~anda mau follow?? thanks yaa~~

Saturday, October 30, 2010

angan2...

aku ada angan2. mungkin bg org lain, angan2 aku ni terlalu besar. 
tp bak kata org,tanpa usaha mimpi xkan jadi kenyataan. 
angan2 aku yg ala2 mengarut ni ialah aku nak ada sebuah rumah tepi laut.


aku nak tiap2 ptg,aku duduk  sambil pandang ke laut. masa tu angin bertiup... huhu
dah terbayang dah keadaan masa tu. segala masalah macam dibawa pergi angin.....

bila rasa semua masalah dah dibawa angin, aku nak mendayung sampan. 
biar ketengah laut. dan masa tu aku pandang sekeliling cuma air.... walaupun orang akan bilang, 
'ko tak takut tsunami?'
aku akan jawab. 'aku tak takut tsunami. tapi aku takut kematian'
sebab kematian akan berlaku dimana2. kita tidak akan pernah dapat lari daripadanya..

setiap pagi selepas subuh aku ajak si dia duduk bawah pokok sambil menunggu terbitnya matahari.
saat tu aku sangat kagum dengan keindahan ciptaanNYA. sungguh sempurna.

bila tengah hari, aku nak bertenggek atas batu sambil berfikir penyelesaian segala masalah aku. 
sbb aku tau aku x boleh lari drpd masalah. 

masa tu aku x perlu risau cahaya matahari akan menghitamkan aku.
 sbb masa tu aku dah bersedia memakai sunblock SPF 30..

bila dipikir2 balik boleh ke aku capai angan2 itu??

kerana tidak semua yang aku inginkan tertunai. aku masih di dunia.
bukan di syurga yang apa saja dipinta berada di depan mata..

kembali ke realiti, aku hanya seorang manusia biasa yang mempunyai angan2 tinggi. 
sama ada bakal tercapai ataupun tidak, hanya DIA yang menentukan.
aku hanya merancang.
cukuplah sekadar DIA memberikan aku 1 tanggungjawab untuk bergelar seorang bakal ahli farmasi,
yang memang aku angankan sejak dlu....



-TAMAT-

Thursday, October 28, 2010

jangan marah. kerana. walaupun.

JANGAN MARAH KALAU IBUMU BERKATA "NAK,JANGAN BUAT BENDA TU",
kerana ibu lebih mengetahui apa yang terbaik untukmu,
walaupun anda mau mengatakan yang anda sudah dewasa dan matang dalam membuat keputusan.

JANGAN MARAH KALAU AYAHMU BERKATA "AYAH TAK BENARKAN KAU BERKAWAN DENGAN LELAKI ITU",
kerana seorang ayah itu sangat menyayangimu, dan sukar baginya untuk melepaskan anda kepada seorang lelaki yang tak mampu menjamin kehidupanmu gelak,
walaupun dalam dalam hati anda mencintai dia adalah segala-galanya.

JANGAN MARAH KALAU ABANGMU BERKATA "JANGAN KELUAR MALAM",
kerana ayat itulah yang bakal diulang oleh suamimu kepada anak gadis kalian,
walaupun tujuanmu keluar malam sekadar mau berjumpa kawan didepan rumah.

JANGAN MARAH KALAU KAKAKMU BERKATA "BILA KAU NAK BELAJAR NI?",
kerana dia tak mau anda menangis kekecewaan apabila melihat corak merah pada keputusan peperikasaan anda,
walaupun hakikatnya kakakmu itu sekadar lepasan darjah 6.

JANGAN MARAH KALAU ADIKMU MENGAJAK UNTUK MENEMANINYA BERMAIN,
kerana ketika itu sahajalah si adik mau bermanja dengan anda,
walaupun masa yang diperuntukkan untuk bermain dengannnya boleh digantikan dengan melayari mukabuku.

JANGAN MARAH KALAU KAWANMU BERKATA "AWAK NI HODOH LAH",
kerana setiap daripada kita tiada yang terlalu sempurna,
walaupun pada hakikatnya anda ingin membalas "awak pun hodohlah!"

JANGAN MARAH KALAU GURUMU MAU MELAPORKAN KESALAHAN ANDA KEPADA GURU DISIPLIN BERMISAI (ALA-ALA GARANG),
kerana seorang guru itu telah dipertanggungjawabkan untuk mendidik dan menjadikan anak muridnya untuk menjadi seorang yang berguna pada masa hadapan,
walaupun pada hakikatnya ibu bapa anda sendiri tak ambil peduli dengan apa yang anda lakukan.

