~anda mau follow?? thanks yaa~~

Tuesday, December 15, 2009

lawak petang....

Selamat pagi, cikgu.

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

adli samsuri: Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

adli samsuri: Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

adli samsuri: Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

adli samsuri: Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)


perkahwinan idaman....

umor bakal menginjak 20 tahun... elok r fikir2 nak wat wedding planning...




hantaran sebelah perempuan....


pelamin yg dibuat n dihias oleh 3 org lempuan.... hoho
telur yg direbus 3 ari 3 mlm..













pic yg diambil bebrapa jam sebelum nikah...

pic yg diambil semasa mjlis pernikahan berlangsung...
(utk memastikan bunga segar..)


segala pic2 ni sekadar hiburan semata2.. sbb aku kne berada kt kg selama seminggu.. semata2 sbb wedding czen aku ni... blur idop aku kt sne ngan xde tenet,xde astro.. huhu.. ni la manusia kalu da terbiase ngan kemodenan...

tp ngan jayanye aku jd kameragirl mse majlis ni... so xde r aku amek kje mengangkat pinggan+cawan utk dihantar ke belakang... haha.. amek kesempatan...




ni pic mse dyorg sanding... bkn nk mengutuk o ape.. tp pasni mkin kturunan kami kembali ke ketinggian rendah,, huhu






tp dlm sibuk2 mjlis 2 sempat gak ktorg clebrate bday mak yg tersayang... n kebetulan selang sehari ngan mak usu... 2 sbb kek pn besar... tp rsenye separuh je kek 2 dimakan... bakinye tah kemane... hehe




lastly slah 1 pic yg akan bg kenangan selame2nye....


-TAMAT-

Friday, October 30, 2009

read n do..

13 Cara Mudah Utk Kosongkan Fikiran Yg Berserabut

Kehidupan seharian yang sibuk dan permintaan demi permintaan yang menyesakkan dari tempat kerja dan rumah sudah pasti membuatkan kita hilang arah. Fikiran yang berserabut boleh mengurangkan fokus kepada perkara-perkara utama yang perlu diselesaikan. Akhirnya, kerja tak selesai dan fikiran makin berserabut.Untuk menjadi seorang yang produktif, kita perlu mempunyai pandangan yang jelas dalam membezakan perkara yang penting dengan perkara yang kurang penting. Kita harus mempunyai fikiran yang tenang untuk tujuan ini. Ambillah langkah-langkah dibawah ini untuk menenangkan fikiran anda.

1. Tarik Nafas

Ingat lagi bagaimana anda bersenam di waktu pagi semasa bersekolah dulu? Ingat lagi bagaimana kita memulakan senaman dengan menarik nafas dengan kaedah yang betul? Gunakan teknik ini untuk mula mengosongkan fikiran anda.

2. Ambil Wudhuk

Jika anda seorang yang beragama Islam, mengambil wudhuk boleh menenangkan fikiran. Kembali kepada fitrah manusia dapat memantapkan lagi rohani kita dan air yang bersih boleh mengembalikan kita kepada fitrah kejadian. Air yang segar dapat memberi tenaga dan fokus yang diperlukan dan wajah akan pasti kembali ceria.

3. Tulis

Ada banyak perkara yang bermain di dalam fikiran anda. Anda perlu mengenalpasti apa sebenarnya yang anda fikirkan untuk membolehkan minda mengurus perkara-perkara ini. Cara yang paling mudah adalah dengan menulis satu-persatu apa yang anda sedang fikirkan. Jangan cuba untuk mengenalpasti kategori perkara-perkara ini dahulu, teruskan sahaja menulis.

4. Kenalpasti Yang Utama

Setelah anda rasa puas dengan apa yang anda tulis, anda kini perlu kenalpasti yang mana yang paling utama. Tandakan dengan nombor atau gunakan “rating system” yang baik untuk membantu anda dalam proses ini. Lebih baik lagi jika anda klasifikasikan perkara-perkara ini berpandukan matlamat hidup anda dan apa yang paling penting dalam hidup anda; keluarga? kerjaya? cinta?

5. Buang Yang Tidak Penting

Pangkah atau padamkan perkara-perkara yang remeh dan tidak relevan. Perkara-perkara remeh yang anda fikirkan boleh jadi perkara seperti “Apa yang kekasih lama aku sedang lakukan?” atau “Osama hidup lagi kah?”. Anda akan dapat lihat yang kebanyakan perkara yang bermain di fikiran anda sebelum ini adalah perkara-perkara yang tidak relevan dan hanya membuatkan anda kurang produktif dalam menyelesaikan urusan harian dan masalah-masalah lain yang lebih penting. Perkara-perkara inilah sebenarnya yang menghalang anda untuk berfikir secara bijak.

