~anda mau follow?? thanks yaa~~

Monday, April 25, 2011

happy birthday kawan..

tahun tahun sebelum ni aku tak pernah lupa nak wish birthday seorang sahabat. asal tiba je 25hb april, aku dah sedia dengan wish dan segala hal lah. masa tu lah aku rasa hari paling bahagia kat dunia. bertahun tahun dah aku buat,  tapi hari ni, bukan aku segaja nak lupa ataupun malas nak wish. tapi aku dah takde sape nak diwishkan. kepada encik sahabat. pemergianmu amat dirasai. semoga kau sentiasa tenang dan sejahtera disampingNYA disana.
insyaAllah kita akan bertemu disana, kerana kau adalah bidadaraku......

tak lupa juga kepada semua yang menyambut kelahiran hari ini, happy birthday diucapkan.
semoga tahun yang mendatang lebih baik daripada tahun sebelum ni....



*yeah,terasa jiwang sebentar lepas berjaya menjawab exam 
organic chem dengan hampeh. hancussss*


muhasabah pagi: jangan sombong

Beberapa panduan Imam Al-Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong.

1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita...

2.Apabila bertemu dengan orang tua anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat..

3.Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah dia pelajari dan ketahui..

4. Apabila melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya..

5.Apabila melihat orang jahil, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia membuat dosa dalam keadaan kejahilan sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui..

6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan lah dalam hati bahawa mungkin suatu hari nanti dia akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memeluk islam, maka segala dosanya akan diampuni Allah..

renungkanlah...

Monday, April 18, 2011

aku exam esok

topik utama untuk entry kali ni ialah AKU START EXAM ESOK.. 
ape aku rasa sekarang ni?
aku rasa tak sabau nak duduk atas kerusi mengadap meja (yang jarak dengan meja sebelah lebih kurang setengah meter) sambil pegang sebatang pen menunggu kertas jawapan dikutip.... 
senang cakap, aku x sabar nak abes exam. padahal tak 100% ready.
apa2 pun aku harap aku mampu yang terbaik. 
dan sesiapa yang tengah baca entry aku kali ni, tolonglah doakan aku dapat jawab exam dengan tenang 
dan bila dapat result nanti pun,  result gempak. 
goodluck n selamat maju jaya juga kepada semua yang bakal ambik exam atau tengah amek exam. semoga kita semua success...

jadual exam aku>

selasa. 19hb april 2011. veterinary pharmacy
rabu. 20hb april 2011. physical pharmacy 2
khamis. 21hb april 2011. bahasa melayu (anggap macam takde je...)
jumaat. 22hb april 2011. endocrine system & metabolism
isnin. 25hb april 2011. organic chemistry 2 &phytochemistry
rabu. 27hb april 2011. pharmacoinformatic
khamis. 28hb april 2011. pharmacognosy
29hb-30hbhb april 2011. bercuti di pangkor......


tengok jadual pun dah cuak. apatah lagi nak menjawab exam.
aku hanya mampu berusaha, berdoa dan bertawakal.
semoga apa yang aku usahakan selama ni berbalas dengan keputusan yang boleh membuatkan aku tersenyum kegembiraan. amin.....



muhasabah pagi: tanda-tanda kematian

Tanda 100 hari sebelum hari mati

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.



Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut denyut. Pada
ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.



Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba tiba ianya berselera untuk makan




Tanda 3 Hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan
lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan



Tanda 1 Hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.



*semoga kita semua dapat keberkatan dariNYA apabila kita sering mengingati mati*


Friday, April 15, 2011

ayat dalam otak

tengah aku bosan2 terbaring atas katil, tiba tiba otak aku memproses satu ayat ni. sampai sekarang asyik bermain main dalam otak aku....


"JANGAN DIKENANG SEJARAH LAMA
 JIKA KENANGAN LAMA ITU MEMBUATKAN 
KITA TAK KERUAN"


ok. tu je yang nak tulis petang ni.