JANGAN MARAH KALAU KEKASIHMU MEMUTUSKAN PERHUBUNGAN KALIAN DISEPARUH JALAN,
kerana setiap jodoh, pertemuan dan perpisahan telah ditentukan olehNYA. akan ada pengganti yang terbaik untukmu,
walaupun dalam hatimu sekarang tengah frust tahap maksima.

JANGAN MARAH KALAU ORANG SEKELILING MEMANDANG PELIK KEARAHMU,
kerana mungkin ada perkara yang pelik@ tak senonoh yang anda telah buat. mau ditegur takau anda berasa malu,
walaupun dalam hatimu dah berbisik "apa pandang-pandang!".

JANGAN MARAH KALAU ANDA DITIMPA KESUSAHAN,
kerana setiap kesusahan itu akan merawat segala kelemahan kita,
walaupun masa tu anda da mencarut mencaci.

JANGAN MARAH KALAU APA YANG ANDA MINTAK TIDAK DIMAKBULKAN OLEH-NYA,
kerana sudah cukupkan usaha anda untuk mendapatkannya? patutkah permintaan anda itu dipenuhi?
walaupun anda merasakan andalah yang terbaik.

JANGAN MARAH DOKTOR ATAUPUN PHARMACIST KALAU UBAT YANG ANDA DAPAT ITU TAK MAMPU MERAWAT PENYAKIT ANDA ITU SEPENUHNYA,
kerana mereka hanya manusia biasa yang berusaha itu menolong anda merawat penyakit,dan selebihnya hanya berserah padaNYA,
walaupun anda dah berbelanja beribu-ribu demi ubat itu. kita harus tahu setiap penyakit penghapus dosa.


JANGAN MARAH SAYA KALAU APA YANG SAYA TULIS INI TAK BETUL,
kerana saya hanya menulis untuk suka-suka disamping menyebarkan apa yang saya tau,
walaupun dalam hati anda berkata "apalah yang budak ni mengarut".



-TAMAT-

Wednesday, October 27, 2010

slip exam

NURUL AZWA BINTI ISHAK
No. KP:xxxxxxxxxxxxSemester Masuk:091
No. Matrik:xxxxxxJumlah Hutang:RM 0
Status:AKTIF  Taraf Akademik:AKTIF
Tahun:PERTAMA KEDUAPNGK:x.xx
P.Pengajian:PUSAT PENGAJIAN SAINS FARMASI
Program:FARMASI
Major:TIDAK BERKENAAN
(NOT APPLICABLE )
Minor:TIDAK BERKENAAN
(NOT APPLICABLE )
Rancian:09F5 : SAINS FARMASI (ELEKTIF)
(PHARMACEUTICAL SCIENCE (ELECTIVE) )

SLIP PEPERIKSAAN SEMESTER I SIDANG AKADEMIK 2010/2011
NAMA:NURUL AZWA BINTI ISHAKANGKA GILIRAN:71602
NO. K/P:xxxxxxxxxxxxNO. MATRIK:xxxxxx
KURSUS:FARMASITAHUN:PERTAMA KEDUA

KOD KURSUS
TAJUK KURSUS
UNITJENISTARIKHMASATEMPAT
WCC124KOMPANG BERLAGU1U###
FAR222BENTUK DOS II3T8/11/20109.00 PAGIJ13
MK. DISP.
FAR241TERAPI ANTIMIKROB4T9/11/20109.00 PAGIL17
DPD
FAR212PRINSIP-PRINSIP KIMIA UBAT2T10/11/20109.00 PAGIE41
PHS II
FAR222BENTUK DOS II3T11/11/20102.15 PETANGM08
DUD RST
FEL272PENGURUSAN DALAM FARMASI2E12/11/20109.00 PAGIM08
DUD RST
LMT100BAHASA INGGERIS PERSEDIAAN2Z12/11/20103.00 PETANGL17
DPA
FAR221FARMASI FIZIKAL I3T15/11/20109.00 PAGIL17
DPD
FAR211BIOKIMIA DAN PRINSIP ASAS BIOLOGI MOLEKUL3T19/11/20109.00 PAGIL17
DPB

 Print Examination Slip
 Cetak Slip Peperiksaan
 Examination Instruction To Student
 Arahan Peperiksaan Untuk Calon

