~anda mau follow?? thanks yaa~~

Wednesday, April 29, 2009

SELSEMA BABI????

WHO keluar amaran Tahap 4 wabak selesema babi

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia dinasihatkan supaya tidak membuat lawatan ke luar negara berikutan amaran pandemik influenza oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kini meningkat ke Tahap 4, yang bermaksud wabak selesema babi sudah menular daripada manusia ke manusia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata peningkatan tahap itu menunjukkan ada kemungkinan wabak berkenaan menular di kalangan komuniti di seluruh dunia.

Dalam kenyataannya semalam, Dr Mohd Ismail mengingatkan orang ramai yang sakit ketika dalam perjalanan antarabangsa, supaya segera mendapatkan rawatan doktor.

(petikan daripada akhbar Berita harian (rabu,29 april 2009).)
  • di mexico, 152 orang telah dilaporkan maut.
  • Satu kes disyaki di Thailand, dua lagi di Singapura.
  • selesema babi semakin merebak dan kes disahkan atau disyaki dilapor di 16 buah negara termasuk di Eropah dan Asia.
  • Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meningkatkan aras amaran dari tahap tiga kepada empat.
  • Virus selesema babi semalam disahkan merebak ke tiga lagi negara Britain, Israel dan New Zealand, sementara ada pakar berkata ia mungkin sudah merebak lebih jauh lagi.
  • Pesuruhjaya Kesihatan Kesatuan Eropah (EU) menasihatkan penduduk benua itu tidak mengunjungi Mexico dan sebahagian Amerika Syarikat jika tidak ada keperluan yang memaksa.
  • Menteri Kesihatan Mexico, Jose Angel Cordova berkata tidak ada pihak yang mengetahui di mana munculnya virus baru itu dan berkata ia mungkin bermula di Amerika Syarikat.
  • Pegawai perubatan setakat ini mengesahkan 20 orang maut akibat penyakit berkenaan sementara kes yang disyaki sebagai selesema babi meningkat kepada 1,614 orang di Mexico.
  • Sebanyak 50 kes semuanya tidak membabitkan maut disahkan di Amerika Syarikat. Pada peringkat dunia 79 kes disahkan termasuk enam di Kanada, satu di Sepanyol, dua di Scotland, 13 kes disyaki di New Zealand, masing-masing satu di Perancis dan Israel.
  • Tanda selesema babi termasuk demam, batuk, sakit sendi, pening kepala dan dalam kes tertentu muntah dan cirit-birit.
  • Di Putrajaya, kira-kira 200,000 doktor, jururawat, polis dan anggota imigresen akan diberi suntuikan vaksin selesema dalam tempoh satu hingga dua minggu sebagai langkah berjaga-jaga.

oleh yang demikian, kita sebagai rakyat Malaysia sepatutnya bersyukur dan mengambil iktibar denagan apa yang berlaku di dunia sekarang ini...

Tuesday, April 21, 2009

kehadiranmu

hadirnya dirimu berikan suasana baru
kau mampu tenangkan aku

di saat risau dalam hatiku
lembutnya sikapmu meluluhkan hati ini
terbuai aku terlena oleh dirimu
oleh dirimu


jantung pun bergetar saat engkau ada di dekatku
mungkinkah diriku telah jatuh cinta pada dirimu
sebisa diriku mencoba untuk melupakanmu
namun ku tak bisa
kau pun selalu ada dalam hatiku

dan biarkan semua mengalir apa adanya
ku yakin kau pun pahami perasaanku
perasaanku

Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila kamu berdoa, janganlah berkata: Ya Allah, ampunilah aku jika Engkau kehendaki. Tetapi hendaklah dia serahkan permohonannya dengan senang hati, kerana Allah tidak pernah segan untuk memberikan sesuatu kepadanya.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a

--------------------entry yang belum berkarat------------------------