~anda mau follow?? thanks yaa~~

Wednesday, January 19, 2011

entry utk bit


Persahabatan yang sejati akan membawa
 kerinduan yang abadi..



masa aku post entry ni, aku tengah rindu seseorang. sebab tiba2 aku rasa jauh dari dia. tak macam dulu. susah senang sentiasa bersama. agaknya boleh ke burung ni terbang ke dia untuk sampaikan kata hati aku. aku rindu dia. walaupun cuma setahun bersama tapi 

our friendship never die

bit,aku rindu kau!


A memory lasts forever, and never does it die. 
True friends stay together and never say good bye.

Monday, January 17, 2011

susah senang

Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah, tapi nak senang kena susah
dulu, walaupun dah senang, senang ajer nak susah, tak susah nak susah, tapi susah
nak cepat senang, senangkan diri yang susah, agar yang susah jadi senang. Senang
hati, senang diri, senang semuanya...


Sunday, January 16, 2011

air masak

"kasi oren jus satu,"

order macam ni kita selalu dengar. paling tidak pun oren jus tu tukar ke teh o ais. paling karat pun limau ais la.. kalu kita pikir balik kenapa kita tak order:

"air masak satu,"

kalu rasa tak berbaloi g warung beli air masak, apa kata bawak je bekalan air masak dari rumah. walaupun aku baru nak berjinak2 bawak air masak ke mana2, tapi aku akan try test cuba amalkan sampai ke anak cucu. mesti korang terasa pelik kenapa tiba2 aku nak mengarut cakap pasal air masak ni. sebenarnya baru tadi aku terbaca 1 fakta menarik dari 1 website ni. selepas aku translate dari BI ke BM mcm ni la bunyinya:

MASA SESUAI UNTUK MINUM AIR MASAK YANG AKAN MEMAKSIMUMKAN KEBERKESANANNYA TERHADAP TUBUH BADAN KITA
  1. minum 2 gelas air 30 minit sebelum makan. ia bolah membantu melancarkan pencernaan
  2. minum 1 gelas air setiap kali bangun tido kerana dapat membantu mengaktifkan organ dalamn kita.
  3. minum 1 gelas air sebelum tidur untuk menggelakkan serangan angin ahmar ataupun serangan jantung semasa tengahmalam.
  4. minum 1 gelas air selepas mandi untuk membantu mengurangkan tekanan darah rendah.
  5. minum air secara perlahan lebih bagus daripada minum air sekali 'gulp' supaya tubuh kita lebih mudah menyerap air yang diminum.
  6. untuk sarapan pagi, lebih bagus kalau minum air masak daripada minum air yang bergula cth: kopi,teh,jus untuk membantu membersihkan perut dan usus.
  7. dinasihatkan untuk minum air setiap kali lepas minum jus,kopi atau teh. mungkin mempunyai alasan seperti no.6.
 so, lepas ni beramai ramailah kita minum air masak. 1 jam 1 gelas air masak...

Thursday, January 13, 2011

hentikan gangguan seksual terhadap lelaki




semalam,tengah aku merongeng2 dlm fb, ade sorg member aku ni ditag.. ye,memang aku x salahkan semua lelaki kalau masalah2 sosial semakin meningkat. rogol,cabul,bunuh... 50% salah daripada lelaki dan 50% salah daripada perempuan. cuma terpulang kepada diri masing2 cara mereka mengawal diri mereka sendiri. tapi kalaulah ramai perempuan yg berpakaian mcm ni, bukan lelaki je pandang 10 kali, perempuan pun pandang 100 kali. yang membezakan, perempuan pandang dengan pandangan yang mengjengkelkan, lelaki pulak pandang dengan bernafsu.. betul tak? 
walaupun aku masih belum berjubah dan bertutup litup, tapi aku cuba sedaya upaya utk jaga diri aku sendiri. kerana aku tau, mak ayah aku jauh dari mata aku, tetapi yang ESA sentiasa memandangku... kepada kawan2ku,jika aku tersilap,tlg betulkan. sebab,aku sentiasa memerlukan seseorang untuk membaiki diri aku. dan aku tau aku sendiri tak mampu nak melakukan sendirian. itulah gunanya sahabat.....



sahabat untuk selamanya.......

