~anda mau follow?? thanks yaa~~

Tuesday, August 4, 2009

lelaki gentleman

Jadi Lelaki GENTLEMAN

GENTLEMAN atau bersoapan santun adalah salah satu kriteria yang boleh membuatkan seseorang lelaki itu dihormati dan dipandang tinggi oleh orang sekelilingnya. Bukan sahaja amat diingini oleh seseorang wanita, tetapi amat penting untuk kehidupan era serba pantas ini, baik dalam kehidupan sosial mahupun dalam kerjaya. Tak percaya? Kamu harus teruskan membaca.

Kajian yang dilakukan oleh pengkaji dari luar negara satu ketika dulu menempatkan Malaysia ditangga ketiga tidak beradab, patut kita ambil berat. Biarpun mereka hanya menilai dari tiga kategori iaitu tidak membuka pintu, tidak mengutip sampah dan kedekut senyuman, namun adakah benar masyarakat kita begitu tidak beradab? Dengan kata lain tak gentleman.

Namun, bukan semua lelaki mempunyai sikap gentleman secara semula jadi, ada yang wujud secara paksaan ataupun dibuat-buat. Sebenarnya lelaki gentleman dilihat sebagai satu ikon yang digambarkan oleh kaum wanita dan amat dicari-cari. Pun begitu benarkah ia kini semakin pupus? Jika ya, bagaimana mahu mengembalikan sikap gentleman itu dalam diri kamu? Berikut adalah salah satu cabang etika untuk menjadi gentleman. Ayuh mulakan langkah kamu menjadi seorang yang gentleman sekarang demi karier yang mantap dan hubungan dengan orang sekeliling penuh yakin.


Selalu berkelakuan baik
Biarpun kamu tidak menyukai seseorang, jangan pamerkan sikap kurang senang itu sebaliknya perlu sentiasa berkelakuan baik dan bersopan santun. Walaupun ada yang cuba menyakiti hatimu, tak usah membalas perbuatan itu. Letakkan diri di tahap yang paling rasional. Pasti kamu tidak akan rugi.


Jaga nada percakapan
Jika kamu selalu bercakap dengan suara yang tinggi, ia akan meletakkan kamu dalam situasi yang menyakitkan. Orang di sekeliling akan menganggapkamu sombong atau angkuh. Anggapan negatif ini akan membuatkan kamu hilang keyakinan dan kepercayaan daripada orang ramai terutamanya ketika kamu mahu meluahkan pendapat.


Elak maki hamun
Jangan cuba mencari nahas dengan menghadiahkan kepada sesiapa makian dan kutukan biarpun hati terlalu sakit. Apabila mudah melenting hingga terhambur segala makian dan kutukan, ia akan melabelkan kamu sebagai individu
yang bermasalah serta kurang ajar. Mahukah kamu diperkatakan sebegitu rupa?


Cuba bersabar
Jika tahap kesabaran sudah hilang, sebenarnya ia menunjukkan pada semua yang kamu mudah tewas dengan emosi sendiri. Jika gagal mengawal perasaan marah, bagaimana kamu mahu mengawal hal lain terutamanya yang melibatkan emosi? Bersikap tenang dan rasional biarpun berhadapan dengan situasi sulit, pasti semua orang bersedia menerima kamu.


Berhenti merenung tajam
Renungan mempunyai pelbagai maksud terpendam, tersirat dan tersembunyi. Ada kalanya orang akan merasa terganggu dengan renungan itu dan tertanya-tanya tujuan kamu merenung sedemikian rupa. Pasti pelbagai tanggapan yang muncul di benaknya termasuklah dari sudut negatif. Tindakan ini juga boleh dilabelkan sebagai Psychological Aggresison iaitu pencerobohan dari sudut psikologi.


Elak menyampuk
Biar orang lain menghabiskan katakatanya sebelum kamu memberi komen. Gangguan dalam komunikasi dua hala antara perkara yang harus dijauhi. Ia juga akan menjejaskan tahap sosial kamu. Apabila seseorang sudah habis menguraikan kata-katanya, barulah giliran kamu untuk meluahkan apa yang ingin disampaikan.


Jangan meludah

Perbuatan yang tidak senonoh dan boleh mengganggu emosi orang lain. Memang menjijikkan apabila kamu meludah tidak kira tempat terutamanya di kawasan awam. Ia juga menunjukkan yang kamu ini seorang yang pengotor.


Hormati yang lebih tua
Jika mahu diri dihormati, kamu harus menghormati orang lain terutamanya mereka yang lebih tua. Lagipun kini,ramai yang sudah hilang hormat terhadap orang lain. Orang muda mudah menganggap mereka tahu segala-galanya, sedangkan hakikatnya yang lebih tua sudah tentu makan garam terlebih dahulu. Pengalaman dan kemahiran bukan perkara utama untuk kamu tidak menghormati orang yang lebih tua.

No comments:

Post a Comment

saya tulis anda komen..

Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila kamu berdoa, janganlah berkata: Ya Allah, ampunilah aku jika Engkau kehendaki. Tetapi hendaklah dia serahkan permohonannya dengan senang hati, kerana Allah tidak pernah segan untuk memberikan sesuatu kepadanya.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a

--------------------entry yang belum berkarat------------------------