~anda mau follow?? thanks yaa~~

Tuesday, March 29, 2011

pregnancy test..

 hari ni tak nak tulis banyak2.
 cuma agak-agaknya la, 
kalau aku cakap kat mak ayah aku,
"mak,aritu wa buat pregnancy test"
sambil tu aku tunjukkan benda kat bawah ni....
 err,apa akan jadi???



-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


masih sedang berfikir........

Sunday, March 27, 2011

azwa's record...

*ini entry timbul lepas penat ngadap nota organic chem*


cuba try tengok pic atas ni. korang penah buat status dlm FB pastu comment yg ade smpi 100++?
pernah tak?
mungkin pernah bila korang berborak ngan 5,6,7,8,10 orang...
tp semalam. masa EARTH HOUR, aku berjaya mencipta record buat comment fb sebyk yg tertera diatas dalam masa tak sampai 1 jam.. 
x sempat nak bukak lampu lg masa tu.
korang ade? hehe...
sebenarnya disini bukan nak riak atau bongkak hati,
tp ade cite disebaliknya yang mungkin korang x terpikir nak buat,
korang tengok pulak r pic kat bawah ni.
malas nak tulis cerita panjang2..
-
-
-
-
-
-
-
-
 -
-
-
-
-
-


korang dapat ape yg aku nak cerita?
so,pasni kalu korang nak try buat, buatlah..
tp 1 nasihat aku.
kesabaran untuk membaca haruslah sangat tinggi...
kalau nak tau korang punya kesabaran tinggi ke tak,
cuba baca 2 pic atas tu...
dan kalau boleh baca sambil senyum ye...

senyum itu tetap sedekah walaupun kamu bersendirian...

^_^


Saturday, March 26, 2011

jatuh

saya jatuh cinta dengan PORORO [fullstop]

pororo
-
-
-
-
-

pororo lagi
-
-
-
-
-
-
-
-

pororo lagi sekali
-
-
-
-
-
-
-
-

dan lagi lagi pororo
-
-
-
-
-
-
PORORO the little penguin!!
-
-
-
-
 tapi disebalik kisah pororo ni ade kisah lain...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

haa,sebab inilah...


haroro vs pororo


saya jatuh cinta dengan kedua2nya sekali..


*pic ihsan dari en google

Wednesday, March 23, 2011

pantun menarik

1. kemana tumpahnye kuah,kalau tak ke bawah


2. tak lapuk dek hujan,tak lekang macam rambutan

3. tiada rotan,pelempang berguna juga

4. biar lambat asalkan tak cepat

5. biar putih tulang jangan kuning gigi

6. dimana ada gula disitulah ada gula-gula

7. kalah jadi abu,menang jadi arang,seri jadi abu bakar

8. carik-carik bulu ayam,lama-lama jadi shuttlecock

9. secupak takkan jadi 18 cupak

10. gajah mati meninggalkan gading,udang harimau mati meninggalkan kulit,manusia
mati meninggalkan dunia

11. sedangkan lidah lagi tergigit,inikan pula makanan di dalam mulut

12. harapkan pagar,pagar tak boleh diharap

13. alang-alang mandi biar gunakan sabun

14. berat mata memandang,berat lagi seguni beras

15. cubit paha kanan,paha kiri tak rasa apa pun

16. diam-diam ubi berisi,diam-diam orang.....bisu

17. hidup segan,mati ditanam

18. ikut hati mati,ikut rasa merasa

19. lembu punye susu cap teko dapat nama

20. sehari selembar benang,lama-lama habis

21. jika mata kail panjang sejengkal,beli la yang panjang sikit kalau nak mancing kat
laut(beli pukat tunda lagi baik)

22. hendak seribu daya,tak hendak takpe..

