~anda mau follow?? thanks yaa~~

Thursday, December 30, 2010

bibiografi:aku sebatang highlighter

aku sebatang highlighter. aku dilahirkan disebuah kampung yang benama kilang stabilo. sejak aku lahir, benda panggil aku highlighter.  kampungku terletak tidak jauh dari awan biru dan agak jauh dari air laut masin. rakan rakan aku menggelar aku si cahaya. kerana, setiap kali saya lalu di hadapan mereka,mereka terasa terang. ye,itulah saya. aku mempunyai bentuk badan yang menarik dan kulitku berwarna kuning-kuning pisang. aku mempunyai ramai adik beradik. adik beradik aku juga mempunyai badan yang menarik dan mereka juga mempunyai warna kulit yang pelbagai. abanglongku berkulit warna ungu violetku. adik bongsuku pula berkulit warna merah jambu air. aku sangat bangga mempunyai adik beradik yang cantik cantik.

setelah setahun dilahirkan, aku dibawa berpindah kesuatu tempat yang bernama Popular. walaupun hatiku rasa sedih hendak meninggalkan adik beradikku yang lain, tapi aku redha dengan semuanya. kerana aku tau bila berda di tempat baru nanti aku akan menjadi popular serta merta. maklumlah aku kan cantik. hari pertama aku ditayangkan di kedai Popular, aku merasa terlalu gembira kerana aku didampingi rakan rakan yang juga cantik. tapi masih tidak dapat menandingi kecantikkanku. hilang sekejap rindu aku terhadap adik beradikku. bila aku rindu mereka aku akan tulis surat. dengan sehelai kertas kajang yang aku mintak dari cik test, aku mula menulis surat..
kepada abanglong dan adiksu, angah disini sihat sihat saja. abanglong dan adiksu tak rindu angah? angah tak rindu abanglong dan adiksu. sebab dekat sini ada juga kawan kawan angah yang macam muka abanglong dan adiksu. bila angah rindu abanglong dan adiksu,angah akan tengok muka kawan kawan angah tu. abanglong jaga adiksu baik baik ye. jangan biarkan pak kilo dan tuk metrico tu ngorat adiksu. kesian kat adiksu. sepatutnya abang pilot yang ngorat dia. biar padan dan sama cantik. sekian disini saja angah dapat menulis. kalau angah tulis lama lama nanti pakcik tauke tu tarik dan buang surat ni. tak tersampai nanti rindu kita. 
sekian
p/s: abanglong,apa tu tauke?  kawan kawan angah semua 
panggil dia tauke. nanti abanglong tolong jawab ye.. 

pada suatu hari, tiba tiba ada seorang gadis muda pegang aku. dia belek sana, dia belek sini, dia terbalikkan aku kedepan, dia cabut kepala aku, dia toreh dekat kertas. sambil tersenyum, dia pegang erat badan aku dan dia bawa ke kaunter pembayaran. dengan harga RM4.00, dia bawa aku pulang. semenjak hari itu aku berpindah ke rumah baru. tapi rumah aku kali ini kecil, dengan berbentuk bulat, ada zip diatasnya, aku mula mebiasakan diri. kadang kala diriku terluka bila dengan tidak sengaja tuan baruku memasukkan benda yang dia panggil encik gunting. semenjak hari itu aku amat membenci encik gunting. dia dah banyak menodai badanku. agaknya kalau aku pulang kembali kekampung mesti abanglong dan adiksu tidak mengenaliku. apatah lagi abang pilot yang kubangga banggakan sejak dulu.

dipendekkan cerita, pada suatu hari rabu, aku mengikut tuanku ke suatu tempat. tuanku selalu menggelarnya kelas. tak taulah kelas pertama ke kelas kedua ke.. disebabkan malam sebelumnya, aku berjaga malam kerana menemani tuanku membaca keratan akhbar, dan kadangkala dia menggores badanku di atas keratan akhbar tersebut, maka tidur malamku tidak lena. oleh sebab itu aku tertidur sebaik sahaja tuanku berkata,

"haa,nilah kelas bahasa melayu kita." 

sedang aku lena tidur bermimpikan abang pilot, aku tersentak bila tiba tiba perempuan berumur yang berada di hadapan kelas berkata, 

"siapa yang tau apa benda yang saya pegang ni, saya bagi RM10," 

dengan segarnya aku menjeguk keluar daripada rumah sempitku itu. aku ternampak kembarku. aku pandang aku, aku pandang dia, eh, kita sama. lagi sekali perempuan berumur itu bertanya soalan,