Thursday, April 14, 2011

harga emas naik...

petang tadi aku merajinkan telinga aku ni dengar HOTfm sambil2 study. masa aku dengar radio tu DJnya suraya n kieran. aku pun layan je r dyorg membebel. tapi ada satu benda yang dyorang cakapkan menarik hati aku untuk mendengar. 

lonjakan harga emas.  

yeap, emas memang satu pelaburan yang bagus. macam sekarang ni, siapa2 yang tengah kesempitan wang tu, n ada pulak simpanan emas kat rumah ataupun emas yang dipakai kat leher tu semakin membebankan. apa lagi, amek barang emas tu gi jual. bayangkan satu gram je dah RM 150. paling kurang pun berat cincin tu ade la dalam beberapa gram agaknya. aku ni x pernah beli cincin. so tak tau r berat sebenar cincin tu. apetah lagi gelang dan rantai. kalau tanya mak ayah aku dyorang tau la. kat SINI ade detail lagi harga2 emas tu. manalah tau korang ade niat nak tau harga emas terkini...

tapi janganlah kita terlalu ghairah ngan kelonjakan harga emas tu sampaikan kita lupa si peragut kat luar sana tu lagilah ghairah dengar berita ni. kalau kita sebulan baru nak dapat gaji beribu, dyorang ni dalam masa seminit je dah ade ribu dalam tangan. tapi jangan pulak korang ade niat nak jadi macam dyorang. 
tolonglah jangan ada cita2 nak jadi peragut. tapi kalau peragut hati tu, tak mampu aku nak tolong. 

untuk makcik2 kat luar sana yang suka menayang2 harta emas kalian  ni, kat sini, anak ni nak bagi nasihat.
simpanlah sikit emas tu kat rumah, takpun nak bagi selamat letak dalam peti rahsia kat bank tu. insyaAllah r selamat. bukannya anak ni iri hati dengan kekayaan emas makcik2 tu. tapi anak ni risau kalau2 tiap2 hari nanti anak ni baca dalam surat khabar,

"warga emas menangis rantai pusaka diragut"

takpun

"penjaja nasi lemak hilang anak demi mempertahankan gelang emas."


jangan kita gelak sekarang sebab semuanya bakal berlaku kalau kita tak berjaga2 mulai sekarang.
jadi macam aku, gelang n rantai emas yang maka ayah aku belikan, aku cuma simpan je kat rumah. 
kali terakhir aku pakai pun masa raya 2 tahun lepas....

last sekali, walaupun dulu2 aku selalu tengok cerita anak mami yang pakai gelang banyak2 tu, tapi bila aku dah ada kat penang ni selama 2 tahun ni, tak pernah pulak aku jumpa orang2 macam tu.
wujud ke??




Wednesday, April 13, 2011

exam dan doa

sebelum blog aku bertukar ke mood struggle study, aku nak share something ngan kalian.
sempena bulan exam ni, aku ada cari2 beberapa doa yang boleh kita amalkan.
bukan setakat untuk exam kali ni je, tapi untuk masa2 depan. 
dan pastikan juga bukan semata2 doa yang mengiringi kejayaan kita, tapi pastikan juga diselitkan usaha untuk mendapatkan kejayaan itu.
TANPA USAHA MIMPI TAKKAN JADI KENYATAAN

tapi sebelum tu, kita mestilah tau adab adab berdoa. janganlah main balun je baca doa. memanglah orang kata doa kita dinilai dengan niatnya, tapi bila nak berdoa tu biarlah kena pada tempatnya. dan jadilah seorang yang sempurna sebelum kita meminta daripadaNYA.

dekat bawah ni ada senarai adab adab berdoa. kalau korang rasa kesik tulisannya n susah untuk dibaca, silalah klik untuk membesar.. confirm jelas..^_^




bila dah tau adab2nya, barulah kita kena tau tempat2 dan masa yang sesuai dan mustajab untuk berdoa. kalau bagi diri aku sendiri, aku selalu amalkan yang 'selepas solat fardhu' dan 'semasa sujud'. sebab yang lain2 tu kadang2 aku terleka tak pun memang tak sempat dan tak dapat nak lakukan...




