~anda mau follow?? thanks yaa~~

Sunday, June 13, 2010

mengingati mati

semalam, rumah aku ade mengadakan majlis fardhu ain. dah menjadi kebiasaan rumah aku dijadikan tempat untuk kaum2 ibu yg juga sahabat2 emakku. dalam setahun ade r dalam sekali ataupun dua kali emakku membenarkan mereka menumpang. itupun kalau tiada aral yang melintang.. so dari pagi aku dah start mengemas ape yang patut.. menyapu sampah. mengemop ape patot n mengalih keluar serba sedikit kerusi yang tidak diperlukan. untuk majlis semalam juga ayah aku menjadi sponsor kepada jamuan ringan.. then start kul 7 pg maka aku da sibuk menyiang 7 kilo ikan selayang.. mak aku bebel,

"menyampah tol pasar xde ikan. ni pun tinggal yang kecik2. leceh nak siang . leceh nalk asingkan isi ngan tulang nnt."

tp bebel2 dy pun habes gak sume ikan2 tu dy siang. abes siang, mak aku rebus. campur sket ngan asam keping. sambil2 tu aku dok potong bawang. almaklumlah mane la reti aku nk siang2 ikan ni. naek meleleh airmata aku duk motong bawang. tu pun dah x tahan sgt aku berhenti.. rupa2nya dah sebekas besar aku da siap potong. bila ikan da siap rebus lak aku berdua ngan emak aku bersila atas lantai dengan sebelah tangan memegang pisau, sebelah lg ngan pantas mengambil sekor2 ikan utk diasingkan antara isi dan kulit..


sebenarnya bukan ini yang mahu diceritakan byk2.. yang aku ingin bercerita utk harini ialah tajuk ceramah yang disampaikan oleh salah seorang suami kawan emak aku yang juga merangkap mak guru kepada aum2 ibu utk malam tu. kami gelar penceramah tu PAk Haji. biasalah kalu dah berkali2 pergi menunaikan haji ke mekah, ditambah lg menjadi imam di salah sebuah surau di Taman U ni. rasanya itulah panggilan yang sesuai utk beliau.. kalu ikutkn Pak haji ingin bercerita mengenai bulan rejab yang disambut harini. tp disebabkan asal bulan rejan je mesti ramai yang akan bercermah pasal kebaikannya, fadilatnya... so utk mlm tu Pajk Haji nak jadi yang lain. dy ambil keputusan nak berceramah pasal Mengingati Mati...

Pak Haji tu ade bercakap, walau ape pun yang kita ngah buat, sedarlah yang kita sentiasa didampingi malaikat. dalam satu hari ade 24 jam. dan dalam 24 jam tu akan ada 40 malaikat yang akan melihat kita. cuma bila masanya pun kita sendiri xtau. tp cuba bayangkan dalam sehari ade 24 jam, dalam 1 jam ade 60 minit.. maknanya dalam seharian ade 1440 minit.. kalu btul dalam 1 hari ade 40 malaikat yng melihat kita, maknanya setiap 36 minit yang bersamaan lebih kurang setengah jam, akan ada malaikat yang melihat kita. tidakkah kita terpikir yang ape pun yang kita akan buat sentiasa akan dipandang. ada sesetengah org akan berkata bila mereka melakukan sesuatu kejahatan,

' xde org tgk tgklah. kte buat ni kejap je pun. mak bapak kita pun x nampak.'

mmg btul ibu bapa kita x dapat melihat ape yg kita buat. tapi sedar tak kita yang kita ni sebenarnya diperhatikan oleh malaikat. paetah lagi Allah yang Maha Esa akan sentiasa melihat ape yang kita sedang lakukan. makanya sebelum melakukan sebarang perbuatan ingatlah bahawa kita sentiasa dipandang. biarlah kita tak malu unyk melakukan kebaikan dihadapan manusia sesama kita tapi malulah untuk melakukan kejahatan kerana kita sentiasa dipandang walaupun secara zahirnya tiada yang melihat..

selain itu Pak Haji juga ada berkata tak salah untuk kita bekerja dari pg ke ptg. ptg ke mlm.. malah 24 jam bekerja pun tak salah. kerana itu caranya untuk memperoleh kekayaan didunia. tp setiap pekerjaan itu kan salah jika ianya dilakukan tanapa mengigati Allah swt. sehinggakan solat fardhu 5 rakaat diabaikan. kita sentiasa meminta kepada yang maha Esa jika ingin sesuatu. tetapi adkah kita meberikan DIA sesuatu sebagai balasan? DIA tidak meminta lebih. tetapi sekadar mngigatinya dengan melakukan segala yang wajib. bersembahyang, bepuasa dan melakukan kebaikan sesama manusia. jika dilihat dunia masa kini, kanak2 yang masih tidak dapat berpikiran waras didera dan bayi yang baru dilahirkan tanpa sebarang dosa dibunuh dan dibuang dengan kejam. dimanakah segala perasaan perikemanusiaan dalm setiap diri individu? kita yang makhluk yang dicipta oleh Allah ini juga akan merasa sedih apabila melihat berita2 didada akhbar mengatakan kanak2 didera, bayi yang bru dilahirkan dibuang, bagaimana pula Allah sebagai pencipta.. DIA dah mencipta sesorang bayi dengan sempurna, berbekalkan kaki tangan yang lengakap, muka yang comel, mengapa kita sebagai manusia sanggup berbuat demikian? sudahlah dengan dosa berzina, ditambah lagi dengan dosa membunuh.. bertaubatlah wahai manusia selagi kita masih sempat melakukannya...

berbalik kepada ceramah Pak Haji td. ingatlah segala perbuatan yang kita lakukan sentiasa dipandang.. dan setiap kali kita melakukan sesuatu, sentiasalah kita beringat tentang ibu bapa kita. bayangkan bagaimana kecewanya mereka jika mereka mengetahui ape yang selama ini kita lakukan.. cubalah hayati segala pengorbanan mereka selama kita hidup membesar. snggupkah kita membalas jasa mereka dengan meberikn sesuatu yang sangat mengaibkan mereka.. sebagai kesimpulan yang kau ingin simpulkan daripada ceramah semalam, sentiasalah mengigati Allah jika hendak melakukan sesuatu. kita ini milikNya. ape2 pun yang kta bakal lakukan sedarlah akibat daipada apa yang kita akan lakukan...

___________________________

mungkin aku sendiri belum cukup baik untuk bekata2 seperti yang diatas. tapi aku cuma mahu berkongsi ilmu yang aku peroleh semalam. dan mugkin juga boleh menjadi peringatan kepada diri aku sendiri. kerana aku tau aku belum cukup baik untuk semua itu. terlalu banyak dosa yang aku lakukan sepanjang usiaku 20 tahun. semoga entry kali ni menjadi pedoman utk semuanya...




-TAMAT-

2 comments:

  1. huish..sensitif gak awak ni ye azwa ishak...

    ReplyDelete
  2. uish!
    sejak 2 menjak ni sensitivity rate aku da meningkat.....

    ReplyDelete

saya tulis anda komen..

Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila kamu berdoa, janganlah berkata: Ya Allah, ampunilah aku jika Engkau kehendaki. Tetapi hendaklah dia serahkan permohonannya dengan senang hati, kerana Allah tidak pernah segan untuk memberikan sesuatu kepadanya.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a

--------------------entry yang belum berkarat------------------------