Rujukan
*Peperiksaan kumpulan kecil (25 pelajar dan ke bawah), sila rujuk Jadual Waktu Peperiksaan di Pusat Pengajian/Pusat
#Kursus 100% kerja kursus
Peringatan
1.Calon diminta sentiasa menyemak jadual waktu peperiksaan muktamad yang dipaparkan di laman web atau papan-papan kenyataan Universiti.  Sebarang perubahan jadual waktu peperiksaan [warna biru] akan hanya dipaparkan di dalam web dan papan-papan kenyataan.
2.Sila rujuk jadual waktu peperiksaan muktamad sekiranya terdapat sebarang perbezaan maklumat.
CALON INI HANYA DIBENARKAN MENGAMBIL PEPERIKSAAN BAGI KURSUS-KURSUS YANG DIDAFTARKAN SEPERTI DI ATAS.
PERHATIANArahan Peperiksaan Untuk Calon
1.Calon yang tidak menghadiri peperiksaan hendaklah memberi surat tunjuk sebab kepada Unit Peperiksaan dalam tempoh 48 jam dari tarikh peperiksaan.  Sijil Cuti Sakit sebagai alasan tidak menghadiri peperiksaan hendaklah dikeluarkan oleh Pusat Sejahtera USM, Klinik Panel USM atau Hospital Kerajaan.  Surat Akuan Penerimaan Rawatan tidak akan diterima sebagai alasan yang sah.
2.Jika seseorang calon membawa masuk ke dalam bilik/dewan peperiksaan bahan-bahan yang bercetak atau bertulis yang tidak dibenarkan, calon hendaklah berdiri di tempatnya dan menyerahkan bahan-bahan tersebut kepada Pengawas.
3.Penggunaan telefon bimbit dan kamus elektronik semasa peperiksaan adalah dilarang.
4.Sekiranya seseorang calon didapati meniru/menipu ataupun mempunyai bahan-bahan yang tidak dibenarkan dibawa ke dalam dewan peperiksaan semasa peperiksaan diadakan, tindakan disiplin yang sewajarnya akan dikenakan terhadap calon berkenaan.  Jika seseorang calon didapati bersalah meniru/menipu dia boleh disingkirkan dari Universiti.
5.Slip Peperiksaan ialah dokumen rasmi Universiti.  Calon tidak dibenarkan membuat catatan di atas Slip Peperiksaan.
6.Sila rujuk jadual waktu peperiksaan muktamad sekiranya terdapat sebarang perbezaan maklumat.
7.Untuk maklumat lengkap berkenaan peperiksaan, sila rujuk arahan-arahan peperiksaan untuk calon.
Telefon bimbit tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik/dewan peperiksaan.  Penggunaan telefon bimbit semasa peperiksaan adalah satu kesalahan.

Tuesday, October 26, 2010

kalau nak amek, kalau taknak buang

setelah beberapa hari aku nk update blog,tp usm x bg. line wifi x membenarkan,akhirnya arini dpt gak aku online utk update blog. kali ni aku nak bercakap pasal,

"kalau nak amek,kalau taknak buang"

ayat ni selalu jadi dalam kehidupan. masa kita memerlukan, kita akan tatang dia btul2, sayang2, peluk2, puji2... tp, sekali kita benci aka tak suka,nak tengok pun rasa tak hingin. bila dipikir2 balik kenapa boleh jadi mcm tu? sedangkan masa kita sayang,segalanya baik tentang dia. segalanya kita boleh buat utk dia. masa benci, segala yg negatif sume keluar. tak terfikir ke kita apa perasaan orang@benda yang kita buat2 benci tu? kenapa disebabkan salah yang sikit segala kesilapan diungkit? tak mampukah kesilapan yang sedikit itu ditutup dengan segala kebaikan yang pernah dia lakukan?  dalam mana2 perhubungan pun, sikap bertolak ansur amat penting. walaupun dalam perhubungan musuh dan musuh. 

contoh yg terlintas dlm otak aku skang, misalnnya, ada sepasang musuh. sebagai musuh1, dia mesti berusaha taknak serempak dengan musuh2. macam tu jugak yang dipikir musuh2 terhadap musuh1. so dalm hal ni aku concludekan yang kedua2 musuh ni saling berkerjasama untuk tak terserempak antara 1 sama lain. so terbukti tolak ansur tu amat penting dalam mana2 perhubungan. ini baru perhubungan musuh-musuh. kalau perhubungan kekasih-kekasih, lagilah banyak sifat tolak ansur tu. so dalam jangka pergaduhan, kenapa tak amalkan juga tolak ansur tu? alangkah baiknya kalau semua orang dalam dunia mengamalkan sikap ni. aman damai dunia ni. x perlu lagi bangunan mahkamah, xperlau lagi jabatan kehakiman, x perlu lagi pelajar undang2, dan x perlu lagi insan2 ketiga yang suka meruntuhkan dan memutuskan tali antara dua insan.