6. Cukup Rehat & Tidur

Dengan memejamkan mata, atau memandang jauh ke arah kehijauan alam akan dapat memberi anda perasaan yang tenang. Tidur yang tidak cukup bermakna minda anda tidak mendapat rehat yang secukupnya. Sebab itu minda anda liar berfikir. Pejamkan mata untuk seketika di waktu rehat anda, atau keluar ambil angin dalam keadaan yang selesa dan positif.

7. Kurangkan menonton TV atau membaca akhbar di waktu pagi

Akhbar harian kita saban hari penuh dengan berita-berita yang menyanyat hati. Jenayah, kemalangan, bencana dan lain-lain boleh memberi tenaga yang negatif kepada kita. Jika anda mengamalkan tabiat membaca berita-berita ini di waktu anda bersarapan, anda akan bermula hari anda dengan pandangan yang negatif. Bangun pagi sahaja fikiran anda sudah berserabut. Elakkan atau tukar masa anda untuk membaca akhbar.

Menonton TV dengan berlebihan akan membuatkan fikiran anda menerawang jauh tentang perkara-perkara yang cuba disampaikan dalam rancangan yang anda tonton. Fokus anda kepada perkara yang lebih penting akan terjejas kerana anda mengizinkan info-info dan idea-idea baru ini masuk ke dalam minda anda. Kurangkan menonton TV.

8. Kembali Kepada Alam

Dalam kehidupan kota yang sibuk dan sesak, kita semua bergerak dengan pantas. Teknologi masa kini menjadikan kehidupan harian semakin laju. Mengembalikan diri kepada alam semulajadi akan dapat melambatkan waktu dan membolehkan anda hidup dalam waktu kini; Bukan hidup dalam waktu dahulu atau waktu hadapan, di mana anda terkejar-kejar dengan impian demi impian dan dilambatkan pula dengan kisah-kisah sedih dan sesalan demi sesalan tentang apa yang sudah pun berlaku. Bawa keluarga anda mandi air terjun atau pergi memancing dengan rakan, dan waktu akan menjadi perlahan bagi anda. Bila waktu bergerak perlahan, anda akan dapat memberi fokus.

9. Lepaskan

Anda risau tentang sesuatu? Anda rasa tidak puas tentang apa yang telah anda lakukan? Rasa marah? Berdendam? Tertekan? Cara yang paling mudah untuk mengosongkan fikiran yang berserabut adalah dengan mengalah dan melepaskan. Kita perlu menjadi seorang yang berjiwa mantap dan tegas dalam mengawal perasaan untuk membolehkan diri maju ke hadapan. Walaupun perasaan-perasaan ini adalah semulajadi, tetapi kebanyakannya adalah tidak menguntungkan. Fikirkanlah.

10. Kemas Ruang Anda

Tempat kerja atau kediaman anda perlu sentiasa berada dalam keadaan yang kemas. Mata kita sentiasa melihat, dan melihat keadaan yang tidak kemas sedikit-sebanyak akan mempengaruhi minda anda. Kita cuma tidak sedar akan hakikat ini. Ambillah tindakan dan inisiatif untuk mengemas dan anda pasti akan mendapat tenaga yang baru.

11. Berkongsi Masalah

Jangan simpan permasalahan anda. Jika anda mempunyai kekasih atau seseorang yang penting dalam hidup anda, berkongsilah masalah anda dengan mereka. Mendengar masalah orang lain juga dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah anda sendiri. Kadang-kadang kita tidak sedar tentang sesuatu yang lebih baik sebagai jalan penyelesaian. Dengarlah dan berbicaralah dengan hati dan minda yang terbuka.

12. Sedikit Lagi

Ingat lagi perkara-perkara yang anda tuliskan dalam langkah ketiga hingga langkah kelima? Buang separuh dari perkara-perkara ini.

13. Buat

Fikir dan buat. Jangan fikir dan terus berfikir. Buat perkara yang paling penting dan tidak mengambil masa yang lama terlebih dahulu. Jangan bertangguh!


-TAMAT-

Tuesday, October 13, 2009

CPR practical,,,,

hari sabtu seharian kami diminta untuk membuat praktikal CPR.... itupun setelah lepas beberapa minggu kelas amali diadakan....




























harap2 ilmu yang aku pelajari pada hari ni akan aku gunakan sepenuhnya pada masa hadapan....

