~anda mau follow?? thanks yaa~~

Thursday, June 25, 2009

kisah pak cik karim

Kisah ni tercipta bila petang tadi Sang Puteri sedang enak2 berbual dengan org2 yg menetap di sekeliling istananya. Sedang asyik dia bergosip, tbe2 datang pak cik karim.. Memang tidak dapat dinafikan pak cik karim memang akan sentiasa berkeliaran di seluruh pelosok negeri jajahan kepunyaan Sang Puteri ini apatah lagi petang sudah menjelma.. Targetnya cuma 1, kanak2 ataupun makhluk yg sedang kehausan tahap cipan. Sebenarnya niat murni pak karim cuma 1, ingin meluaskan perniagaannya. Namun, cita2 murninya terpakse dibatalkan akibat daripada onar 1 makcik ni. Patut x patut dy sebarkan ajaran songsang kat anak kecilnya. Mahal sangat ke harga 50$ atau rm1 bginya sehinggakan terpaksa memberitahu,

'Nak, pak cik tu letak taik idungnya kat makanan tu',

Fikirlah. Patutke jiwa suci kanak2 berusia 6 tahun itu diporak perandakan. Bagaimana ekonomi pak cik karim hendak mantap jika si kanak2 tersebut menghebohkan kisah pak karim ke sekalian kanak2 di situ? Sedih sungguh hati si penulis untuk meneruskan lg penulisannya.. Patutlah Sang Putera menyuruh si penulis meriwayatkan kisah ini. Supaya menjadi pedoman kepada bakal2 ibu @ ayah di luar sane. Janganlah anda merosakkan jiwa suci seorang kanak2.. Hendak dipendekkan cerita, pak karim yg disebut2 sejak awal kisah ini adalah singkatan kepada PAK CIK AIS KRIM...

No comments:

Post a Comment

saya tulis anda komen..

Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila kamu berdoa, janganlah berkata: Ya Allah, ampunilah aku jika Engkau kehendaki. Tetapi hendaklah dia serahkan permohonannya dengan senang hati, kerana Allah tidak pernah segan untuk memberikan sesuatu kepadanya.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a

--------------------entry yang belum berkarat------------------------