~anda mau follow?? thanks yaa~~

Tuesday, June 8, 2010

tabahlah hati.....

dlm kehidupan ni bila kita sentiasa berada diatas dan tiba2 ditakdirkan kita berada dibawah, penangannya amatlah menyakitkan.. tapi sbg insan yang selalu melakukan kesilapan, kite mesti mempercayai yang setiap kejadian yg ditentukan mesti ade hikmah disebaliknya. yg mungkin suatu hari nanti mungkin kita akan sedar mengapa kita diberi dugaan sebegitu rupa.. mungkin kerana dugaan tersebut kita boleh memuhasabah diri kita agar menjadi yang lebih baik dan membuang segala perkara yg serba sedikit mencacatkan keberkatan kehidupan kita didunia ni..
ketika ditimpa dugaan seberat kuman sedikit pn jgnlah kita mudah menyalahkan diri org lain. kita belek semula dimana cacat celanya. agar mudah2an ianya dapat diperbaiki. dan bila ditimpa segala jenis dugaan pun, tumpukan pada diri kita dahulu. jangan melihat kearah org lain, kerana tidak semua org akan ditimpa benda yg sama. mungkin hari ini hari utk mereka bergembira dan hari esok pula beralih kearah kita. dan diingatkan seorang kawan dan sahabat itu hanya layak digelar sahabat sejati jika mereka sedia berkongsi segala kegembiraan dan kesedihan bersama2.. janganlah dibiarkan yg kalah dipinggirkan dan yang menang diagung2kan.. ingatlah yang dunia ini ibarat roda, kadangkala kita berada diatas dan kadangkala kita bopleh berada dibawah.. cuma masa yang boleh menentukan segalanya..... hadapilah dugaan dengan hati yg tabah dan redha kerana Tuhan yang maha esa tidak akan memberi kita dugaan yg tidak tertempuh oleh diri kita. sesungguhnya Dia maha yang mengetahui dan maha mengasihi......



-TAMAT-

No comments:

Post a Comment

saya tulis anda komen..

Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila kamu berdoa, janganlah berkata: Ya Allah, ampunilah aku jika Engkau kehendaki. Tetapi hendaklah dia serahkan permohonannya dengan senang hati, kerana Allah tidak pernah segan untuk memberikan sesuatu kepadanya.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a

--------------------entry yang belum berkarat------------------------