Wednesday, January 12, 2011

sedarlah wahai pemimpin

ade orang cakap kalau nak buat sesuatu perkara tu biar ikhlas. barulah kerja tu berkat. hati pun senang. tapi nasib aku pulak, aku dipaksa untuk menerima satu jawatan yang memang aku tak nak. sebenarnya dah lama dah perkara ni. cuma aku sekadar simpan sendiri untuk jaga hati banyak pihak. tapi bila ku pikir2 balik, kenapa perlu aku jaga hati org tapi org sikit pun tak jaga hati aku. sampai kadang2 aku terpikir aku cuma nak jaga hati aku je. hati org aku tak peduli..(tolong betulkan aku kalau aku salah)


sekarang ni aku terpaksa terima akibat. aku kena buat itu aku kena buat ini. sememangnya aku ni xdelah kesah mana pun, tapi bila hati dah tak suka, jawabnya sampai bila2 la aku tak suka. hasilnya, kerja aku lintang pukang, aku kena marah dengan "bigboss", hati aku menyumpah2.. dan seminggu yang lepas beserta dengan air mata, aku meletakkan jawatan. bagi aku, apa gunanya jawatan hanya sekadar nama. biarlah aku terima sesuatu kerja dengan hati yang rela ataupun memang dengan relanya aku buat kerja tu. aku tak perlu seseorang untuk memaksa. aku memerlukan hasil kerja yang memuaskan hati aku dan semua orang. dan aku tak perlukan segala kekerasan ataupun tipu muslihat untuk menghasilkan sesuatu. entah kenapa masih ada orang yang menggunakan tipu muslihat untuk mencapai sesuatu.

 katanya,
 "saya bukan jenis org yang paksa",
dalam hati aku,
 "g m****s r ko. ini bukan paksa ke? s***!",

aku rasa ini kali pertama aku membuat entry yg agak kasar. tp sememangnya darah dah menyirap ketelinga. cuma belum tahap kekepala je. wahai si pemimpin, janganlah amalkan sikap memaksa dan tipu muslihat dalam memimpin apa2 tugas. kau bukan je menyebabkan anak buah sakit hati, tp kau juga menyebabkan anak2 buah ko ni bertambah dosa menyumpah ko. sedarlah wahai pemimpin....

Tuesday, January 11, 2011

aku rindu korg...

rasanya belum terlambat lagi aku nak mengucapkan selamat tahun baru 2011... walaupun arini da hari ke 11 bulan 1 tahun 2011, tapi bagi aku setiap hari tahun baru... sebab azam aku tiap2 tahun sama. dan ini bemakna azam aku tiap2 hari pun sama. kesimpulannya hari baru tahun baru. tamat kat sini pasal baru. aku nak bercerita pasal facebook. setiap hari aku bukak fb benda yg sama. setiap jam aku bukak fb benda yang sama. yang paling aku menyirap, masa dekat nak exam tu la rasa nak ketagih tahap heroin ngan fb ni. masa cuti xde plak aku nak mengadap muka buku ni.. jadinya,sempena tahun 2011 ni, aku tambah sikit bilangan azam aku. aku nak kurangkan ketagih online. lagi2 cik muka buku tu. tapi macam lah boleh. kalau tak layan fb, aku bukak kshow, maklumlah baru2 nak terlibat ngan kpop. tapi aku akan usahakan juga azam aku yg satu ni berjaya.. dan pejam celik tiba2 aku terbaca

Facebook will be permanently deleted by March 15, 2011


komen aku:
1. bagus!
2. bagus!
3. bagus!
4. bagus!
5. bagus!
6. ....ala..............

dah masuk ke 6 tu aku pikir balik. susahnya lah nak berhubung dengan semua org balik. xdelah nanti aktiviti2 tag mengetag org ni. penat2 aku tambah koleksi kawan sampai 8++, boleh pulak nak mansuhkan...
apa2 pun aku tak kesah. ada pun xpe,xde pun xpe... yang penting aku tau kawan yang baik ialah kawan yang sentiasa berada disisi kita. walaupun  dia takde fb.. tiba2 aku rindu kawan2 aku......... dari zaman tadika, sekolah kebangsaan, sekolah menengah, matrik....... 


Kawan2, aku rindu korang.. 
korang rindu aku????





Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila kamu berdoa, janganlah berkata: Ya Allah, ampunilah aku jika Engkau kehendaki. Tetapi hendaklah dia serahkan permohonannya dengan senang hati, kerana Allah tidak pernah segan untuk memberikan sesuatu kepadanya.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a

--------------------entry yang belum berkarat------------------------