~anda mau follow?? thanks yaa~~

Tuesday, May 24, 2011

25 cerita tentang azwa

err, aku kena tag lagi?
eh, bukan lagi. tapi da kena lama dah. pada tarikh april fool 2011.
sorry k.ya. wawa x perasan kamu tag sye....
tapi sye akan pastikan usaha kamu meng'tag' sye tak sia2...

"Once you have been tagged, you are suppose to write a note, with 25 random things, fact, habits or goal about you. At the end, choose 25 peoples to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If i tag you, it's because i want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated. "

first time aku baca benda atas ni, aku pelik ngan ayat ni: 
You have to tag the person who tagged you.
gila tak gila la kan. org tu da tag kita, kita tag dy... abestu sampai bila nak abes? huhu
dahtu sampai 25 orang lak tu... ermmmm..

ok la cerita pasal aku pulak lah...

---------------

1. aku seorang perempuan...

2. mak aku perempuan. ayah aku lelaki. abang aku lelaki. angah aku pun lelaki.
adik kembar aku ada sepasang. yg adek1, perempuan. yg adek2, lelaki.

3. aku anak jati johor. lahir kat atas katil rumah nenek aku kat muor.
4. dulu pernah suka seorang lelaki, sekarang pun suka seorang lelaki, akan datang pun suka seorang lelaki.

5. aku ada 1 penyakit. bak kata mak aku, penyakit keturunan. 
nama penyakit tu RABUN MATA.

6. aku suka berangan. kadang2 sampai 1 jam pun boleh... tu pasal jerawat tak pernah2 surut.

7. dulu pernah ada cita2 nak belajar kat jepun. tu pun sebab terhasut ngan sorang kawan.
padahal nak amek course medic. masuk akal ke?
last2 tersadai kat usm, belajar pasal ubat2...

8. masa sekolah rendah dulu selalu jd brutal. nak kawan pun ngan lelaki je.
sampaikan ada kes aku tampar klasmate aku. tapi bila dah darjah 6 mula berubah ke lebih ayu. mungkin sebab perubahan hormon kot.

9. pernah brutal ngan adik sendiri gak. tekap tangan adik aku yang perempuan tu ngan iron. masa tu aku baru 6@7 tahun. dengan alasan nak test iron tu panas ke tak. lama gak r  kesan melecur kat 3 jari tu nak hilang... naseb baek adik aku tak call tele-dera.

10. brutal2 pun aku ni cepat touching sikit bab2 parents ni. pernah sekali masa darjah 6, aku mimpi mak ayah aku panggil, jerit2 nama aku, tapi aku buat dek. aku g ikot lelaki mana tah.. terjaga dari mimpi tu, aku menangis. sampaikan angah aku pun terjaga. tapi bila dy da terjaga tu aku buat2 tido balik... adoi kanak2....

11. aku start kena g tuisyen masa darjah 2. masa tu ikot abang n angah. 

12. masa darjah 3, aku da mula pakai tudung. tu pun sebab mak aku risau bila kat surat khabar ada berita pasal kanak2 diapa2 tah. aku x ingat. plus,dy risau aku selalu pakai seluar pendek bila g tuisyen...

13. orang kata aku x sayang adik2 aku. tapi sebenarnya dalam hati sayang wooo...

14. banyak binatang yang aku x suka aka geli. antaranya kucing, lipas, cicak etc,,,

15. berahsia. kenapa? 
secret make a woman, woman.

16. dulu selalu baca novel cinta2. tapi sebab bila dah baca novel cinta2 tu buat aku lg banyak berangan, sekarang ni beralih pulak ke novel2 thriller esp karya Ramlee Awang Mursyid.

17. dulu suka warna kuning, lepastu bertukar kaler purple. sekarang ni dua2 aku suka.

18. zaman paling best: zaman TGB. zaman ni aku terjumpa dia...

19. appendiks aku da lama kena buang. sejak aku baby lagi. mak aku la yg cakap...

20. err, baru 20?
bila nak sampai 25 ni??
btw, aku suka num 25 ni.. 

21. orang selalu kata aku jahat. tapi sebenarnya aku baik....
*masuk kereta drive sendiri...*

22. haaa,umor aku 22 tahun masa 2012.

