~anda mau follow?? thanks yaa~~

Thursday, April 14, 2011

harga emas naik...

petang tadi aku merajinkan telinga aku ni dengar HOTfm sambil2 study. masa aku dengar radio tu DJnya suraya n kieran. aku pun layan je r dyorg membebel. tapi ada satu benda yang dyorang cakapkan menarik hati aku untuk mendengar. 

lonjakan harga emas.  

yeap, emas memang satu pelaburan yang bagus. macam sekarang ni, siapa2 yang tengah kesempitan wang tu, n ada pulak simpanan emas kat rumah ataupun emas yang dipakai kat leher tu semakin membebankan. apa lagi, amek barang emas tu gi jual. bayangkan satu gram je dah RM 150. paling kurang pun berat cincin tu ade la dalam beberapa gram agaknya. aku ni x pernah beli cincin. so tak tau r berat sebenar cincin tu. apetah lagi gelang dan rantai. kalau tanya mak ayah aku dyorang tau la. kat SINI ade detail lagi harga2 emas tu. manalah tau korang ade niat nak tau harga emas terkini...

tapi janganlah kita terlalu ghairah ngan kelonjakan harga emas tu sampaikan kita lupa si peragut kat luar sana tu lagilah ghairah dengar berita ni. kalau kita sebulan baru nak dapat gaji beribu, dyorang ni dalam masa seminit je dah ade ribu dalam tangan. tapi jangan pulak korang ade niat nak jadi macam dyorang. 
tolonglah jangan ada cita2 nak jadi peragut. tapi kalau peragut hati tu, tak mampu aku nak tolong. 

untuk makcik2 kat luar sana yang suka menayang2 harta emas kalian  ni, kat sini, anak ni nak bagi nasihat.
simpanlah sikit emas tu kat rumah, takpun nak bagi selamat letak dalam peti rahsia kat bank tu. insyaAllah r selamat. bukannya anak ni iri hati dengan kekayaan emas makcik2 tu. tapi anak ni risau kalau2 tiap2 hari nanti anak ni baca dalam surat khabar,

"warga emas menangis rantai pusaka diragut"

takpun

"penjaja nasi lemak hilang anak demi mempertahankan gelang emas."


jangan kita gelak sekarang sebab semuanya bakal berlaku kalau kita tak berjaga2 mulai sekarang.
jadi macam aku, gelang n rantai emas yang maka ayah aku belikan, aku cuma simpan je kat rumah. 
kali terakhir aku pakai pun masa raya 2 tahun lepas....

last sekali, walaupun dulu2 aku selalu tengok cerita anak mami yang pakai gelang banyak2 tu, tapi bila aku dah ada kat penang ni selama 2 tahun ni, tak pernah pulak aku jumpa orang2 macam tu.
wujud ke??




No comments:

Post a Comment

saya tulis anda komen..

Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila kamu berdoa, janganlah berkata: Ya Allah, ampunilah aku jika Engkau kehendaki. Tetapi hendaklah dia serahkan permohonannya dengan senang hati, kerana Allah tidak pernah segan untuk memberikan sesuatu kepadanya.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a

--------------------entry yang belum berkarat------------------------