~anda mau follow?? thanks yaa~~

Monday, February 28, 2011

kisah zaman KMJ

Ye,, sye nak menulis. Tapi line macam hampeh. Sampailah encik hosni bg idea utk tulis dlm word dlu.. so,inilah yg aku ngah buat. Menaip (0130am). Copy (0205am). Paste (0206am). ^_^

Sebenarnya bukan ni topik yang nak diperkatakan. Tapi kisah zaman2 matrik. Kepada sesiapa yang tengah baca benda sila flashback masa tu....................

Kepada sesape yg tak pernah rasa duk matrik, korang bayangkan je lah apa2...

Aku habiskan masa matrik aku kat KMJ aka kami masyarakat johor. Eh2, kolej matrikulasi johor. Walaupun Cuma setahun, aku rasa banyak sangat kenangan yg aku akan sedih bila kenang. Especially, bila aku teringat girlfriend aku. Sila jangan pikir lain. Girlfriend=kawan perempuan.. tapi girlfriend aku masa tu sangat special. Tak pernah aku sayang girlfriend aku macam tu. Tapi itulah orang kata;

A memory lasts forever, and never does it die. True friends stay together and never say good bye.

Tapi, sebenarnya bukan itu juga yang aku nak tulis. Aku dah pernah tulis pun pasal dia dulu. So kali ni aku nak cerita kenangan lain pulak.

~Kenangan masa datang kuliah~

Awal pagi datang kelas, memang masing masing cantik lah. Dengan pakaian atas kebawah satu colour.  beg penuh dengan ‘bling2’, sedepa pun org tau kita yang nak datang. Langkah masuk kuliah pun kaki menapak dengan confiden. Lagi2 kalau ade secret admirer dalam kuliah tu. Lagilah jalan pijak semut pun, semut pengsan je. 

Pastu, bila masuk kuliah, target seat depan. Kononnnya senang nak concentrate bila lecturer mengajar. Padahal sebenarnya nak tunjukkan kat si dia, yg kita ni pelajar berkaliber.. aish, terpesong jap niat.. kalau target seat depan pun, niat nak usya si dia.. aish, lagilah melencong niat..

Jam pertama, mata segar lagi. Segala ilmu yang lecturer muntahkan semua paham, semua masuk direct dari telinga kiri n kanan terus ke otak. 

Masuk jam kedua, mata dah start terkebil2. Kalau lecturer kat depan tu CIK, mata yang lelaki segar lagi, kalu kat depan tu ENCIK MUDA, yg mata perempuan pulak yang segar. Tapi, kalau yang kat depan tu, PUAN ataupun ENCIK BERUMUR, mata dua2 kalau boleh nak pejam sampai ke petang. Tapi bila fikir kot dia Tanya soalan, mati tak dapat jawab.

Masuk jam ketiga, mata makin hilang colour hitamnya. Nota yang masa jam pertama tersalin cantik plus berwarna2, sampai tahap ni dah bercorak2.. kalau corak pensel@pen kira ok lagi, tapi kalau da sampai corak peta dunia pun ada, memang esok teros tak Nampak batang hidung sebab malu. Yang ini kira bila diterima akal. Tapi kalau yang buat senaman kepala kiri ke kanan, depan ke belakang  angguk2 paham, takpun pusing 360°.. ada siapa banyak pengalaman ni? Mau share? haha

Jam keempat, kalau hari yang seronok, dapatlah rehat 1 jam. Dapatlah pergi makan ke, tido ke, bergosip ke.. tapi kalau hari yang memang dari pagi ke petang ade kelas memang rasa nak menyumpah kat siapa yang susun jadual. Ade ke patut susun jadual seksa macam tu. Masa keempat ni selalunya kelas tutor r. Tapi sebelum pergi tu, recheck balik. Subjek apa masa tu, selalunya kelas BI r yang selalu miss. Tu yang sampai sekarang cakap BI hampeh. Pastu check lecturer apa masuk, kalau yang garang macam singau (singa+harimau), sambil jalan nak masuk kelas duk fikir nak masuk ke tak. Masuk tak selamat, tak masuk lagi tak selamat. Lagi satu, check homework da siap ke belum. Kalau tak siap, masa dalam kelas duduk depan. Sebab budak yang selalu duduk depan jarang kena Tanya. Ye la, mana ada orang tak siap berani duduk depan kan? Tapi muka biar confident. Tak pasal2 kantoi.   


ini bahan bukti aku tak datang kelas BI. 
gambar budak kelas H2P10, tp aku xde...