23. membujur lalu lintang-pukang

24. hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri,lagi baik tak payah hujan

25. sebab pulut santan binasa,sebab mulut habis pulut

26. kecil-kecil cili padi,kecil lagi biji cili

27. tuah ayam boleh nampak di kaki,tuah manusia boleh makan ayam

28. kalau sudi katakan sudi,kalau tak sudi boleh blah la lu..!!






entri ini sebagai mengisi masa kebosanan di waktu petang,
"bosan mengadap nota endocrine"
bukan mau merosakkan bahasa,
tetapi sekadar suka2...
terimakaseh sudi membaca,
esok2 lawat lagi..
agak2 boleh gantikan karam singh walia tak?? hehe

Tuesday, March 22, 2011

aku cinta dia

aku ada kekasih hati... 
dekat mana2 aku berada DIA akan ada disisi aku...
selagi aku ingat kat DIA, selagi tu lah DIA sayang kat aku...
tapi pernah satu masa, aku terlupakan DIA
ketika tu kisah cinta aku ngan DIA diganggu orang ketiga...
aku abaikan DIA,
aku lupakan DIA,
sampai satu masa orang ketiga ni tinggalkan aku..
masa tu aku sedih sangat.
setiap apa yang aku buat aku akan teringatkan orang ketiga ni..
tanpa aku sedar, DIA sentiasa dengan aku..
aku mula sandarkan diri aku ke DIA,
setiap ketika aku cuba mendekati diriku ke DIA,
kerana cinta yang pasti, DIA terima aku kembali,
aku tak sangka DIA mampu memaafkan aku, atas apa yang aku lakukan dulu,
masa tu barulah aku sedar cinta siapa yang lebih mendalam,
DIA atau orang ketiga tu..
sejak dari haritu, aku sentiasa malu dengan DIA,
aku x sangka, sejahat2 aku lupakan DIA, tapi DIA tetap menyayangi aku..
betapa ikhlasnya cinta DIA.
kerana dek malu dengan DIA, setiap hari dan setiap saat aku akan mengingati DIA.
tiada cinta yang lebih bermakna selain cinta dari DIA..
setiap hari aku berdoa supaya cinta aku dan DIA akan kekal ke akhir hayat..
tiada apa yang mampu memisahkan cinta aku dan DIA kerana


CINTA DIA IALAH CINTA HAKIKI

Monday, March 21, 2011

formspring

siapa tak tau ape tu fomspring??
aku gerenti semua orang pun tau.. dunia dah makin canggih.. 
mesti semua orang pun tau..
tapi kalau ade yang tak tau,aku nak bgtau...
formspring ni dyorang buat masa 2009, 
masa tu pun aku diperkenalkan oleh sape tah.aku sendiri tak ingat
*short-term memory*
FS ni dyorang buat utk korang bagi soalan kat sesape yang korang suka.
tp orang yang korang nak tanya tu mesti r kena ada akaun ni jugak..
so,bila orang dah bagi soalan kita jawab...
dan secara automatiknya soalan dan jawapan tu akan keluar dekat profile page kalian,
termasuk gak lah kat home page kalian..

ape yang bestnya??
bagi aku xde apa yang bestnya, sebab soalan jawab, soalan jawab,,.
nak2 aku ni pulak buat akaun tp tak terbukak...
twitter aku pn menerima naseb yg sama mcm ni...huhu

ape yang tak bestnya??
bagi akulah, yang tak bestnya bila si penanya tu ade option nak bgtau nama dia atau tak...
kalau yang jenis stalker tu? naseb r dapat soalan2 yang tah pape....

ok.. intro je da panjang. aku nak mulakan ngan isi2 kandungan lak..
semalam,entah kenapa aku teringat nak buka FS aku ni...
bukak2 aku tgk byk gila soalan tak terjawab... 
aku baca satu satu soalan tu...
baca je tanpa membuat apa2 tindakan...
tapi ada beberapa soalan menarik yang aku rasa nak jawab..
dan aku share kat sini...


