~anda mau follow?? thanks yaa~~

Thursday, October 28, 2010

jangan marah. kerana. walaupun.

JANGAN MARAH KALAU IBUMU BERKATA "NAK,JANGAN BUAT BENDA TU",
kerana ibu lebih mengetahui apa yang terbaik untukmu,
walaupun anda mau mengatakan yang anda sudah dewasa dan matang dalam membuat keputusan.

JANGAN MARAH KALAU AYAHMU BERKATA "AYAH TAK BENARKAN KAU BERKAWAN DENGAN LELAKI ITU",
kerana seorang ayah itu sangat menyayangimu, dan sukar baginya untuk melepaskan anda kepada seorang lelaki yang tak mampu menjamin kehidupanmu gelak,
walaupun dalam dalam hati anda mencintai dia adalah segala-galanya.

JANGAN MARAH KALAU ABANGMU BERKATA "JANGAN KELUAR MALAM",
kerana ayat itulah yang bakal diulang oleh suamimu kepada anak gadis kalian,
walaupun tujuanmu keluar malam sekadar mau berjumpa kawan didepan rumah.

JANGAN MARAH KALAU KAKAKMU BERKATA "BILA KAU NAK BELAJAR NI?",
kerana dia tak mau anda menangis kekecewaan apabila melihat corak merah pada keputusan peperikasaan anda,
walaupun hakikatnya kakakmu itu sekadar lepasan darjah 6.

JANGAN MARAH KALAU ADIKMU MENGAJAK UNTUK MENEMANINYA BERMAIN,
kerana ketika itu sahajalah si adik mau bermanja dengan anda,
walaupun masa yang diperuntukkan untuk bermain dengannnya boleh digantikan dengan melayari mukabuku.

JANGAN MARAH KALAU KAWANMU BERKATA "AWAK NI HODOH LAH",
kerana setiap daripada kita tiada yang terlalu sempurna,
walaupun pada hakikatnya anda ingin membalas "awak pun hodohlah!"

JANGAN MARAH KALAU GURUMU MAU MELAPORKAN KESALAHAN ANDA KEPADA GURU DISIPLIN BERMISAI (ALA-ALA GARANG),
kerana seorang guru itu telah dipertanggungjawabkan untuk mendidik dan menjadikan anak muridnya untuk menjadi seorang yang berguna pada masa hadapan,
walaupun pada hakikatnya ibu bapa anda sendiri tak ambil peduli dengan apa yang anda lakukan.

JANGAN MARAH KALAU KEKASIHMU MEMUTUSKAN PERHUBUNGAN KALIAN DISEPARUH JALAN,
kerana setiap jodoh, pertemuan dan perpisahan telah ditentukan olehNYA. akan ada pengganti yang terbaik untukmu,
walaupun dalam hatimu sekarang tengah frust tahap maksima.

JANGAN MARAH KALAU ORANG SEKELILING MEMANDANG PELIK KEARAHMU,
kerana mungkin ada perkara yang pelik@ tak senonoh yang anda telah buat. mau ditegur takau anda berasa malu,
walaupun dalam hatimu dah berbisik "apa pandang-pandang!".

JANGAN MARAH KALAU ANDA DITIMPA KESUSAHAN,
kerana setiap kesusahan itu akan merawat segala kelemahan kita,
walaupun masa tu anda da mencarut mencaci.

JANGAN MARAH KALAU APA YANG ANDA MINTAK TIDAK DIMAKBULKAN OLEH-NYA,
kerana sudah cukupkan usaha anda untuk mendapatkannya? patutkah permintaan anda itu dipenuhi?
walaupun anda merasakan andalah yang terbaik.

JANGAN MARAH DOKTOR ATAUPUN PHARMACIST KALAU UBAT YANG ANDA DAPAT ITU TAK MAMPU MERAWAT PENYAKIT ANDA ITU SEPENUHNYA,
kerana mereka hanya manusia biasa yang berusaha itu menolong anda merawat penyakit,dan selebihnya hanya berserah padaNYA,
walaupun anda dah berbelanja beribu-ribu demi ubat itu. kita harus tahu setiap penyakit penghapus dosa.


JANGAN MARAH SAYA KALAU APA YANG SAYA TULIS INI TAK BETUL,
kerana saya hanya menulis untuk suka-suka disamping menyebarkan apa yang saya tau,
walaupun dalam hati anda berkata "apalah yang budak ni mengarut".



-TAMAT-

No comments:

Post a Comment

saya tulis anda komen..

Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila kamu berdoa, janganlah berkata: Ya Allah, ampunilah aku jika Engkau kehendaki. Tetapi hendaklah dia serahkan permohonannya dengan senang hati, kerana Allah tidak pernah segan untuk memberikan sesuatu kepadanya.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a

--------------------entry yang belum berkarat------------------------