kasih dan sayang biar berada diatas....
jangan dibuang di tongsampah...


aku berbicara disebabkan peristiwa yang berlaku disekeliling aku.. sbg seorang perempuan yg tak mahir bab2 ni, aku sekadar memerhati dan apa yang aku katakan semuanya berdasarkan pemerhatian. dan jangan pikir, cinta yang aku ceritakan ini cinta terhadap manusia je, biarkan cinta itu meluas keseluruh perkara....

dan, sebelum berhenti menaip dan menutup laptop, aku mau muhasabah diri sendiri, menyayangi yang Esa tiada tolok bandingnya. selagi kita mengigatiNYA, selagi itulah DIA akan berada disisi kita. tiada sesiapa yang mampu melawan dan menandingi kasih sayang yang diberi olehNYA. selagi aku bergelar seorang yang waras, aku mampu memilih kekasih hati yang terbaik untuk aku...


-TAMAT-

Friday, October 22, 2010

patutlah aku jadi macam ni......

selama ni aku duk mencari reasons nape aku susah nak concentrate masa study. lagi2 sejak bergelar student farmasi ni. sgtlah susah untuk aku concentrate masa study. bru nak bukak buku, teringat baju belum basuh. bru baca 1 page, mata da ngantuk. bru setengah jam concentrate, tgn da menggatal nak online.... huhu
terasa mcm nak kembali kat zaman sekolah.. masa tu punyalah concentrate tak ingat dunia. makin tua makin main2 lak aku ni.. nak dipendekkan cite, tengah2 aku stalk fb org, aku terjumpa note ni, 

PERKARA-PERKARA YANG MEMBUAT KITA HILANG INGATAN DAN TUMPUL MINDA


aku scroll down,teruskan membaca. siapa makan cili terasa pedahnya. memang masa tu aku rasa pedas yang amat...  aku akan highlightkan benda2 n perkara2 yg menyebabkan aku terasa agak pedas. walaupun sebiji cili pun aku x telan masa ni....



Kurangkan makan bawang besar

Kurangkan makan berempah

Kurangkan makan ketumbar kering

Kurangkan menonton hiburan

Kurangkan membaca majalah hiburan

Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak


Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)


Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2


Jangan makan kepala ikan


Jangan minum air yang ada semut


Jangan tidur selepas subuh


Jangan tidur selepas asar


Jangan tidur selepas makan


Jangan makan terlalu kenyang


Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam


Jangan menyapu rumah pada waktu malam


Jangan makan yang masam-masam berlebihan


Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan


Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam


statement yg aku tanda separuh tu, aku buat kadang2... mata memang susah nak dikawal. rasa macam nk letak lidi je.. huhu
kalu nak dicompare dengan benda baik yg kena buat,...


Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2

Selalu makan makanan yang panas2

Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2

Selalu minum air masak

Selalu makan ulam2

Selalu mengamalkan pandangan hijau

Selalu bersenam

Selau menggunakan imajenasi otak

Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya

Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit

Jangan ego

Jangan dengki pada orang lain

Jangan makan dari sumber yang tidak halal

Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal

Jangan makan makanan yang ada pewarna

Jangan makan makanan yang ada pengawet

Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali

Jangan mandi selepas 9.00malam


huhu, lebih banyak merah daripada hijau.... patutlah aku susah nak concentrate.... haha
banyak tol dugaan nk concentrate.....

macam mana pulak amalan aku??


Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat b ila berbuat dosa kerana mati boleh datang b ila -b ila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita h ila ng bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.  
  Nanti     kita sombong apab ila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan mengh ila ngkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.



susah aku nak hilang hijau(baik dan aku slalu buat) atau merah(jahat yg aku kdg2 buat).... sbb kalu nak ikotkan setiap line statement tu aku nak highlight......


makanya,lepas ni pandai2lah aku menilai mana baik dan mana yang buruk.......




-TAMAT-
Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila kamu berdoa, janganlah berkata: Ya Allah, ampunilah aku jika Engkau kehendaki. Tetapi hendaklah dia serahkan permohonannya dengan senang hati, kerana Allah tidak pernah segan untuk memberikan sesuatu kepadanya.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a

--------------------entry yang belum berkarat------------------------