SOALAN 1:
korang pun da tau kan aku memang geli gila dengan makhluk bernama cicak ni,
so,kalu binatang ni masuk dalam tudung aku, sambil2 berak, respons aku:
1. wajib utk perempuan, menjerit!
2. terkaku untuk sementara waktu.
3. mungkin aku akan cabut terus tudung aku tu. tp kalau kat khalayak ramai, 
aku pikir 2 3 kali r nak bukak ke tak..
4. tudung tu gerenti aku basuh guna sabun bergelen+dettol...
5. pikir 6 7 kali nak pakai ke tak tudung tu nnt...


SOALAN 2:
ye k.ya garang... lagi2 baru bangun tido... siyes aku cuak bila tengok muka kau dalam proses nak bertukar bila marah... huhu. hilang terus ke'cun'an anda.... tapi garang sangat ke? jawapan aku xde lah sangat.. lagi garang abah kamu... ye tak?? hehe


SOALAN 3:
ish, benda ni wajib.... lagi2 aku ni pulakjenis agak susah nak tido... so aku amek masa sebelum tido, untuk aku berangan sementara... tapi aku selalu berangan yang best2 sebab aku nak masukkan angan2 yg best tu dalam mimpi aku.. hehe so childish.... sebenarnya aku berangan bukan masa nak tido je.. kat mana2 tempat pun boley... bak kata satu cerita tu, 'tanpa angan2 mimpi tak menjadi kenyataan'
ceewahhhh.... 


sampai ke konklusi akhirnya.... kesimpulannya, banyak2 soalan tu aku x mampu nak menjawab... 
harap maaf ye.....
dan kepada yang sudi membaca, terimakaseh sudi menghabiskan masa membaca kemengarutan aku 
tengah2 hari buta ni.... 
tata~~


*sila klik header FS kat atas tu kalau nak singgah FS aku..*

Friday, March 18, 2011

album lama

petang jumaat yang mulia ni aku terbosan yang amat sangat.. belek fb pun xde apa yang menarik. last2 bukak album2 lama. terjumpa album kmj... tengok2 banyak lak yang aku nak kongsikan....

pic 1: muka2 freshie... bulan pertama menjejaki kmj... masa ni kay ade lg...
kay,aku rindu kau....

pic 2: majlis berbuka puasa. walaupun x grand, cuma duduk kat dataran je, tapi tetap best...

pic 3: hari pokok berjalan. masa ni dinner kmj kot... ktorg sume pakai baju hijau... baju aku tu hasil pinjaman seorang kawan yang aku dah lupa siapa..=_="

pic 4: sekadar bergambar dengan rakan course lain... kat matrik sebut course ke?? blur sebentar....
kepada encik bertie merah. anda harus berbangga muka kamu berjaya masuk blog saya...
pic 5: haa,yg ni aku upload bukan sebab encik yang tengah tu. tapi sebab orang yang aku bulatkan tu...
sape kenal angkat tangan!  kalau budak pharm usm x kenal, mmg aku rasa nak bako...
hehe
*wajib klik pic untuk pandangan lebih jelas*



itu je pic untuk petang ni... sekadar nak mengisi masa kebosanan....
terima kasih membaca...

Thursday, March 17, 2011

kedai tak untung

Ini adalah kejadian yang benar-benar berlaku kat Daerah Bentong. Tokey kedai tersebut sering mengadu kepadaku. Katanya, sejak mengambil alih bisnes daripada datuknya, dia sering tertanya-tanya mengapa bisnesnya itu tidak pernah mendatangkan keuntungan kepadanya.

"Untun tadak, tapi wugi slalu woo..." Begitulah keluhan Tokey tersebut dalam pelat Cinanya.

Dah banyak bomoh dia jumpa. Siam, Indon termasuklah Congo. Namun kedainya, tidak juga memperolehi laba seperti yang diharapkan.