Pastu masa lunch. Masa ni memang masa heaven lah. Sebab masa ni lah nak tengok muka2 budak kelas lain. Boleh jadikan topic bergosip malam nanti.

Lepastu lagi, pukul 2 petang. Masa ni, kalau tak kuliah, memang tutor lah yang menanti. Kalau kelas tutor, kisahnye sama macam yang atas. Tapi kalau kuliah, kisahnya terbalik.. jam pertama, mata hilang colour hitam. Jam kedua diawangan. Jam ketiga, automatic segar sebab kelas terakhir. Tak sabar nak balik n bersiap untuk ??? pada waktu petang. (byk benda boleh buat petang2 ni. So, malas nak taip. Boleh kan?)

Nak dipendekkan cerita itulah pengalaman aku semasa belajar kat KMJ. Seronok sebenarnya, tapi itulah cerita aku. Walaupun sebenarnya bukan pasal aku pun. Aku melihat, aku proses dalam otak, aku luahkan dalam bentuk tulisan.. apa2pun terima kasih cikgu2 aku dari tadika ke zaman university skang ni yang Berjaya menjadikan aku seorang wanita yang bernama azwa...

Tamat kisah~~
Jam menunjukkan pukul 0220am. Masa untuk tidur... 
assalamualaikum

Saturday, February 26, 2011

itulah kau

TUHAN akan beri aku kesabaran berlipat ganda bila aku mendapat sahabat seperti kamu,
DIA juga memberi aku ketabahan bila insan yang aku anggap sahabat menikam aku dari belakang,
DIA juga menghalang niat aku daripada aku menyebut
 "you xxxx"
DIA sekadar mahu memberi dugaan apabila menjadikan kau salah seorang sahabat aku,
byknya yg DIA tolong aku, bila kau jadi sahabat aku...
tapi,
itulah kau..
kenapa ye kau macam ni?

Monday, February 21, 2011

keindahan ciptaan tuhan

harini aku nak bercerita pasal keindahan ciptaan tuhan. minggu lepas, hari sabtu, 12hb feb, tepat 8pg aku, kawan aku, kawan kawan aku, senior aku, senior kawan aku, senior kawan kawan aku, junior aku, junior kawan kawan aku dll bertolak ke hutan rimba teluk bahang (rasanya betul nama ni).
perjalanan yg mengambil masa lebih kurang sket drpd 1 jam, menyebabkan semua org lena dalam bas. tapi disebabkan aku duduk belakang sekali, aku x dapat tido. melambung2 aku kat dalam bas tu. ditambah pulak jalan roller coaster.. so,nak dipendekkan cerita, sampailah kat tempat tu..

kalau nak bercerita dalam bentuk tulisan, mungkin org yang baca akan bosan. so aku letak gambar2 sampingan. dan gambar2 tu la yang banyak membuktikan betapa indahnya ciptaan tuhan...+_+

gambar 1: kami berempat+si photographer kecil. itupun setelah 2 org jd mangsa buangan..

gambar 2: sebelum pembuangan mangsa aka ahi n aqmar...

gambar 3: jungle trekking. perjalanan yg boleh ambil masa sekejap jadi lama sbb masing2 seronok nak mengambil gambar. 
task sblm masuk hutan: mesti ada muka sendiri dalam semua pic. pemenangnya??

gambar 4: ok, senyum dulu... keindahan ciptaan tuhan yang pertama. 



gambar 5: keindahan ciptaan tuhan yg kedua. yang ni korg nak gelak puas2 pun xpe. sbb aku sendiri setiap kali tgk pic ni aku akan tergelak. cun sgt!!
 yg teramat pelik apa la yg aku ngah buat sebenarnya. n kenapa la cik photographer tu snap masa ni...
kantoi r aku ni cun...^_^

gambar 6: akhirnya sampai ke TAMAT. walaupun penat+lapar+dahaga+segala2nya,
tapi gambar jugak yg penting. peacee....

gambar 7,8,9,10,11..........∞ 
aku malas nak edit&upload kat sini... kalau nak tgk juga, dail 250468 utk pertanyaan lanjut.
mungkin anda akan dilayan atau pun bunyi tuuut...tuut..tut.. yang  layan anda..
akhir kata, pharmaliday 2011 dalam kenangan....
trimas sudi membaca...
^_^ 


 p/s: sila klik pic utk besar bg  insan2
yg mempunyai rabun yang ekstrem...
thanks pic from k.ya+sikecil..

