~anda mau follow?? thanks yaa~~

Sunday, October 3, 2010

Bila kita sayang orang tu

Bila kita sayang orang tu
Kita terima je apa yang orang tu kata
Tapi bila kata dia?
Hati kata takpe manusia tak perfect

Bila kita sayang orang tu
Kita tunggu dia lama pun x pe
Tapi bila dia tunggu kita???dia marah2
Hati kata ala, adatlah ada yang
menunggu n ditunggu

Bila kita sayang orang tu
Kita x tido pun x pe layan dia yang ngah
bosan,
Tapi bila kita bosan
Ada dia layan kita?
Hati kata x pe dia busy kot

Bila kita sayang orang tu
Kita gaduh ngan dia, kita diam je
Tapi dia heboh 1 dunia
Hati kata x pe, dia tension tu

Bila kita sayang orang tu
Kita call nak cakap ngan dia
Tapi dia bagi phone kat orang lain
Bila jadi camtu, x pe
Hati kata, x pe, layan je, kawan dia, kawan
kita gak

Bila kita sayang orang tu
Kita bercerita dengan dia,cerita ngan
tunggul lagi baik
Tapi bila dia bercerita ngan kita
Kita dengar, sepatah2 kita ingat
Hati kata x pe sayang katakan…

Bila kita sayang orang tu
Kita n dia lapar
Tapi kita bagi sume roti kita kat dia
Hati kata, ala jagalah hati dia, kesian
dia….

Bila kita sayang orang tu
Kita sanggup bagi dia rest biler dia
letih,
Tapi bila kita letih, dia suruh jugak
kita layan dia bila dia bosan
Adil ker?
Hati kata, ala bukan selalu pun..

Bila kita sayang orang tu
Kita jadi cam orang gila dengar dia sakit,
Tapi bila kita sakit,
Dia siap keluar ngan kawan2 dia meraikan
hari kesakitan kita,
Hati kata, ala x pe, x kan dia nak
berkepit ngan kita 24 jam

Bila kita sayang orang tu
Kita x pernah pentingkan diri sendiri
Tapi dia hpokrit tahap ngaban
Hati kata x per, dia memang camtu kena lah
terima..

Bila kita sayang orang tu
Kita sayang nak tinggalkan dia selama2nya
Tapi dia x tahu kita berdepan dengan maut,
Walaupun kita sakit,dia kata kat
kita,sakit biasa2 je, jangan nak mengarut
Hati kata, camnelah dia bila kita x
de,
sedangkan dia happy bila kita pergi

Bila kita sayang orang tu
Kita x sanggup tengok dia derita
Tapi dia x pernah hargai diri kita,
Hati kata, tau x betapa kita sayang kan
dia????????? ?

Bila kita sayang orang tu
Kita sanggup tinggalkan dia selama2nya
untuk dia bahagia
Tapi adakah dia tahu pengorbanan yang kita
lakukan itu??


Bila kita sayang orang tu
"blahlah kau! jangan harap aku nak sayang kau lagi. kalau ini yang kau bagi kat aku!"
sanggupkah kita nak berkata sedemikian?
jadi berpada2lah bila hendak menyayangi orang.
jangan sampai rasa sayang itu merosakkan diri sendiri....



-TAMAT-

No comments:

Post a Comment

saya tulis anda komen..

Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila kamu berdoa, janganlah berkata: Ya Allah, ampunilah aku jika Engkau kehendaki. Tetapi hendaklah dia serahkan permohonannya dengan senang hati, kerana Allah tidak pernah segan untuk memberikan sesuatu kepadanya.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a

--------------------entry yang belum berkarat------------------------