Tapi selepas aku tengok keadaan kedainya atoknya itu, aku sendiri berkata;

"Ermm.... patutlah tak untung-untung.. "



*email dari seorang sahabat*

Tuesday, March 15, 2011

bencana jepun

semalam banyak keluar kat facebook pasal benda ni







nak percaya susah xnak percaya pun susah.. dah la dengan cuaca penang sekarang yang tak menentu...
tapi baru sekejap tadi, aku bukak website berita harian online, aku terbaca 1 artikel.. dan aku teringin nak share dengan semua orang...


*klik pic untuk lebih jelas*

bila aku baca benda ni barulah aku sedar yang kita sepatutnya kena sentiasa berhati2...
apa2 perkara pun kalau nak jadi akan jadi. tepulang pada kita untuk berusaha untuk mengelakkannya. 
tapi jangan sekali2 mengeluh apabila ditimpa sesuatu, kerana DIA telah menentukan dan kita harus menerimanya dengan redha..

dan lagi satu, sayangilah bumi kita. kerana selagi kita sayang bumi, bumi akan layan kita dengan baik~~


berdoalah semoga negara kita terhindar daripada bencana2 seperti yang berlaku kat jepun...
selamatkanlah juga rakan2 kita di jepun... amin...


(Fakta sejarah): Mengapa Utara Tak Ditawan Portugis

tahun 1508:
 Alfonso de al buqurque menyampaikan hasratnya kepada Raja portugis untuk meluaskan pegaruhnya ke Asia Tenggara ( Melaka pusat perdagangan asia tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat. Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera 158 biji kapal, 15300 ( anggaran) bala tentera 

tahun 1509:

 Portugis menhantar perisik ke Melaka untuk megetahui keadaan kekuatan pertahanan disana

Oct 1511:

Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu terhandal (Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu,Hang Jebat dan Hang Kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Alfonso, untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15k askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersaudara..akhirnya dapat juga menawan Melaka setelah hampir kecewa dan putus asa...

tahun 1512:

Setahun 12 bulan kemudian Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke Perlis, Kedah dan P.Pinang, yang ketika itu adalah pusat pegeluaran tebu untuk gula rantau ini,...

Feb 1512:

Alfonso menghantar perisik ke perlis, kedah dan pulau pinang untuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan.. .


Seminggu selepas

FEB 1512,

Perisik balik ke Melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso Di bawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Al fonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah

Perisik 1.2.3: selamat pagi tuan (sambil bertabik)
Alfonso: selamat pagi
Perisik 1: Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawa Perlis, Kedah dan Pulau Pinang
Alfonso: Kenapa kuat sangat kah mereka itu..? ( dengan nada marah dan bongkak)
Perisik 2: Untuk menawan melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pun kita kehilangan hampir 15k bala tentera, inikan pula kita nak menawan Perlis, Kedah dan P.Pinangyang mempunyai beribu ribu hang..
Perisik 3: Betoi tu tuan...antaranya

hang sihat, hang buat apa, hang apa khabar, hang lagu mana,hang pi mana,
hang nak pi mana, hang singgah dulu bapak hang,mak hang, adik hang, tok hang
macam macam lagi hang ada kat sana.....

Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak pi serang disebabkan
pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan melayu
Melaka amat
ngeri......ini kan pula nak berhadapan beribu ribu hang kat situ.
 


kesimpulannya, selidik betul2 sebelum buat apa2 konklusi..... 







p/s: disebabkan loghat utara ni la,  
aku percaya hampa tu maksudnya 10 orang..
tsk..tsk..tsk..=_=

Sunday, March 13, 2011

entry pendek

awal2 pagi ni aku sekadar nak buat entry pendek...
tp sebelum tu aku nak bgtau ayat2 utk entry ni mungkin agak pelik,
sebab harap korang paham bila mata & otak tak berehat selama hampir 24jam...

ini yang aku nak cakapkan pagi2 sejuk ni, 
kepada semua kawan2 aku, aku sayang korang semuanya,
kawan lama atau kawan baru,
semuanya sama, 
tp selagi aku berkawan ngan korang, aku sayang korang sgt2...
mungkin jarak masa n persekitaran yang buat aku berubah,
dan semestinya kenangan dulu tak sama dengan apa yang kau rasa sekarang bila kita bersama,
tapi kau tetap kawan aku. 
dan aku tetap sayang kau selamanya...
jangan sekali2 ingat aku da jumpa kawan sehebat kau!
mungkin ada, tapi kau tetap kau...