sebelum belajar tu ingat2lah berdoa supaya ilmu yang kita pelajari tu diberkatiNYA.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

SEMOGA DENGAN DOA DOA NI PERJALANAN EXAM KITA DIPERMUDAHKAN.
TAPI JANGAN TERLALU BERGANTUNG DENGAN DOA KERANA DOA SEKADAR PEMBANTU SAMPINGAN DALAM MERELIASASIKAN SESUATU PERKARA. YANG PENTING ADALAH USAHA DIRI SENDIRI. 
SEMOGA BERJAYA KEPADA SEMUA YANG SEDANG ATAU BAKAL MENGHADAPI PEPERIKSAAN .


*off ke mood struggle*

Sunday, April 10, 2011

selamat tinggal kawanku

sedutan gambar dari video klip selamat tinggal kawanku...


Selamat tinggal kawanku
 Tak mudah aku pergi
   Bila wajahmu
     Sentiasa di hati ini

       Ok dah memang
         Bukan mudah untuk ku menerima hakikat
           Dalam hidup ini sentiasa ku tersekat
              Apa yang ku harapkan
                Kasih sayang yang suci murni
                   Tetapi semuanya hilang setelah kau pergi
                     
Dulu hari-hari ku berwarna warni
                        Kini kian mendung
                          Ia tinggal satu memori
                            Jangan jangan lepaskan genggamanku ini
                              Hidupku hanya bermakna jika kau di sini
                                 Mana janji mana erti
                                    Kenapa gembiraku kini menjadi sepi    
                                       Musnah segala apa yang ku impikan
                                          Tetapi ku tetap tabah
                                            Kerana Tuhan yang menentukan
                                               Kau tetap pergi apakan daya
                                               W'pun ku telah mencuba sedaya upaya
                                               Ku harapkan ini sesuatu yang kekal
                                               Namun ku t'paksa mlepaskanmu baby
                                               Selamat tinggal
                                              Selamat tinggal kawanku
                                             Tak mudah aku pergi
                                          
Bila wajahmu
                                         Sentiasa di hati ini
                                     Tiada ertinya kau tinggalkan aku
                                   Sedangkan teramat ku mengasihi dirimu
                                 Cuba ingat semua yang kita pernah lalui
                               Sayang bukalah fikiranmu kembali
                            Ku tak mahu hidup tanpamu di sisi
                         Hanya kau seorang yang pernah aku kasihi
                     Jangan pergi jangan pergi
                  Jangan tinggalkan aku begini
               Jika aku yang engkau cintai
             Kenapa semua ini       
          Kenapa semua ini
       Mengapa semua ini
    Jika aku yang kau cinta

  Mengapa semua ini

Kenapa semua jadi begini
     Kenapa mengapa
         Jangan pergi jangan pergi
             Jangan tinggalkan aku begini
                  Selamat tinggal kawanku 
                     (usah pergi)
                         Tak mudah aku pergi 
                             (jangan biarkan ku menderita)
                                 Bila wajahmu
                                Sentiasa di hati ini 
                           (aku sentiasa di dalam dada kamu sayang)
                       Walau ku pergi sayangku 
                 ( usah pergi)
           Dalam jiwaku ini

     Kaulah cintaku yang kekal
 Selamat tinggal

-----------------------------------


korang mesti pernah dengar kan lagu ni. ala, lagu dina ngan zizan raja lawak buar rap. aku dengar buat first time pun sebab angin2 zizan yang membuaekan aku search tenet cari 'zizan rap', kalau tak, aku pun x mendengar lagu ni...


apa apa pun aku dengar dan menghayati lirik lagu ni, aku ada dapat sedikit pengajaran dalam lagu ni. eh,pengajaran ke? mungkin apa yang aku paham kot. 