-TAMAT-

Sunday, October 4, 2009

BOLEY CAYE KE NI???????



Makna Cinta Dari Nama Mu :



N - ..pemberi ciuman yang bagus juga


U - ..disenangi oleh semua orang


R - ..seorang yang lucu


U - ..disenangi oleh semua orang


L - ..pemberi ciuman yang bagus




A - ..seorang yang gila-gila


Z - ..memiliki fikiran yang luas


W - ..bisa menjadi lucu dan tolol dalam satu waktu


A - ..seorang yang gila-gila


-


I - ..manis dan romatis


S - ..membuat orang tertawa


H - ..setia kepada yang satu


A - ..seorang yang gila-gila


K - ..seorang yang hot

Monday, September 28, 2009

malam 23ramadan

selalunye org akan menulis kalu ade problem ataupun dalam keadaan yg teramat excited untuk bercerita n ade jugak org yang akan menulis untuk mengelakkan kebosanan ataupun menghilangkan kesedihan.... tp malam ni SP menulis bukan sebab ape.. dengan xde perasannye SP menulis...
dan maka jadileh ayat2 mengarut mcm ni. tp nak dijadikan cerita SP skang ni terasa semakin membenci lelaki. tak tau kenape. walaupun org yg SP teramat rindu skang ni adalah seorg lelaki, tp perasaan menyampah kat kaum adam ni makin lama makin membuak2... lg2 bila terkenang dy, dy dan dy... terasa bengang tol r...
ahh... x sepatutnye SP meluahkan kebencian ni kat sini sebab tak akan ade org yang akan paham pn... bila tangan laju menulis maka segala ayat yang dituturkan pn agak mengarut..
biarlah SP mengarut lg malam ni asalkan pd malam yang indah ini SP dapat tido ngan lena tanpa sebarang gangguan... tanpa sebarang kekusutan dalam kepala n tanpa org yg sebuk menghantar msg2 pada tengah malam....
sungguh sangat mengarut tulisan SP malam ni.

bila dipikir2 blek.....
teringat pulak cerita pakcik aku...
seingat SP ketika itu dy bercerita, pd malam bertarikh yang SP x berapa ingat tarikhnyer.. tp nak dipendek2kan cerita ketika itu malam 23 ramadan.....
alkisah....
pakcik SP ni dilahirkan sbg lelaki (off course le kalu da panggil pn pakcik...)
kalu da name pn lelaki msti r jenis kaki lepak. kul 10 malam msti kuar umah n blek lak tak kurg dari kul 2.... tp tujuan arah dy melepak tu bukannye kearah maksiat.. tp sekadar borak2 ngan membe kat gerai2 o kedai2...
nak dipendek2kan lagi cerita, pd malam 23 ramadan 2, tepat dalam kul1 lbey kurg pakcik SP ni mule menunggang moto menuju jalan pulang..
sampai ke satu ketika dy terpaksa kne melalui jalan depan masjid....
ditoleh kearah masjid 2, cahaya terang benderang.... n ble memandang kat depan pintu masjid, dy ternampak seorg kanak2 berusia lbey kurg 7 tahun berpakaian telekung n melambai2 kearah dy... mengibai2 tgn dalam keadaan bertelekung....
bayangkan r..... sambil tersenyum2...... waduuuhhhhh.....
pakcik SP ngan coolnye meneruskan perjalanan. walaupuan dalam hati agak2 seram sejuk.
sesmpai dirumah, dy trus bertanya kawan dy aka jiran sebelah same ade mereka ternampak ape yg dy nmpk o x...
n jawapan yg dy dpt... "x, gelap je masjid 2...."

malam ni ditamatkan ngan renung2kanlah kejadian ni...
walaupun starting utk SP bercerita kisah ni agak mengarut...
tp, same2 r amek iktibar dari cerita ni.. tgn yg menaip ni pn agak mengigil utk meneruskan...

lawak???

fakta lawak


1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa
melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila
diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer
daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita
akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?


Friday, September 18, 2009

raya!!!!!

lame da SP x menulis ape2 dalam ni... nak kate bz xde r sangat.... bulan2 puase ni xde idea nak menulis..
ni jelah yang mampu.....