*rabbit n monster akan bersahabat
 untuk selamanya*





Monday, March 7, 2011

kisah HAMPA 10



Mlm ni aku nak bercerita tentang kawan. Sorang sahabat aku pernah buat status kat facebook, ‘kawan dan kawan-kawan, apa bezanya?’. bagi aku dua2 pun benda yang sama. Mungkin yang menyebabkannya berbeza dari segi bilangan iaitu satu dan jamak aka many. Tapi, kalau dah nama pun kawan, mesti seseorang yang akan bersama2 dengan kita susah dan senang. Kalau korang pernah mendapat kawan yang hampeh,korang jangan labelkan mereka sebagai kawan kalian. Sebab ape? Tanya dada,buka selera...

Ni bukan perkara asas aku nak membebel malam2 ni. Aku nak bercerita pasal kawan2 aku.. sejak hari pertama aku melangkah kat usm ni, bilangan kawan aku semakin bertambah. Tapi aku dpat rasakan bila aku tamat belajar kat sini, kawan terbaek aku ialah HAMPA 10. yang lain2 tu pun kawan aku gak tapi yg ni dabest!!

Kenapa HAMPA 10 ye? Mesti macam pelik kan? Tapi aku belum nak cerita lagi kenapa geng aku *ish,mcm nama jahat je* dinamakan HAMPA 10. Tapi aku nak bercerita pasal sorang demi sorang.


AHI
Nama sebenar: nur syahira shohar
Negeri: selangor
Gelaran: miss blur
Status: sedang memilih calon
Keistimewaan: blur tahap dewa. Selalu jadi mangsa buli. Bertanggungjawab. Susah nak kata tak. Struktur hidung terbaik..

‘AINAA
Nama sebenar: fatin ‘ainaa Mohamed anwar
Negeri: pulau pinang
Gelaran: geegeegee
Status: single *feelingless*
Keistimewaan: sangat3 fanatik ngan SNSD. Setiap hujung minggu tak dapat dikesan. Mempunyai struktur jari yang comel. Anak mami. Dunia sendiri.

ARINA
Nama sebenar: arina mohd adnan
Negeri: pulau pinang
Gelaran: emak
Status: berkahwin
Keistimewaan: nama pun emak. Sila bayangkan emak marah anak. Emak suruh ini,suruh itu. Emak garang. Emak take care ngan anak2.


FARAH
Nama sebenar: Farah natasya rusdi
Negeri: perak
Gelaran: *sedang berfikir*
Status: bakal berkawin
Keistimewaan: genius. Mata bola. Comel. Sedang mengamalkan diet. Gila game handset.  hati lembut. Manja.

MARY
Nama sebenar: mariyanti abd raani
Negeri: kedah
Gelaran: sasterawati USM
Status: masih mencari
Keistimewaan: macam biskut bila bershopping. Respon 2/10. Gadis desa. kadang2 pelik.

MIMI
Nama sebenar: nursyamimi Mohd mokhtar
Negeri: perak
Gelaran: kecik
Status: sedang dikenenkan
Keistimewaan: manusia terkecik antara kami&2nd year pharmacy. Adik aku.  Sedang berpendakap.
Bertih jagung.

