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah
perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini
yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk
pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.
Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan
dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi
saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap
anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu
lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba
loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa
pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi
lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini
setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi

ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.
Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf
saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan
makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah
yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu
dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang
hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.
Aku tak perlukan itu lagi".


"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi
hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini
dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat
kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada
selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang
berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya
yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah
yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang
sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada
makhlukNya yang penyayang

Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara
kamu!

TAKBIR!! ALLAHUAKBAR!



-TAMAT-

Thursday, June 24, 2010

hati n love

tbe2 aku teringat seorg rakan lama.. sngat lama aku x jumpa dy. sejak2 tamat zaman persekolahan. sejak2 berpindah rumah... terfikir jap aku,dimanakah dy skng? masih sihatkah dy? yang aku masih ingat kali terakhir aku jumpa dy,dy ckp,

'walaupun kita jauh,tp dlm hati kita dekat.'

tp sudah berapa tahun aku x pernah tau kabar berita dy.. penah n selalu gak aku merisik cerita kt kawan2 aku. tp sumenyer x penah tau dimana dy kemana dy....
sbg kawan,aku mendoakan dy selamat walau dimana dy berada.. cpt r roger2 kami ni... kami da rindu bangat......

n kalu org bercakap pasal hati je mesti org akan bercakap pasal bentuk love. yg aku kesian kat kanak2 r. mcm aku masa kecik,bila cakap psl hati je mesti mak aku tunjuk bentuk love. sampai bila aku blaja digestive system,excretory system,, xde r plak ckp hati tu bentuk love.. bahkan bila blaja dlm immune system pn gambar hati bkn gambar love...
so,adakah love itu dtg dari hati?? tepuk dada tanya selera....







Wednesday, June 23, 2010

instructions for new parents....

utk bakal2 ibu n bapa. ataupun yg sedang jadi ibu n bapa skang ni,, pic2 ni boley jadi pengajaran utk korg... pastikan pics ni dijadikan amalan turun temurun... insyaallah bahagialah keluarga.........




-TAMAT-

anak2.....


anak kepada fatin ainaa....



anak kepada arina....



anak kpd nasrin....



anak aku.......



antara yg empat2 ni mana yg paling comel antara yg tercomel???
sori kawan2... aku culik pic anak2 korg dri fb..........

Tuesday, June 22, 2010

penyokong

Nur SyahiraNur Syahira Azwa!!!!!!!! Ramlee Awang Murshid terbaek!! 9 nyawa mmg terbaek!!!
Yesterday at 12:11pm · · · See Wall-to-Wall
Arina Adnan
Arina Adnan
huh.. Arina Adna yg terbaek....
Yesterday at 1:09pm · ·
Nur Syahira
Nur Syahira
AHI HATE THIS!!
Yesterday at 1:10pm · ·
Arina Adnan
Arina Adnan
hak3... ahi jelous bout this.. lalalala ~~~
Yesterday at 1:36pm · ·
Azwa Ishak
Azwa Ishak
haha.. tau pn ko... cite RAM mmg yg terbaek r.........

aku pn hate comment dri arina...... wakaka!
15 minutes ago · ·



ape kejadahnya aku copy paste dri FBni sbb, aku suka sangat ngan post kwn aku kali ni.. alsannya cuma,ini first time ade org sokong aku yg cite2 karya RAM d best... yg lain sume pakat pelik tgk aku baca karya2 RAM.. biase r, kalu cite2 thriller mmg org jrg baca. tp bab2 cinta sume pakat baca.. aku d abosan baca novel cinta.. mesti cite yg same.... x adventure kot bg aku......=P
thanx r syahira shohar!

Sunday, June 13, 2010

mengingati mati

semalam, rumah aku ade mengadakan majlis fardhu ain. dah menjadi kebiasaan rumah aku dijadikan tempat untuk kaum2 ibu yg juga sahabat2 emakku. dalam setahun ade r dalam sekali ataupun dua kali emakku membenarkan mereka menumpang. itupun kalau tiada aral yang melintang.. so dari pagi aku dah start mengemas ape yang patut.. menyapu sampah. mengemop ape patot n mengalih keluar serba sedikit kerusi yang tidak diperlukan. untuk majlis semalam juga ayah aku menjadi sponsor kepada jamuan ringan.. then start kul 7 pg maka aku da sibuk menyiang 7 kilo ikan selayang.. mak aku bebel,

"menyampah tol pasar xde ikan. ni pun tinggal yang kecik2. leceh nak siang . leceh nalk asingkan isi ngan tulang nnt."

tp bebel2 dy pun habes gak sume ikan2 tu dy siang. abes siang, mak aku rebus. campur sket ngan asam keping. sambil2 tu aku dok potong bawang. almaklumlah mane la reti aku nk siang2 ikan ni. naek meleleh airmata aku duk motong bawang. tu pun dah x tahan sgt aku berhenti.. rupa2nya dah sebekas besar aku da siap potong. bila ikan da siap rebus lak aku berdua ngan emak aku bersila atas lantai dengan sebelah tangan memegang pisau, sebelah lg ngan pantas mengambil sekor2 ikan utk diasingkan antara isi dan kulit..