23. besfren aku sekarang BIT. sebab apa bit? sebab aku yg bagi. padahal nama dy Nurul Afiqah Noorberi.
tapi hampa 10 antara kawan2 kesayangku...

24. yeaaah lagi 2...
sekarang aku ngah gila citer RUNNING MAN! 

25. k last, pada saat dan ketika aku tamat menaip ni, aku ngah bersandar kat kepala katil berlapik bantal sambil memakai baju kaler krim n seluar biru. 
SEKIAN


eh, lupa nak tag orang....
tak yah tag r. semua yang baca entry aku ni, korang kena buat benda alah ni gak.....
sebab aku pun nak tau gak sape yg seludup2 baca blog aku ni.... hehe

GO GREEN GUYS!

owh,selalunya bila aku ber'blogwalking', aku selalu tgk bloggers join contest tu, contest ni..
dalam hati aku "best ke?" 
tp aku tak pernah try join pun mana2 contest walaupun nampak menarik.. 
tp harini aku dah di tag oleh seorang kawan aku, cik aiko..
disebabkan ade perkataan please tu, aku pun join lah..
nama contest tu, GO GREEN CONTEST..
kalau ade yang nak join, rajin rajinlah tekan banner bawah ni...



1. follow my blog
ok. aku dah tekan button FOLLOW tu..


2. buat entry bertajuk "GO GREEN GUYS!"
bila entry ni da dipublish, then korang nampak r apa tajuk entry ni...


3. pilih gambar korang yang paling terbaik dari ladang yang ada elemen nature a.k.a alam sekitar .
aku letak 2 takpe kan? kalau tak boleh pun aku da letak......





4. pastu cerita la siket pasal picture yang korang pilih tu.
lepas aku belek2 balik album gambo aku, aku rasa gambar kat atas ni je r yang menepati syarat.
gambar ni aku amek masa Program Jalinan Komuniti kat Yan, Kedah. 
sebab kenapa aku amek gambar kat sini coz bila lagi nak ada kenangan kat sawah padi waktu2 senja lak tu..
so, tu je r cerita pasal gambo atas ni..


5. bagitahu sekali apa yang korang pernah buat sebagai makhluk bumi dalam menjaga alam sekitar kat cerita korang tu.
rasanya aku xdelah berjasa sangat kat bumi ni. nak bercucuk tanam x reti. 
selalunya jadi tukang siram pokok je la kot.
nak kata aku tak buang sampah merata2 tu tak lah juga. kadang2 TERbuang...
tapi selalunya sampah2 yg aku buat tu aku buang dlm tong sampah,
kalau tak jumpa tong sampah (mcm kat fakulti aku), beg&kocek aku la yang selalu jadi tong sampah...
nak jaga kebersihan persekitaran la katakan..
rasanya tu je r kot...


6. jangan lupa letak link entry korang kat ruang comments ok ?
baekkk... arahan diterima..


7. jangan lupa tag 2 orang kawan2 blogger korang untuk join this contest. make sure diorang tahu tau .
sape yang bakal jadi mangsa aku ek?
ermmm,
2 org ni lah...



8. tarikh tutop penyertaan adalah pada 25 JUNE 2011 jam 12 malam.

perpisahan ini



sekali dengar nak dengar lagi maknanya best la kan lagu tu.. 
so aku nak cakap kat sini, sekarang ni aku dalam mood suka layan lagu ni.
Perpisahan Ini by Aizat feat 1st edition...
jiwang tak jiwang la ye..
yang penting telinga aku suka dengor...

disini bermulanya pertemuan yang terakhir
kehilangan amat terasa dihati
mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
kuterima perpisahan ini

dulu kita satu jiwa satu impian
susah dan senang kita bersama
namun itu semua hanya sementara

hanya lagu yang menjadi ingatan..
hanya lagu yang menjadi kenangan..
seandainya masa itu kembali semula
inginku memiliki lebih dari itu

mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
kuterima perpisahan ini
perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
dirimu pergi  biarku sendiri

dulu kita satu jiwa satu impian
susah dan senang kita bersama
namun itu semua hanyalah sementara

hanya lagu yang menjadi ingatan
hanya lagu yang menjadi kenangan
seandainya masa itu kembali semula
inginku memiliki lebih darimu