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Friday, September 11, 2009

tbe2...

tgh2 seronok study chemist untuk kuiz esok, ttibe ade 1 kenangan terlintas dalam kepala.....
tempat aku membesar.

aka BUKIT CHAGAR......

walaupun SP akui tmpt 2 mmg x sesuai utk proses tumbesaran seorang kanak2, dgn keadaan yg sempit, suasana yg giler serabut, persekitaran yg dipenuhi makhluk2 yg merosakkan lg anak bangsa... tapi bagi SP 2 r tempat terindah. membesar dgn rakan2... bermain.. falling in love... wahhhh.. sumenye kngan... mungkn kalu nak g ke tempat 2 skang x akan dijumpai sebab memang tmpat 2 da x wujud lg dalam dunia ni...
selama 12 tahun SP berada kat sane, terasa ralat bila mak cakap ktorg kne berpindah sbb kwsn 2 nak dirobohkan untk wat projek jg yg terbesar. apetah lg mase 2 SP x dpt join packing2 barang oleh sbb warden SP kat asrama x benarkan SP balik.. sesungguhnya smpai skang SP memang tak puas hati dgn sume ni.. STUPID WARDEN!!! mase 2 mmg terasa sedih giler. mane tak nye kalu blek2 umah je tgk umah da berubah... persekitaran pn berubah.. mmg r life SP akan hancur kalu tgal kat situ sbb da konfim2 bergaul ngan segala2 mat2 rempit, kutu rayau... tp setakat SP yg sekadar bape ari je dapat duduk umah ( memandangkan duduk kat asrama), xde masalah kot kalu terus stay sane... memang terasa culture shock gile r awal2 pindah..
bertambah bengang bila dapat tau yg umah lame 2 dirobohkan lepas beberapa tahun SP pindah.. bengkek je rse hati..

SP stil ingt lg alamat rumah 2...
no72, tingkat 2, blok C, flat bukit chagar, 81300, johor bahru....
no tel 072245680...

tmpat jatuh lg dikenang petah lg tempat segala2nya bg SP.. lg satu yg memang tak akn wujud lg kat dalam dunia ni ialah skul rendah SP... SP slalu ala2 diskus ngan abg2 SP, ape agknye r kalu ttibe org nak cari skul rendah ktorg.. mesti mase 2 cam ala2 bengang je nak jawab....

SEK KEB UNGKU ABDUL AZIZ MAJID atau fames dikenali SKUAAM.. ramai yg pandang rendah ngan skul 2. n ramai gak yg parent2 x anta anak dyorg kat skul 2 ngan alasan msti anak dyorg hancur ble skul kat situ.. padahal anak dyorg da mmg bangang tahap cipan.. bukan SP nak mengutuk r, tp ramai yg wat mcm 2 anaknye xde r sehebat mane.. setakat nak dapat glamer sebab dapat skul kat skul yg kononnye ade 'name'... kolot pnye thinking... last2 kuar serupe gitu je...

rmai gak anak2 kelahiran SKUAAM n BUKIT CHAGAR yg berjaye ni. sebab dyorg sume memiliki akal n dyorg dapat membezakan yg mane 1 baik n yg mane satu buruk... smpai sekarang sebenarnye SP teramat bangga yg SP ni membesar kat BUKIT CHAGAR dan dilahirkan sbg anak didik SKUAAM.. sebab ramai yg berpandangan rendah kat mereka2 yg menetap kat kwsn ni.. tp bg SP, dkat mane pn kte dicampakkan, kalu niat dalam hati nak jd baik, baik la jadinya. kalu buruk niatnye, nates r yg akan lahir....
mgkin ade n mgkin xde... kalu r ade any readers yg bernasib same ngan SP, try2 r contact SP.. SP akan tunggu any response, n thank GOD if have.. lg2 membe2 batch 97/02 skuaam.... especially 'bersih' class members...

k..... continue study chem.....

Monday, September 7, 2009

fire drill

ngah seronok2 mentelaah chemistry tetibak loceng berbunyi...
tgk keluar tinngkap xde ape yg berlaku. ternampak plak la warga2 blok sebelah keluar beramai2.
dalam hati berkata
" ah.. blok sebelah je 2.."
sbg langkah berjaga2 seluar diambil n dipakai..
buku yg dibaca sebentar td diambil semula dan ditelaah semula....
10 minit kemudian....
kriiiiiinggggggggg.............................
lg skali loceng berbunyi. ni mesti utk blok aku....
tetiba terdengar pakcik2 diluar sane berteriak
"sume blok M04 turun. xyah nak tgk2 kat tingkap lg.."
huh,terbantut niat nk tgk keluar..
sweater n tudung dicapai..
cepat2 keluar dari bilik... adoiiiii.... kne turun tangga r plak.. seb baik tingkat 3 je. kalu tingkat 12 lenguh kaki nak menapak..
sampai ketempat berkumpul. sorg demi sorg berucap membebel memberi arahan..
bla bla bla.... dalam lebih kurang 15 minit berkumpul, kami2 dibenarkan naik.. segala bukit dan tangga terpaksa didaki utk menuju ke bilik...
sampai kat bilik, dalam hati terdetik
"seb baik r aku stay up malam ni. kalu x semamai giler aku turun nnt...."
laptop dibuka.. menaip segala laporan dan sekarang ini masih menaip menghabiskan sisa2 tulisan..
n tamat je menulis....(eh, cane lak la kalu da kate tamat menulis kalu masih ade perkataan terkeluar 1 demi 1)
so, end here...

