~anda mau follow?? thanks yaa~~

Monday, February 28, 2011

kisah zaman KMJ

Ye,, sye nak menulis. Tapi line macam hampeh. Sampailah encik hosni bg idea utk tulis dlm word dlu.. so,inilah yg aku ngah buat. Menaip (0130am). Copy (0205am). Paste (0206am). ^_^

Sebenarnya bukan ni topik yang nak diperkatakan. Tapi kisah zaman2 matrik. Kepada sesiapa yang tengah baca benda sila flashback masa tu....................

Kepada sesape yg tak pernah rasa duk matrik, korang bayangkan je lah apa2...

Aku habiskan masa matrik aku kat KMJ aka kami masyarakat johor. Eh2, kolej matrikulasi johor. Walaupun Cuma setahun, aku rasa banyak sangat kenangan yg aku akan sedih bila kenang. Especially, bila aku teringat girlfriend aku. Sila jangan pikir lain. Girlfriend=kawan perempuan.. tapi girlfriend aku masa tu sangat special. Tak pernah aku sayang girlfriend aku macam tu. Tapi itulah orang kata;

A memory lasts forever, and never does it die. True friends stay together and never say good bye.

Tapi, sebenarnya bukan itu juga yang aku nak tulis. Aku dah pernah tulis pun pasal dia dulu. So kali ni aku nak cerita kenangan lain pulak.

~Kenangan masa datang kuliah~

Awal pagi datang kelas, memang masing masing cantik lah. Dengan pakaian atas kebawah satu colour.  beg penuh dengan ‘bling2’, sedepa pun org tau kita yang nak datang. Langkah masuk kuliah pun kaki menapak dengan confiden. Lagi2 kalau ade secret admirer dalam kuliah tu. Lagilah jalan pijak semut pun, semut pengsan je. 

Pastu, bila masuk kuliah, target seat depan. Kononnnya senang nak concentrate bila lecturer mengajar. Padahal sebenarnya nak tunjukkan kat si dia, yg kita ni pelajar berkaliber.. aish, terpesong jap niat.. kalau target seat depan pun, niat nak usya si dia.. aish, lagilah melencong niat..

Jam pertama, mata segar lagi. Segala ilmu yang lecturer muntahkan semua paham, semua masuk direct dari telinga kiri n kanan terus ke otak. 

Masuk jam kedua, mata dah start terkebil2. Kalau lecturer kat depan tu CIK, mata yang lelaki segar lagi, kalu kat depan tu ENCIK MUDA, yg mata perempuan pulak yang segar. Tapi, kalau yang kat depan tu, PUAN ataupun ENCIK BERUMUR, mata dua2 kalau boleh nak pejam sampai ke petang. Tapi bila fikir kot dia Tanya soalan, mati tak dapat jawab.

Masuk jam ketiga, mata makin hilang colour hitamnya. Nota yang masa jam pertama tersalin cantik plus berwarna2, sampai tahap ni dah bercorak2.. kalau corak pensel@pen kira ok lagi, tapi kalau da sampai corak peta dunia pun ada, memang esok teros tak Nampak batang hidung sebab malu. Yang ini kira bila diterima akal. Tapi kalau yang buat senaman kepala kiri ke kanan, depan ke belakang  angguk2 paham, takpun pusing 360°.. ada siapa banyak pengalaman ni? Mau share? haha

Jam keempat, kalau hari yang seronok, dapatlah rehat 1 jam. Dapatlah pergi makan ke, tido ke, bergosip ke.. tapi kalau hari yang memang dari pagi ke petang ade kelas memang rasa nak menyumpah kat siapa yang susun jadual. Ade ke patut susun jadual seksa macam tu. Masa keempat ni selalunya kelas tutor r. Tapi sebelum pergi tu, recheck balik. Subjek apa masa tu, selalunya kelas BI r yang selalu miss. Tu yang sampai sekarang cakap BI hampeh. Pastu check lecturer apa masuk, kalau yang garang macam singau (singa+harimau), sambil jalan nak masuk kelas duk fikir nak masuk ke tak. Masuk tak selamat, tak masuk lagi tak selamat. Lagi satu, check homework da siap ke belum. Kalau tak siap, masa dalam kelas duduk depan. Sebab budak yang selalu duduk depan jarang kena Tanya. Ye la, mana ada orang tak siap berani duduk depan kan? Tapi muka biar confident. Tak pasal2 kantoi.   


ini bahan bukti aku tak datang kelas BI. 
gambar budak kelas H2P10, tp aku xde...

Pastu masa lunch. Masa ni memang masa heaven lah. Sebab masa ni lah nak tengok muka2 budak kelas lain. Boleh jadikan topic bergosip malam nanti.

Lepastu lagi, pukul 2 petang. Masa ni, kalau tak kuliah, memang tutor lah yang menanti. Kalau kelas tutor, kisahnye sama macam yang atas. Tapi kalau kuliah, kisahnya terbalik.. jam pertama, mata hilang colour hitam. Jam kedua diawangan. Jam ketiga, automatic segar sebab kelas terakhir. Tak sabar nak balik n bersiap untuk ??? pada waktu petang. (byk benda boleh buat petang2 ni. So, malas nak taip. Boleh kan?)

Nak dipendekkan cerita itulah pengalaman aku semasa belajar kat KMJ. Seronok sebenarnya, tapi itulah cerita aku. Walaupun sebenarnya bukan pasal aku pun. Aku melihat, aku proses dalam otak, aku luahkan dalam bentuk tulisan.. apa2pun terima kasih cikgu2 aku dari tadika ke zaman university skang ni yang Berjaya menjadikan aku seorang wanita yang bernama azwa...

Tamat kisah~~
Jam menunjukkan pukul 0220am. Masa untuk tidur... 
assalamualaikum

4 comments:

  1. best kot kmj,cuma skema tahap gaban

    ReplyDelete
  2. YEAP2.. kmj is d best... tp skema ke? x rasa pun.. huhu

    ReplyDelete
  3. haha... masa lunch r best... luas sket pemandangan... haha

    ReplyDelete

saya tulis anda komen..

Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila kamu berdoa, janganlah berkata: Ya Allah, ampunilah aku jika Engkau kehendaki. Tetapi hendaklah dia serahkan permohonannya dengan senang hati, kerana Allah tidak pernah segan untuk memberikan sesuatu kepadanya.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a

--------------------entry yang belum berkarat------------------------