Sunday, May 22, 2011

Tanah runtuh Hulu Langat

Tanah runtuh Hulu Langat: Tragedi ketika berlatih nasyid 
KUALA LUMPUR: Sepuluh penghuni rumah anak yatim maut dan tujuh lagi masih terperangkap dalam kejadian tanah runtuh membabitkan kediaman Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat, dekat sini, petang semalam. 
Kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu membabitkan 25 penghuni pusat berkenaan dan sehingga jam 11.00 malam tadi, sembilan disahkan selamat.
Hujan lebat yang turun sejak jam 5.30 petang menyukarkan operasi mencari dan menyelamat untuk membawa keluar baki sembilan penghuni termasuk seorang kakitangan pusat itu yang belum ditemui dan dipercayai berada di bawah timbunan runtuhan tanah serta bangunan dewan serba guna. 
Penduduk dan pasukan mencari dan menyelamat menemui mangsa pertama yang hidup jam 3 petang. Dalam tempoh sejam selepas itu, mereka menemui tiga lagi mangsa terselamat. 
Mayat mangsa pertama ditemui jam 4.25 petang diikuti mangsa kedua jam 5.06 petang dan mayat ketiga jam 6.27 petang. Empat lagi mangsa hidup berjaya dikeluarkan termasuk yang ke sebelas pada jam 7.40 malam tadi.  
Semua mayat mangsa dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Hospital Kajang dan Hospital Ampang. 
Dua daripada mangsa yang terbunuh adalah pasangan adik beradik Mohd Zaim Azahari, 14, dan Mohd Azed Azahari, 10, Seramai 500 anggota penyelamat terdiri daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat, Polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), St John Ambulans, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) meneruskan operasi dalam keadaan cuaca gelap dan hujan lebat.  
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang turut berada di tempat kejadian mengakui gerakan mencari sukar disebabkan hujan lebat serta masih berlaku pergerakan tanah yang berkemungkinan menyebabkan kawasan itu runtuh sekali gus membahayakan anggota penyelamat. 
Kejadian itu berlaku ketika sekumpulan hampir 30 penghuni bersama guru berada di sebuah dewan serba guna berhampiran blok penginapan mereka untuk menjalani latihan penuh persembahan nasyid sempena satu majlis serahan bantuan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) yang dijadualkan jam 5 petang semalam.
Kediaman itu menempatkan tiga blok bangunan termasuk penginapan tiga tingkat, surau dan dewan serba guna yang dijadikan tempat kuliah serta dewan makan.  
Akibat kejadian itu, sebahagian bangunan pertama blok hadapan musnah teruk dan runtuh di bahagian kanan manakala satu lagi bangunan tidak terjejas.
Beberapa penduduk di situ mendakwa mereka mendengar bunyi dentuman dan runtuhan sebelum bergegas ke tempat kejadian untuk membantu mangsa. 
Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menggunakan khidmat helikopter unit udara PDRM bagi membantu mengesan mangsa serta meninjau keseluruhan kawasan kejadian.
Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Habsah, berkata kawasan di sekitar Batu 14 itu dikelilingi bukit serta mempunyai banyak anak sungai yang menyebabkan mudah berlaku runtuhan atau pergerakan bawah tanah. 
Katanya, kawasan kejadian terletak di antara Sungai Gahal dan Sungai Congkak yang dikatakan antara punca pergerakan tanah mendap secara perlahan sebelum runtuh petang semalam. 
“Kawasan ini memang menjadi kawasan tadahan air bawah tanah. Jika hujan lebat lebih 30 minit, pasti akan berlaku banjir kilat kerana tanah di situ sudah banyak air,” katanya. 



aku sebagai seorang manusia yang ada hati&perasaan cuma mampu mendoakan semoga roh semua mangsa yang tidak berdosa itu dicucuri rahmat dan dipermudahkan jalannya. tak lupa juga pada mangsa mangsa yang masih hidup, semoga tabah dan sabar menghadapi segala dugaan yang sedang dihadapi dan yang bakal mendatang.. ALFATIHAH buat mereka...