sebenarnya bukan ini yang mahu diceritakan byk2.. yang aku ingin bercerita utk harini ialah tajuk ceramah yang disampaikan oleh salah seorang suami kawan emak aku yang juga merangkap mak guru kepada aum2 ibu utk malam tu. kami gelar penceramah tu PAk Haji. biasalah kalu dah berkali2 pergi menunaikan haji ke mekah, ditambah lg menjadi imam di salah sebuah surau di Taman U ni. rasanya itulah panggilan yang sesuai utk beliau.. kalu ikutkn Pak haji ingin bercerita mengenai bulan rejab yang disambut harini. tp disebabkan asal bulan rejan je mesti ramai yang akan bercermah pasal kebaikannya, fadilatnya... so utk mlm tu Pajk Haji nak jadi yang lain. dy ambil keputusan nak berceramah pasal Mengingati Mati...

Pak Haji tu ade bercakap, walau ape pun yang kita ngah buat, sedarlah yang kita sentiasa didampingi malaikat. dalam satu hari ade 24 jam. dan dalam 24 jam tu akan ada 40 malaikat yang akan melihat kita. cuma bila masanya pun kita sendiri xtau. tp cuba bayangkan dalam sehari ade 24 jam, dalam 1 jam ade 60 minit.. maknanya dalam seharian ade 1440 minit.. kalu btul dalam 1 hari ade 40 malaikat yng melihat kita, maknanya setiap 36 minit yang bersamaan lebih kurang setengah jam, akan ada malaikat yang melihat kita. tidakkah kita terpikir yang ape pun yang kita akan buat sentiasa akan dipandang. ada sesetengah org akan berkata bila mereka melakukan sesuatu kejahatan,

' xde org tgk tgklah. kte buat ni kejap je pun. mak bapak kita pun x nampak.'

mmg btul ibu bapa kita x dapat melihat ape yg kita buat. tapi sedar tak kita yang kita ni sebenarnya diperhatikan oleh malaikat. paetah lagi Allah yang Maha Esa akan sentiasa melihat ape yang kita sedang lakukan. makanya sebelum melakukan sebarang perbuatan ingatlah bahawa kita sentiasa dipandang. biarlah kita tak malu unyk melakukan kebaikan dihadapan manusia sesama kita tapi malulah untuk melakukan kejahatan kerana kita sentiasa dipandang walaupun secara zahirnya tiada yang melihat..

selain itu Pak Haji juga ada berkata tak salah untuk kita bekerja dari pg ke ptg. ptg ke mlm.. malah 24 jam bekerja pun tak salah. kerana itu caranya untuk memperoleh kekayaan didunia. tp setiap pekerjaan itu kan salah jika ianya dilakukan tanapa mengigati Allah swt. sehinggakan solat fardhu 5 rakaat diabaikan. kita sentiasa meminta kepada yang maha Esa jika ingin sesuatu. tetapi adkah kita meberikan DIA sesuatu sebagai balasan? DIA tidak meminta lebih. tetapi sekadar mngigatinya dengan melakukan segala yang wajib. bersembahyang, bepuasa dan melakukan kebaikan sesama manusia. jika dilihat dunia masa kini, kanak2 yang masih tidak dapat berpikiran waras didera dan bayi yang baru dilahirkan tanpa sebarang dosa dibunuh dan dibuang dengan kejam. dimanakah segala perasaan perikemanusiaan dalm setiap diri individu? kita yang makhluk yang dicipta oleh Allah ini juga akan merasa sedih apabila melihat berita2 didada akhbar mengatakan kanak2 didera, bayi yang bru dilahirkan dibuang, bagaimana pula Allah sebagai pencipta.. DIA dah mencipta sesorang bayi dengan sempurna, berbekalkan kaki tangan yang lengakap, muka yang comel, mengapa kita sebagai manusia sanggup berbuat demikian? sudahlah dengan dosa berzina, ditambah lagi dengan dosa membunuh.. bertaubatlah wahai manusia selagi kita masih sempat melakukannya...

berbalik kepada ceramah Pak Haji td. ingatlah segala perbuatan yang kita lakukan sentiasa dipandang.. dan setiap kali kita melakukan sesuatu, sentiasalah kita beringat tentang ibu bapa kita. bayangkan bagaimana kecewanya mereka jika mereka mengetahui ape yang selama ini kita lakukan.. cubalah hayati segala pengorbanan mereka selama kita hidup membesar. snggupkah kita membalas jasa mereka dengan meberikn sesuatu yang sangat mengaibkan mereka.. sebagai kesimpulan yang kau ingin simpulkan daripada ceramah semalam, sentiasalah mengigati Allah jika hendak melakukan sesuatu. kita ini milikNya. ape2 pun yang kta bakal lakukan sedarlah akibat daipada apa yang kita akan lakukan...

