~anda mau follow?? thanks yaa~~

Friday, September 2, 2011

RaYaNunDalWau...

RaYaNunDalWau...
RINDU
besar maksudnya tu...
dan sebesar tu juga rindu aku malam ni,
rindu nak rajin2 menulis update blog,
rindu dengan kenangan2 lama,
rindu ngan my bestie...
rindu ngan sahabat2 lama,
rindu ngan 1 org,
rindu ngan USM??
kesimpulannya aku ngah rindulah..
rindu dengan semuanya.........

mood: rindu+sewel

Friday, August 5, 2011

apabila diari diceroboh...

sekian lama tak menulis, kali ni aku nak bercerita kisah menyayat hati. kisah diari aku diceroboh. diceroboh oleh siapa? oleh adik aku. walaupun diari lama, tahun 2004, tapi isi diari tu perghh kenangan tu. kalu korang nak tau, diari hijau ni lah diari pertama dan terakhir aku. sejak2 tu aku x pernah rajin menulis lagi. maklumlah zaman dah maju... semuanya tersimpan dalam alam maya... aku tak tau nak cerita macam mana diari aku ni diceroboh. tapi korang tengok je lah pic2 yang aku uploada pasni. sadis woooo....

diari 2004 yg masih suci bersih...


hurm... apakah ini??


lagi sekali...


agak2nya apa yang adik aku ni pikir sambil dy melukis2 ni...



wahai adik aku yang tersayang... akak kamu ni x suka nak mengamuk2 bulan puasa ni. tapi bila dah jadi macam ni memang wa kena mengamuk!!!!

Sunday, July 17, 2011

mana azwa??

fuhh3... terasa bersawang pulak belog azwa ishak ni.. harini aku mengupdate blog ni pun bukan sebab apa sgt pun. sekadar memberitahu sekalian pengunjung bahawasanya blog azwa ishak ni akan berhibernasi buat sementara waktu. bukan kerana tiada cerita hendak ditulis tetapi kerana azwa kini sedang melaksanakan tugas berat negara.. apakah tugas tu?? InsyaAllah akan diceritakan pada entry2 yang bakal menjelma... terima kasih sudi membaca....^^


Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila kamu berdoa, janganlah berkata: Ya Allah, ampunilah aku jika Engkau kehendaki. Tetapi hendaklah dia serahkan permohonannya dengan senang hati, kerana Allah tidak pernah segan untuk memberikan sesuatu kepadanya.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a

--------------------entry yang belum berkarat------------------------