NAD
Nama sebenar: nadzihah mohd sabri
Negeri: pulau pinang
Gelaran: miss J
Status: tidak dapat dikenalpasti
Keistimewaan: wiki KPOP. Mak kepada mimi. Semua J dy suka. Pendiam, tapi sekali cakap mantop!

NADIA
Nama sebenar: nadia abdul syukor
Negeri: kedah
Gelaran: mami jarum alor setaq
Status: teman tapi mesra
Keistimewaan: gossiper.  Hyperaktif bila malu. Hati lembut. Kembar ahi. sedang berusaha menjadi garang.

SYAKIRA
Nama sebenar: nor syakira diyana othman
Negeri: selangor
Gelaran: k.ya
Status: sudah berpunya
Keistimewaan: paling tua antara kami. Garang lagi2 bila bangun tidur. Senyum ketelinga. Body metabolism yg sangat tinggi.

AZWA
Nama sebenar: Nurul azwa ishak
Negeri: johor
Gelaran: ???
Status: ???
Keistimewaan:???

Saling melengkapi kan kami 10 orang? Yang bahagian aku tu......>_<
kalau ada yang nak tambah untuk bahagian aku tu,sila2lah rajinkan tgn menaip kat ruangan komen..


pic dibawah ni hasil tangan cik nadia~~
klik pic utk yg lebih jelas...
mimi>syakira>arina>farah>nadia>azwa>mary>ahi>nad>'ainaa


Kepada HAMPA 10,
10 jari disusun jika aku tersilap taip. Segala yg diatas sekadar hiburan dimalam hari. Bukan niat untuk mengata, menyinggung, mengecilkan hati..
Tanpa kamu semua xdelah HAMPA 10, xdelah aku...
Sayang HAMPA 10 sangat3..... *ikhlas dari hati*

Mungkin setakat ini je kot cerita malam ni. Aku akan sambung cerita kenapa HAMPA 10 pada next entry. Mata sudah mengantuk~~

Intro sket untuk entry akan datang, 
‘apabila budak johor menetap di penang dan 
dikelilingi orang utagha’





Saturday, March 5, 2011

main sembunyi-sembunyi

KISAH SANG PUTERI da berubah wajah lagi... byk perubahan yg aku buat. aku explore sana,aku explore sni. aku klik sana klik sini. lastly inilah hasilnya... n perubahan yang paling ketara, chatbox aku menghilang. aku ngah buat experiment ngan chatbox aku ni. aku sembunyikan mr chatbox kat tepi nun. sebelah kanan tu.... yang ada bear bunga2... tapi gambar tu cuma keluar separuh. aku still dalam usaha nak memperbaiki...

buah cempedak diluar pagar,
amek galah tolong tunjukkan,
saya budak baru belajar,
kalau salah tolong ajarkan...

untuk kali ni aku nak share ngan korang pasal camne nak main sembunyi2kan chatbox kalian. mungkin aku agak terkebelakang pasal ni. tapi nak share gak...

1. korang copy benda ni.. dan juga lupa masukkan sekali code chatbox/shoutmix kalian..

2. korang letak dekat blogspot korang. tak tau caranya? korang login dashboard korang>layout>page elements>add gadget (ruang sidebar)>pilih html>copy paste code yang korang copy tadi>lastly jgn lupa save.

kalau korang guna wordpress plak. login dashboard>pilih widget kat sidebar>copy paste code yang korang copy tadi>save.

make sure title tu korang biar kosong. kalau x title tu berawang2 kat blog kalian.

3. bila preview, gambar ni yang akan keluar.
kalau korang rasa x suka dengan color asal, dan nak tukar ke kaler lain, korang cari perkataan 
background: url>
then, korang tukar url original color ngan url color yang korang nak. korang boleh pilih color tu kat sini

4. bagi yang x suka juga dengan gambar kat atas ni, korang bley letak apa2 gambar yg korang suka. tapi yang ni macam leceh sket. sapa rajen sket bley r. macam aku. tp x berapa menjadi... huhu

caranya: 
  • korang copy gambar tu. hostkan kat mana2 hosting bergambar. contohnya flickr. 
  • then amek url dari tempat tu.. tak sure caranya? korang double click image>view image>copy url kat bahagian tab browser kalian.
  • lastly korang cari perkataan 'background: url>'. tukar url asal dengan url image tadi.
  • save and preview...