Sunday, September 6, 2009

sehari suntuk

sehari suntuk SP merayap kat quensbay... walaupun kekurangan energy oleh dek kerana menunaikan rukun islam yang ke 3, namun kaki ini tetap melangkah memastikan setiap tempat, butik, kedai n even kiosk kecik disinggahi....
walaupun niat dihati sekadar untuk window shopping, tetapi tamat gak riwayat not 300 yg setia menjadi penduduk tetap wallet hitamku..
tetap pertama yang dituju.... GSC...

.

kalu tgk dari tiket ni pn da tau ktorg tgk citer ape


telek punye telek ni je la cerita yg sesuai ditonton remaja da cukup umor ni...
FINAL DESTINATION... walaupun SP xpenah follow pn citer ni tp atas desakan kawan SP melangkah gak kakinya menuju ke kaunter tiket..
"final destination for 2 seat...."
selesai pembelian, dgn lajunye kaki dihayun ke setiap gerai n kedai (sumenye sbb waktu 2 bru kol 12)... dari kedai ke kedai, laju je tangan ni membelek segenap barangan yg dijual... da macam bukit yg ditarah. pitis yg berada dalam simpanan menuju ke angka zero... dush2.... mamat atm dijumpai... maka sekeping lagi not 100 dikeluarkan.... jam menuju ke angka 2. dgn sepantas kilat menuju ke cinema floor... n tanpa disangka2 terjumpa sorang dak TGB. tapi, alahai dy x ingat la plak gerangan kami berdua... penat kami memperkenalkan diri... (dlm hati, g mapus r wat2 x kenal. tgk muke pn da tau terkejut tgk ktorg).. tanpa pedulikan mamat sombong 2 kami melangkah masuk ke gelanggang cinema...
sebenarnya bkn ini yg ingin diceritakan.. objektif SP menulis malam ni sebab nk cerita betapa sadis n tragiknye cerita 2. mmg susah r nak cerita dalam ni... banyak yg nak dikongsikan. tapi kalu bg sesape yg ala2 kurang berani dinasihatkan r x tgk cite ni....
konfirm nak kuar pawagam pn takut... SP sendiri pn makin lame makin kecik mata ditutup. seriau nak tengok kematian dlm cerita 2.. tp SP bley bg 4star r cite 2... ni yg wat SP bersemangat nk tgk series 1 to 3 ni... nak tulis bikin panjang post SP kali ni boley. tapi takot lak boring utk dibaca. sebab SP sendiri boring nak baca post org yg panjang2 ni... so, mungkin setakat ni je kot nak tulis.. hari kemudian sambung lg. btw, ni antara barang2 yg sempat SP nak rembat.. sebab duit pn makin berkurang n waktu masuknye maghrib pn da nak tiba... n yg penting skali setibanya SP kat bilik terasa sungguh lenguh dikaki. n waktu 2 pn jam da tepat kol 9.....




satu2nya baju pink yg SP ade.
xtau ape yg menarik smpaikan SP sanggup beli...

.



kasut comel yg bakal membuatkan kaki SP kelihatan suci...






barang2 sampingan...



barang2 lain yg SP borong rsenye tak perlu la nk ditunjukkan.. takut ade yg tersangkut plak...
yg paling penting shopping kali ni yg paling klaka sebab ade mcm2 perkara klaka n memalukan yg berlaku kay kami berdua. n sumenye tersimpan rapi dalam otak kiri SP...

Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila kamu berdoa, janganlah berkata: Ya Allah, ampunilah aku jika Engkau kehendaki. Tetapi hendaklah dia serahkan permohonannya dengan senang hati, kerana Allah tidak pernah segan untuk memberikan sesuatu kepadanya.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a

--------------------entry yang belum berkarat------------------------