Saturday, February 19, 2011

bercinta di syurga

bercinta di syurga

sesetengah org mesti akan ingat, 'owh jiwangnya ayat'. tp bg aku x sebenarnya. ayat ni sebagai peringatan kepada diri sendiri supaya tak leka dengan cinta dunia. bila aku ingat blek zaman2 aku bercinta dulu, owh, banyaknya benda silap yang aku dah buat..so,sekarang ni bila zaman bercinta dah abes, aku nak pasang satu cita2 baru. aku nak bercinta dengan bidadara di syurga. dengar macam pelik, tapi belum cuba belum tau. maknanya aku kena bermula dari sekarang..

1. solat jgn tak solat.. penuhkan yg wajib dulu.5 kali sehari.. yg sunat tu InsyaAllah..

2. puasa wajib cukup 23 hari bulan Ramadhan, 7 hari puasa qada'. yg sunat InsyaAllah.. ikut kemampuan..

3. AlQuran, kalau boleh 1 juzuk sebulan (awal2), 1 juzuk sehari (upgrade)..

4. hormat mak ayah... jgn buat mereka bersedih. hargai mereka... wawa syg sgt mak n ayah...
wahai tuhan, sayangilah mereka berdua sebagaimana mereka mengasihaniku sejak kecil..

5. amal2kan sedekah.. semoga sedekah aku menjadi penyambung pahala aku.. amin..
6. banyakkan berzikir.. InsyaAllah..

7. jaga perhubungan sesama manusia, haiwan, dan alam... semoga mereka mendoakan kita yg baik2...
    yang ni aku akan cuba yang betul2 cuba. sbb ada org kata aku laser.. sobs2..

mungkin banyak lagi yang aku belum listkan, sbb ni je yang terlintas dalam otak aku. n sebab ni je aku rasa aku cuba nak buat untuk masa ni. yang lain2 mungkin aku akan listkan bila aku da sampai tahap seterusnya... lagi 1 sebelum tertinggal, bercinta lepas kawin pun bley masuk dlm list kat atas tu kan?? hehe

walaubagaimanapun, aku still nak bercinta di syurga. kat dunia aku tak dapat bercinta dengan encik x, so aku berharap kat syurga aku nak bercinta dengan bidadara x pun cukuplah... mudah mudahan cita2 aku tercapai...

amin....

Sunday, February 13, 2011

hadiah yang bermakna...

esok 14hb feb. mesti kapel2 kat luar sana dah sibuk pasal valentine day. bukannya aku nak meyokong org sambut valentine, tp,aku cua nak menggalakkan org bagi hadiah. bukan untuk valentine je, hari2 pun boleh. hadiah sebagai tanda kita sayang org tu. tanda kita memerlukan orang tu. tanda kita memerlukan orang tu. tanda segala2nya lah. dan yang paling indah kalau kita bagi hadiah tu kat mak ayah kita dulu. bak kata org family first..
masalahnya sekarang,bukan itu yang aku nak cakap. tapi aku nak bercakap pasal hadiah. selalunya kalau kita nak bg hadiah kat org mesti kita pilih yang 
mahal-mahal,

        

          



cantik-cantik..

                 



sedap-sedap

  



 tp bayangkan kalau org bagi korang gula2.. bukan gula2=coklat. tp gula2=sweets... lagi2 orang bg gula HACKS ataupun HUDSONS. 





ape korg pikir?

tp korg tau x maksud disebaliknya?
inilah yg sebenarnya yg nak aku kongsikan....

HACKS = Hanya Aku Cinta Kau Sorang...

dan lagi satu,

HUDSONS = Hanya Untuk Diri Sendiri Orang Nak Sorry..

so, bahagia tak korg rasa kalau org bg 2 benda ni? kesimpulannya sekecik mana pun hadiah org bg, kita terima je lah.. disebalik semua hadiah tu ade maksudnya tersendiri...
 yang penting hati mesti ikhlas...
^_^

Friday, February 11, 2011

aku dan followers

ramai org cakap bila ade blog kita wajib buat entry tiap saat. kiranya blog mmg sentiasa dalam otak r. kalah balak@awek. tp bagi pendapat aku,x perlu entry tiap2 masa sedangkan entry mcm hampeh. lagipun aku ni pulak dilahirkan bkn utk jd insan berjiwa penulis. aku menulis utk keselesaan. bila nak, aku tulis. dan bila xnak aku x tulis. nak2 pulak dengan aku yg tiap2 saat nak pikir assignmentnya lagi, kuiznya lagi, labnya lagi, meetingnya lagi, kwn2 aku lg, family aku lg, dia lagi, diri aku sendiri lagi, n mmg 24 hours la otak aku ligat berfikir. *kalu tak berfikir,da mati la gamaknya. huhu*