pengajaran pertama: 
KALAU BETUL KAU CINTA DIA, CAKAP JE. LETAK MALU DAN EGO KE TEPI, SEBAB PELUANG DATANG SEKALI.

pengajaran kedua: 
BILA KITA DAH DAPAT SESUATU TU TOLONGLAH HARGAINYA SEBAIK MUNGKIN. SEBAB, KITA AKAN MULA MERINDUI DIA BILA DIA SUDAH TIADA DI HADAPAN MATA KITA LAGI.

pengajaran ketiga:
 JANGAN SESEKALI KECEWAKAN SESEORANG YANG CINTA GILA KAT KORANG. SEBAB DIA MESTI AKAN DEDICATE KORANG LAGU NI. CAYALAH...

pengajaran keempat: 
JANGAN TERLALU BANGGA DENGAN KEGEMBIRAAN YANG KITA KECAPI. KERANA DISEBALIK GELAK KETAWA TERSELIT SEDIKIT TANGISAN.

pengajaran kelima:
WALAU SEBESAR MANA PUN CINTA KORANG, TERIMALAH KENYATAAN DAN TAKDIR ILAHI BAHAWA HIDUP, MATI, PERTEMUAAN DAN PERPISAHAN ADALAH KETENTUAN ILAHI. TERIMALAH DENGAN HATI YANG TERBUKA. 

pengajaran keenam:
MARILAH BERSAMA SAMA MENDENGAR LAGU INI....
*takde kena mengena*



pesanan penaja: 
aku saja buat lirik lagu tu berkaler2. 
saja nak test ink blogspot aku ni ok ke x.. hehe
aku kan jarang buat entry kaler2 ni..^_^

Thursday, April 7, 2011

berus gigi dalam pensebok...

terasa lama x menjengah blog azwaishak ni... entah2 kalau boleh berkarat dah lama berkarat.. huhu
untuk kali ni aku nak bercerita pasal pencil case. xpun masa kecik2 dulu aku panggil pensebok...zaman kecik2 dulu fames la pensebok jenis kotak, boleh bukak dua-dua belah. dengan ade pengorek kat belah tepi... untuk yg x berapa nak tau tu, pengorek dalam bahasa senangnya sharpener xpun pengasah pensil... yg tu zaman dulu... zaman kanak2 sekarang ni, aku tak berapa nak pasti la sgt... aku kan da tahap tua sedikit.. huhu..

habis cerita pasal pensebok tu, aku nak cerita isi dalam pensebok lak. 
apa korang isi dalam pensebok ea? 
-pensel kayu?
-pensel mekanikal?
-pen merah?
-pen biru?
-pen hitam?
-pen kaler2?
-liquid paper?
-pemadam?
-pembaris?
-pengorek?

kalau nak listkan memang banyak berjela2lah.. dan benda2 yang aku listkan kita biasa dengar kan?
tp pernah tak korang jumpa orang letak berus gigi dalam pensebok?
kalau korang pernah jumpa, korang tekan button like kat bawah tu. eh,mana ada aku sediakan tu utk korang ea.. x pun cuba korang gelak je r.
sebab aku pun pernah gelak sangat2 bila aku jumpa berus gigi dalam pensebok seorang insan yang terpaksa dirahsiakan namanya...

akhir kata, walaupun sehebat mana pun isi pensebok kalian dengan macam2 jenis pen@pensil, pastikan semuanya boleh dipakai... jangan harap ade pen pilot G2, tapi inknya cuma boleh digunakan untuk menulis huruf 'A'....

Monday, April 4, 2011

mood rumah...

aku ngah berada dalam mood rumah@home...
tahap kemalasan nak membuat entry2 baru.
harap maaf semua~~



Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila kamu berdoa, janganlah berkata: Ya Allah, ampunilah aku jika Engkau kehendaki. Tetapi hendaklah dia serahkan permohonannya dengan senang hati, kerana Allah tidak pernah segan untuk memberikan sesuatu kepadanya.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a

--------------------entry yang belum berkarat------------------------