*pic dari berita harian online*

Friday, May 20, 2011

terpikat dengan si bujang 3...



eh,header MAMA KEMBAR 3?
kenapa aku letak pic ni dalam entry aku kali ni ye?
ermm... sebenarnya aku nak ajak kalian semua singgah kat blog 
sebab apa?
sebab aku sendiri da tertarik hati dengan 3 anak bujang mama ni..
faris, fahmi n fauzi..
serius aku nak cakap, walaupun aku da lama follow blog mama ni, tapi aku still tak dapat nak bezakan yang mana satu fahmi, faris n fauzi.
dekat mata aku tiga2 dak comel tu semuanya sebijik.
kalau tak percaya cuba tengok gambar bawah ni. 
serupa kan?


*pic dari blog mama*


sebenarnya baru sekeap tadi aku bukak blog kononnya untuk menjengah blog2 yang menarik hati aku..
tapi bila klik dashboard, aku ternampak, 

Video Si Kembar Mengamuk..

terus aku klik..
korang nak tau apa isi video tu?
jom2 kita sama2 klik SINI untuk tengok keletah si kembar 3 ni...
aku gerenti korang akan terpikat dengan keletah budak 3 orang ni.





jom ramai2 bukak blog MAMA KEMBAR 3 ni...
bukan senang aku nak promote blog orang ni. 
maybe blog mama ni blog yang pertama kot... 


Monday, May 16, 2011

Yan dalam kenangan...

aku nak buat entry hari guru, tp aku postponed sekejap boleh? 
aku nak bercerita pasal keluarga angkat aku kat kedah nun...
mula dari khamis kelmarin, 12mei hingga semalam, 15mei,
 aku n 71 orang lg dari fakulti aku mengadakan Program Jalinan Komuniti 
kat Kampung Setar, Yan, Kedah. 
program yang berteraskan unsur2 berbakti kepada penduduk kampung tu diadakan selama 4hari 3malam  betul2 buat aku jatuh hati dengan suasana kampung yang dikelilingi sawah tu.
maklumlah aku ni anak jati johor. mana nak jumpa permandangan sawah bendang macam tu...
serius semua tu akan jadi kenangan terindah,,,
kalau ikutkan hati banyak lagi gambar nak diupload. 
dari start program sehinggalah ke aktiviti bermandi manda kat air terjun.
semuanya memori,memori,memori....
tinggal gambar yang menjadi penyambung memori....
tapi disebabkan badan n mata yang terlalu letih sbb terpaksa mengharungi perjalanan jauh Penang-JB,
so, lain2 gambar n cerita akan disambung pada lain hari ye.....

terima kasih ayah n mak di kedah nun...
lain hari boleh berjumpa lagi....




pesanan terakhir,
selamat hari guru juga kepada cikgu2 yang sabar mendidik aku sejak dari Taski Nurul Falah, ke SKUAAM, ke SSI, ke MRSM TGB, ke KMJ, dan juga pensyarah2 di Pusat Pengajian Sains Farmasi...
tak dilupakan juga cikgu2 tuisyen aku, sejak darjah 2.....
SELAMAT HARI GURU....



Wednesday, May 4, 2011

i'm proud to be johorean...

selamat kembali ke KISAH SANG PUTERI.. 
pagi2 ni bukan nak mengarut atau bukan nak membebel.. 
bukan juga nak bercerita pasal exam aku, takpun pasal tragedi kami ditipu agensi pelancongan, bukan juga pasal aku balik kampung kat muor semalam tapi banjir, n bukan juga aku nak bercerita pasal preparation untuk majlis perkahwinan abang aku. 
tapi sebenarnya aku nak bercerita pasal satu artikel menarik dekat facebook yang menawan hati n mindaku.. *ekk,apakah ayat aku ni?* 
aku malas nak bercerita panjang2, korang baca je segala yang aku sempat aku snap sebentar tadi....



*agak2 kecik silalah klik kasi beso ye..*


serious aku suka artikel ni. sampaikan aku share ke profile aku.... siyes SUKA!




bila aku baca yang ni je aku da tergelak, apatah lagi bila aku terbaca komen2nya.... 
kalo korang terasa nak baca komen2nya picit INI
harap enjoy sume ngan entry ni....







Monday, May 2, 2011

muhasabah pagi: malu seorang wanita

Bila Sifat Malu Tidak Berfungsi...

