~anda mau follow?? thanks yaa~~

Tuesday, October 12, 2010

insan kecewa

semalam, tengah aku seronok2 surf tenet cari info utk asg aku, tbe2 aku terbaca benda ni. bg aku coretan ini menarik utk dikongsi... dan agak ksian kat insan ni (yg x diketahui jantinanya)..



apa rasanya kalau seseorang yang pernah rapat dalam hidup kita berkata 
"kau ni dah menyusahkan hidup aku je selama ni. kau selalu ganggu aku"
masa itu aku rasa macam dah nak terbalik dunia ni.
 apatah lagi bila teringat kenangan kenangan lama.
saat saat bersembang. bergurau. bergelak ketawa. 
talian persahabatan yang terbina untuk sekelip mata boleh terputus. 
rasa macam sekejap sahaja benda tu hilang ditiup angin bila dia berkata begitu.
orang selalu cakap kenangan lama biar jadi sejarah.
dan bagi aku ini adalah sejarah yang amat memeritkan.
sedar tak sedar dah 3 tahun sejarah ni  berlalu.
dan bila diingat ingat balik rasa macam nak putar masa,
kembali ke masa itu dan 
cakap balik dekat dia,
"terima kasih Tuhan, telah mengurniakan aku seorang sahabat sebegini"
dan sejak dari itu,,,,
aku jadi benci pada orang orang sepertinya,
bermacam macam perkara aku buat utk membalas dendam
terhadap insan insan sepertinya
dalam erti kata lain memuaskan hati aku.
tapi baru kini aku sedar walau apa apa pun yang berlaku
sejarah lama tidak dapat diubah
ianya kekal termaktub macam itu
dan walau apa cara pun aku mau membalas dendam
yang berlaku tetap berlaku
ianya dah berada dalam hidup aku
cuma aku sendiri yang mampu merawatnya,
membiarkan ia pergi ataupun terus bersarang dalam hidup aku.
oh Tuhan, tabahkanlah hatiku dengan segala ketentuanmu.
tunjukkanlah aku segala jalan yang lurus.
berilah masa depan yang terbaik untukku,
kerana ketika saat ini aku hanya mampu berserah padaMu..




-TAMAT-

1 comment:

saya tulis anda komen..

Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila kamu berdoa, janganlah berkata: Ya Allah, ampunilah aku jika Engkau kehendaki. Tetapi hendaklah dia serahkan permohonannya dengan senang hati, kerana Allah tidak pernah segan untuk memberikan sesuatu kepadanya.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a

--------------------entry yang belum berkarat------------------------