tang followers plak. ade org tersangatlah kesah dengan bil followers dia. kira macam kalau followers dia beribu, kira puas r tu.. aku pulak barulah sejak 2 menjak ni berjinak2 nak follow org. lagi2 yg x berapa dikenali. tp aku follow org pun bukan main taram je. aku follow bila aku baca blog dia, aku suka, aku baca the next entry. tp bila da sekali baca buat aku menyirap sumpah x bukak lg. lagipun buat apa nak stress2 dengan dunia blog ni. jadikan dia hobi yg mengembirakan. yg penting bila tekan button PUBLISH POST, hati jadi puas. walaupun hanya sekadar menulis,

assalamualaikum. aku xde idea nak tulis apa [titik]

yang penting hati suka..=)
tp bg org yg sudi jd follower aku,aku akan cuba sedaya upaya aku utk rajin2kan diri lawat korg. tp bila ade senarai blog korg kt tepi ni, kiranya korang da mmg dalam jiwa aku...hehe

last sekali, mungkin org akan jd x suka bila baca entry aku kali ni. aku bukan nk melekehkan org,tp aku melihat,aku fikir, dan aku menulis. inilah hasilnya.... maaf dihulur di pagi jumaat ini....

sebelum aku buat ayat2 penutup, ade 1 statement yg aku suka. encik hosni yg kenalkan kat aku...

"no decision is a decision" 
                                                                     -donald trump-


-TAMAT-

Tuesday, February 1, 2011

aku bersyukur

dulu aku pernah mengimpikan untuk belajar kat oversea. paling dekat pun nak buat medic kat indon. masa form 5, dengar cite org sumenye best. jadi aku pun terjoin sama nak belajar luar negara. tapi lepas hampir 2 tahun jadi student usm ni,rasa bersyukur pun ada. bersyukur sangat2 la. semua ni sebab bila terbaca berita keganasan di mesir. yang aku sedih+risau, kawan2 aku ramai kat sana. konfirm trauma gila. aku bertambah sedih bila aku dapat tau cerita keganasan ni lambat sikit. sejak2 duduk rumah (4 hari lepas) barulah tau pasal ni. maklumlah kat usm sibuk je memanjang sampai x amek tau dunia luar. yang peliknya pasal si fasha sandha putus cinta tu aku tau pulak. memang rubbish sungguh! (bak kata lecturer aku). aku kat johor yang tengah dilanda banjir ni,cuma mampu berdoa semoga mereka selamat disana. n kalau boleh bawalah mereka pulang ke malaysia yg aman ni..

rakyat malaysia di mesir

p/s: aku nak tau apa khabar exclasmate aku intan....

lagi satu cerita yang buat aku btul2 bersyukur belajar kat malaysia ialah bila pagi td aku tengok Malaysia Hari Ini, yang x pernah2 aku tgk pg2 buta, cerita pasal banjir besar yg melanda Brisbane. walaupun aku sendiri tak tau geografi australia tu cane, tapi aku still rasa sedih bila tgk gambar2 yg tv3 tunjukkan. banjir yang macam tsunami. mengucap aku dibuatnya. tiba2 pulak mak aku mencelah, katanya tsunami bakal melanda malaysia dlm bulan jun nnt. kesahihannya belum dapat dipastikan. tapi kalau betul itu jangkaannya, ya Allah, selamatkanlah dunia ni... kenapa mak aku boleh cakap kenapa masa dulu yang tiada kemodenan, boleh kurangnya berlaku bencana alam. tapi semakin meningkat kemajuan n kemodenan, satu demi satu bencana datang. siapa yang harus dipersalahkan pun tak taula...


ade lagi satu yang buat aku tersangat bersyukur bila tolak tawaran belajar di indon. dengan tsunaminya, gempa buminya, ish, xdpt aku bayangkan macam mana la agaknya.. serius aku bersyukur belajar kat usm. walaupun baru semalam aku terbayang sekali kena tsunami tenggelam pulau pinang tu..... huhu....

bersama2lah kita doakan semoga yang sedang ditimpa musibah semakin baik, yang belum ditimpa musibah berikhtiar dan berdoa ianya tak berlaku. 




Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila kamu berdoa, janganlah berkata: Ya Allah, ampunilah aku jika Engkau kehendaki. Tetapi hendaklah dia serahkan permohonannya dengan senang hati, kerana Allah tidak pernah segan untuk memberikan sesuatu kepadanya.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a

--------------------entry yang belum berkarat------------------------