Biasa kita mendengar, lelaki diistilahkan sebagai kumbang dan wanita pula sebagai bunga. Kalau kumbang suka kepada bunga, lelaki tentulah suka kepada wanita. Sejak remaja lagi keinginan lelaki kepada wanita sudah berputik. Lalu wanita menjadi sasaran usikan lelaki, baik di sekolah, di jalan-jalan raya, di pasar raya, di perhentian bas dan bahkan boleh dikatakan di mana-mana ruang dan peluang. Selagi usikan itu tidak diberi perhatian oleh wanita itu mereka akan terus mencuba dan terus mencuba.

Apakah keistimewaan wanita sehingga begitu kuat menarik perhatian lelaki? Sememangnya wanita lain daripada lelaki, terdapat banyak kelainannya.




Dalam sebuah hadis, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: 
"Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu." (Hadis riwayat Baihaqi) 



Wanita, apapun yang dilakukannya akan mendapat perhatian lelaki, kalau dia berbuat baik, dikagumi, apabila berbuat jahat diminati, apabila dia memakai pakaian menutup aurat dilihat menawan, apabila berpakaian tidak menutup aurat (seksi) dilihat menggoda, dan macam-macam lagi yang menarikperhatian.

Oleh sebab itu Allah S.W.T. mengurniakan kepada wanita sifat malu. Dengan sifat malu itu mereka akan berfikir panjang sebelum melakukan sebarang tindakan. Kalau hendak buat jahat dia akan memikirkan kalau-kalau orang nampak, hendak dedahkan aurat dia takut orang mengganggunya, hendak berjalan seorang dia takut ada orang mengusiknya.

Begitulah peranan malu yang boleh membantu dalam tindak-tanduk seorang wanita. Tapi apa halnya kalau tidak tahu malu ? Tentulah mereka tidak akan memikirkan semua itu. Pedulikan apa orang kata, pedulikan kalau orang tengok, tak kisah kalau orang mengganggu dan mengusik, bahkan mereka rasa senang, seronok dan bahagia bila dalam keadaan begitu.




Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari, Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud: 
"Jika kamu tidak malu, buatlah sesuka hatimu." 



Hadis ini merupakan sindiran dalam tegahan. Sifat malu itu adalah pokok akhlak yang mulia dan budi pekerti yang terpuji. Tidak payah diletakkan sifat malu ini di atas neraca akal pun sudah mengakui sebagai suatu sifat yang perlu ada pada diri manusia.

Barangkali wanita hari ini kebanyakkannya tidak malu atau kurang malu sebab itu mereka sanggup melakukan apa saja dosa dan maksiat.

Atau barangkali jika sifat malu yang dikurniakan Allah itu sudah tidak berfungsi sepenuhnya. Kalau demikian, bererti tiada iman di dada mereka.

Jelasnya, mereka tidak takut kepada Allah, tidak gerun kepada neraka Allah dan tidak cinta kepada syurga Allah. Mereka langsung tidak takut dengan
hukuman yang bakal Allah timpakan ke atas mereka. Ini tandanya mereka tiada iman.

Apabila tidak beriman, maka sifat malu yang sedia ada itu secara automatik akan hilang. Inilah realiti yang tidak boleh dinafikan, buktinya boleh dilihat di mana-mana. Melalui media cetak seperti majalah Hai, Mangga, URTV dan sebagainya, media elektronik seperti rancangan-rancangan hiburan dan bahkan di hadapan mata kita sendiri berbagai ragam dan kemungkaran berlaku, tidak berkecuali dilakukan oleh wanita.

Sayang, wanita yang sepatutnya lebih istimewa daripada lelaki menjadi serendah-rendahnya hanya disebabkan sifat malunya tidak berfungsi sepenuhnya.

Tapi percayalah, kalau semua wanita boleh mengekalkan sifat malunya tentulah mereka akan berpakaian sopan, berakhlak mulia dan ketika itu mereka akan disegani oleh semua pihak. Dengan ini akan terhindarlah gejala buruk yang menimpa kaum wanita.
Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila kamu berdoa, janganlah berkata: Ya Allah, ampunilah aku jika Engkau kehendaki. Tetapi hendaklah dia serahkan permohonannya dengan senang hati, kerana Allah tidak pernah segan untuk memberikan sesuatu kepadanya.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a

--------------------entry yang belum berkarat------------------------