"siapa yang tau apa benda yang saya pegang ni, saya bagi RM10," 

aku pun menjerit, 

"benda tu highlighter la. cepat bagi saya RM10. saya nak balik kampung ni. saya tak suka rumah baru saya ni. saya rindu..."

tak sempat aku nak menghabiskan ayatku, perempuan berumur tu bersuara lagi,

"cepat.. siapa yang tau apa nama benda ni saya bagi RM10. bukan senang saya nak orang duit ni,"

lagi sekali aku menjerit,

"itu highlighter la. mak ayah aku dah bagi nama itu. mana boleh salah. HIGHLIGHTER!!!!"

aku menjerit sekuat hati. tapi tiada seorang pun yang mendengar. malah tuaku yang berada 3 inci gadi aku pun tak dengar. aku merasa sedih. kalau tak dapat RM10 tu tak dapatlah aku nak balik kampung. tak dapatlah aku nak jumpa abanglong,adiksu serta abang pilot. seminit berlalu perempuan berumur itu pun berkata, 

"ini namanya pen penyerlah. selamat duit saya,"

aku termanggu. sejak bila nama aku bertukar. tuan aku selalu panggil aku highlighter. tiba tiba perempuan berumur tu kata nama aku pen penyerlah. mak ayah mana satu nama angah ni...........


dari kiri: sepupu belah nenek, aku, mak, ayah, adik angkat, adiksu.
tiada dalam gambar: abanglong


abang pilot dan kaum kerabatnya...





-TAMAT-



Friday, December 24, 2010

kembali ke zaman lepas SPM


sebelum ni ramai yang dah cakap2 yang tahun depan semua mahasiswa&mahasiswi bakal bercuti panjang. aku mula2 nak percaya pun 50/50. sampailah keluar kalendar ni.... klik gambar utk lebih jelaswah3... cuti sem depan dah macam holiday pas SPM...  lebih kurang 4 bulan berholiday... ape nak buat?? keja? duk rumah? enjoy sakan? tak terjangkau otak aku nak buat ape... tunggu je lah...  kalau dulu, lepas SPM, memang aku enjoy sehabisnya. x pikir nak kerja, xpikir buku.... tapi untuk cuti akan datang ape aku nak buat. mau berkarat otak aku nanti... yang penting aku kena memastikan sem 4 aku berjalan lancar supaya ia tak mengganggu cuti panjang aku..... 
jenguk juga kalendar 2010/2011

Wednesday, December 22, 2010

rayyan fantasi


akhirnya aku berjaya gak menghabiskan novel yang teramat2 aku tunggu. dlm masa sehari aku berjaya tamatkan. walaupun aku rasa agak terlambat, tapi aku tetap puas dengan diri aku sendiri. komen aku bila baca buku ni, BEST n MANTAP!! serious aku x sabar nak tunggu buku seterusnya....

Sunday, December 19, 2010

bertukar wajah

tahun hijrah dah bertukar angka. tahun masihi pun menunggu detik untuk bertukar angka. org sekeliling aku pun ramai yang dah berubah. semuanya disebabkan peredaran masa. dengan ini KISAH SANG PUTERI pun nak bertukar wajah. tapi sebenarnya aku masih membuat eksperimen mana satu background yang sesuai. kalau yang ini aku rasa sesuai,tahun depan lah baru aku sibuk mencari yang  aru. tapi kalau yang ini ok, selamatlah hari aku  esok. btw, aku tetap rindu dengan wajah aku yang lama... selamat tinggal yang lama. selamat datang yang baru..


kpop-addicted

fuh..fuh...fuh..... berhabuk sungguh. lama rasanya tak menjenguk benda alah ni. mood cuti lagi menebal daripada mood nak blogging ni. sementara ada seminggu kat rumah ni aku nak manfaatkan sebaiknya. sape yg x nak cuti beb. huhu.. yang penting masa cuti ni aku dah terpengaruh habis dgn satu benda ni. over-addicted.
OH K-POP, KAU DAH BERJAYA MENGHABISKAN CUTIKU... TERIMA KASIH K-POP!!

Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila kamu berdoa, janganlah berkata: Ya Allah, ampunilah aku jika Engkau kehendaki. Tetapi hendaklah dia serahkan permohonannya dengan senang hati, kerana Allah tidak pernah segan untuk memberikan sesuatu kepadanya.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a

--------------------entry yang belum berkarat------------------------