~anda mau follow?? thanks yaa~~

Thursday, June 25, 2009

Kisah 4 Haiwan

Kisah yg perlu diceritakan kembali oleh si penulis utk mengenang kembali kenangan2 lama Sang Puteri... Bukan untuk membuka pekung di dada tetapi sekadar untuk memberi ingatan kepada ke empat2 jenis haiwan ini agar tidak lagi menganggu kehidupan Sang Puteri...


Kisah Pertama,LIPAS

L,I,P,A,S LIPAS... Salah satu serangga yg amat ditakuti Sang Puteri. Walaupun ramai yang akan mengatakan,

"Ah, kamu ini. Tidakkah kamu berasa malu dengan sekalian manusia? Lipas itu berdouble2 lagi besar dari kamu....",

tetapi ia berjaya menakotkan hati kecil Sang Puteri. Bahkan lagi seram daripada siaran keliwon di TV3 itu. Apa yang paling membimbangkan Sang Puteri apabila kakanda2 nya ingin membaling lipas kearahnya.. Itulah tragedi sewaktu kecil yang membuatkan Sang Puteri teramat sangat la takut, seram dan gerun terhadap lipas..


Kisah Kedua, CICAK

Di awal perkenalan Sang Puteri terhadap cicak ialah apabila Sang Puteri telah memijak seekor cicak tanpa disengajakan.. Kisah bermula apabila Sang Puteri ingin menunjuk rajin ketika berada di teratak kesayangannya. Ketika itu denagn semangat yang berkobar2 Sang Puteri mengambil sebatang penyapu dan mula menyapu lembut lantai kayunya.. Dalam asyik Sang Puteri menyapu, dia tidak menyedari bahawa seekor cicak telah tergelincir dari landasannya lalu berdebuk jatuh ke bawah, iaini berdekatan dengan lokasi Sang Puteri menyapu. Tanpa disedari Sang Puteri telah terpijak cicak itu.. Kisah malang sudah bermula.. Dipendekkan cerita, sebenarnya Sang Puteri ingatkan benda licin2 yang telah dipijaknya adalah sampah, namun setelah diamati dengan tekun, benda yang dianggap samoah itu merupakan seekor cicak mati.. Sejak dari itu cicak merupakan salah satu kepobiaan Sang Puteri...


Kisah Ketiga, KUCING

"Alahai, comelnya kucing ni....",
Inilah ayat2 yang selalu kita akan dengar apabila makhluk yang bergelar manusia berjumpa ngan kucing. Tapi ini juga la yg merupakan ayat yg kurang digemari Sang Puteri. Setelah disiasat dan ditemuramah, Sang Puteri telah mengaku bahawa kucing merupakan antara haiwan yg tidak digemarinya. Berikut merupakan sedikit kata2 Sang Puteri,

"Ni, aku nak cite pasal zaman knk2 aku ni. Ade ke patut mase 2 aku ngah syok2 mkn ngan family aku kat adela 1 gerai mamak ni. Aku xkesah r suasana sekeliling dy cane tp yg penting kucing mesti xde. 2 je syarat kalu nak ajak aku gi makan. Ngah aku khusyuk makan kn, tah ape aluk mase 2 aku pn xbape ingt. Yg penting yg paling aku ingat, ade seko kucing ni naik atas paha aku. Aku x pikir pnjg tros jerit.Agak kuat r. Smpaikan makcik ujong sane pn toleh.. 2 la penangan jeritan aku."

Setakat ini sajelah dpt disiarkan petikan Sang Puteri. Kalau hendak disemadikan kata2nye di ruang ini, takut pula jenuh hendak dibaca. Apa yang dapat disimpulkan si penulis, Sang Puteri memang takotkan kucing. DULU KINI DAN SELAMANYA......


Kisah Keempat, TIKUS

Agak menggelikan, tetapi inilah hakikat yang perlu dihadapi semua student2 sains. Lagi2 sesiapa calun2 doktor... Begitu juga delima yang terpaksa dihadapi Sang Puteri.. Pada awalnya, Sang Puteri seakan2 malu2 ngimau,apabila diberi tugasan untuk membedah tikus. Dengan adanya sebilah pisau ditangan, zappp,sekelip mata bayang tikus pun tak dapat dilihat. Itulah bukti keganasan Sang Puteri.... Nasihat kepada bakal2 doktor malaysia jangan diikut aksi ganas ini...


No comments:

Post a Comment

saya tulis anda komen..

Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila kamu berdoa, janganlah berkata: Ya Allah, ampunilah aku jika Engkau kehendaki. Tetapi hendaklah dia serahkan permohonannya dengan senang hati, kerana Allah tidak pernah segan untuk memberikan sesuatu kepadanya.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a

--------------------entry yang belum berkarat------------------------