___________________________

mungkin aku sendiri belum cukup baik untuk bekata2 seperti yang diatas. tapi aku cuma mahu berkongsi ilmu yang aku peroleh semalam. dan mugkin juga boleh menjadi peringatan kepada diri aku sendiri. kerana aku tau aku belum cukup baik untuk semua itu. terlalu banyak dosa yang aku lakukan sepanjang usiaku 20 tahun. semoga entry kali ni menjadi pedoman utk semuanya...




-TAMAT-

Tuesday, June 8, 2010

tabahlah hati.....

dlm kehidupan ni bila kita sentiasa berada diatas dan tiba2 ditakdirkan kita berada dibawah, penangannya amatlah menyakitkan.. tapi sbg insan yang selalu melakukan kesilapan, kite mesti mempercayai yang setiap kejadian yg ditentukan mesti ade hikmah disebaliknya. yg mungkin suatu hari nanti mungkin kita akan sedar mengapa kita diberi dugaan sebegitu rupa.. mungkin kerana dugaan tersebut kita boleh memuhasabah diri kita agar menjadi yang lebih baik dan membuang segala perkara yg serba sedikit mencacatkan keberkatan kehidupan kita didunia ni..
ketika ditimpa dugaan seberat kuman sedikit pn jgnlah kita mudah menyalahkan diri org lain. kita belek semula dimana cacat celanya. agar mudah2an ianya dapat diperbaiki. dan bila ditimpa segala jenis dugaan pun, tumpukan pada diri kita dahulu. jangan melihat kearah org lain, kerana tidak semua org akan ditimpa benda yg sama. mungkin hari ini hari utk mereka bergembira dan hari esok pula beralih kearah kita. dan diingatkan seorang kawan dan sahabat itu hanya layak digelar sahabat sejati jika mereka sedia berkongsi segala kegembiraan dan kesedihan bersama2.. janganlah dibiarkan yg kalah dipinggirkan dan yang menang diagung2kan.. ingatlah yang dunia ini ibarat roda, kadangkala kita berada diatas dan kadangkala kita bopleh berada dibawah.. cuma masa yang boleh menentukan segalanya..... hadapilah dugaan dengan hati yg tabah dan redha kerana Tuhan yang maha esa tidak akan memberi kita dugaan yg tidak tertempuh oleh diri kita. sesungguhnya Dia maha yang mengetahui dan maha mengasihi......



-TAMAT-

secret..

"a secret makes a woman woman"

ini ayat aku petik dlm cerita detective conan. faveret phrase Vermouth,makhluk jahat bg aku.....
phrase tu serba sikit mempengaruhi pemikiran aku..... disebabkan nak jadi woman r aku menyimpan suatu perkara yg bg aku amat r rahsia. sbbnye rahsia tu amat mengaibkan kisah sejarah selama aku hidup 20 tahun ni. kalu diikutkan rahsia ni ciput & simple je.. punyer r aku simpan rahsia aku ni sekemas2nya,,,,,
5 bulan disimpan,nak dijadikan cite boley jd pekasam..
tp disebabkan menyimpan rahsia ni effectnye sungguh memberansangkan,.
1) tahap ketensionan aku makin meninggi.. setinggi gunung everest
2) aliran hormon dlm badan x mencapai equilibrium... tahap estrogen & progesterone sume duk berterabor..
3) selama 6 bulan aku mcm xde life. gara2 menipu seseorang yg teramat sgt r penting dlm diri aku.....
4) sengsara woooo.....

tp sekarang ni rahsia tu da xde lg.. dengan bangganya dah pn dibongkar 3 minggu lps. terasa bebas dari sume beban.... so, phrase Vermouth tu mmg xley dipakai langsung r... amek masuk dalam tong sampah lg bagus!



-TAMAT-

Tuesday, June 1, 2010

first jun

harini masuknya hari pertama dibulan 6.. xde yg istimewanya bulan 6 ni bg aku. yg aku ingat bday ayah kesayangan aku bulan 6, 17 hb... entah kenapa family aku tak diajar utk sentiasa memberikan hadiah yg superb2 semasa bday. ckuplah sekadar mengigati dan membuat majlis kecil2an 1 family.. bg kami sekeluarga tanda sayang bknnye kne ditunjukkan sempena hari2 tertentu. cukuplah sekadar menghormati dan mengikut perintah kedua ibu bapa, serta membahagiakan mereka.. kerana itulah hadiah yg sgt bg mereka apabila dihadiahkan oleh seorg anak.... dan tidak lupa juga utk disedekahkan doa utk keduanya setiap kali selesai solat. mungkun itu salah satu cara utk mengigati mereka yg berada jauh dari kita....

"Ya Tuhan kami, berilah keampunan kepadaku dan kedua-dua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)”

Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila kamu berdoa, janganlah berkata: Ya Allah, ampunilah aku jika Engkau kehendaki. Tetapi hendaklah dia serahkan permohonannya dengan senang hati, kerana Allah tidak pernah segan untuk memberikan sesuatu kepadanya.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a

--------------------entry yang belum berkarat------------------------