5. bagi sesiapa yang nak ubah2 saiznya,
untuk tinngi: tukar nilai kat height. contohnya 10px,20px,30px.....

untuk lebar: tukar nilai kat width. contohnya 10px,20px,30px.....



6. bagi sesiapa yang nak tukar ketinggian (jarak dari bahagian top blog)
cari perkataan top n tukar ketinggian yang korang suka. contohnya 10px,20px,30px....



7. akhir sekali, untuk sesiapa yang nak lebih lanjut pasal benda ni dan juga nak tambah2 ilmu pengetahuan, sila rujuk sini dan sini. sebab aku pun belajar benda ni semua dari blog mereka.... aku kan budak baru belajar...



8. selamat mencuba~~


Friday, March 4, 2011

apa endingnya?

Boss berkata kepada Secretary : Kita akan outstation selama seminggu, jadi aturkan segalanya.

Secretary menelefon Suaminya : Untuk seminggu, boss saya dan saya akan outstation, awak pandai2 jaga diri nanti...

Suami menelefon Buah Hatinya : Isteri saya akan outstation selama seminggu, jadi mari kita habiskan masa bersama-sama. ...

Buah Hati menelefon Murid tuisyennya : Saya kene bekerja selama seminggu, jadi awak tak perlu datang untuk tuisyen...

Murid tuisyen tersebut menelefon Atuknya : Atuk, untuk seminggu saya takde kelas sebab cikgu saya sibuk. Mari kita habiskan masa bersama...

Atuk (the 1st boss) menelefon Secretary : Minggu ni saya nak abiskan masa bersama cucu saya.. Batalkan outstation tu...

Secretary menelefon Suaminya : Minggu ni boss saya ada kerja, kami dah membatalkan outstation tu...

Suami menelefon Buah Hatinya : Kita tak dapat nak habiskan masa bersama untuk minggu ni, isteri saya dah membatalkan outstationnya. .

Buah Hati menelefon Murid Tuisyennya : Minggu ni kelas tuisyen mcm biasa.


Murid Tuisyen menelefon Atuknya : Atuk, cikgu saya cakap minggu ni saya kena pergi kelas tuisyen. Sori, saya tak boleh temankan atuk.

Atuk menelefon Secretary : Jangan risau, minggu ni kita outstation. Jadi uruskan semuanya..





agak2 apa endingnya?? wakaka~~

Wednesday, March 2, 2011

khas untuk kalian

kelmarin, aku merayap2 singgah ke blog org. sampai kat satu blog. namanya, 

sambil aku baca entry dia yg bertajuk ' kenapa kakak pakai saya punya?'. telinga aku dihiburkan dengan satu lagu.. merdu je aku dengar. hati mula tepaut ngan lagu tu. aku ulang balik tengok blog dia semata2 nak dengar lagu tu. akhirnya, aku cari sendiri lagu tu. aku bukak 4shared, aku download. dan hari ni aku nak share dengan semua pembaca. especially untuk semua yang pernah bergelar sahabat aku... hayati la ye.. video ni siap ade lirik lagi.. khas untuk kalian. 

~sebiru hari ini~


p/s: video ni munkin kurang sedap dipandang, 
tapi lagunya yang sedap dihayati....
Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila kamu berdoa, janganlah berkata: Ya Allah, ampunilah aku jika Engkau kehendaki. Tetapi hendaklah dia serahkan permohonannya dengan senang hati, kerana Allah tidak pernah segan untuk memberikan sesuatu kepadanya.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a

--------------------entry yang belum berkarat------------------------