~anda mau follow?? thanks yaa~~

Friday, April 15, 2011

ayat dalam otak

tengah aku bosan2 terbaring atas katil, tiba tiba otak aku memproses satu ayat ni. sampai sekarang asyik bermain main dalam otak aku....


"JANGAN DIKENANG SEJARAH LAMA
 JIKA KENANGAN LAMA ITU MEMBUATKAN 
KITA TAK KERUAN"


ok. tu je yang nak tulis petang ni.

Thursday, April 14, 2011

harga emas naik...

petang tadi aku merajinkan telinga aku ni dengar HOTfm sambil2 study. masa aku dengar radio tu DJnya suraya n kieran. aku pun layan je r dyorg membebel. tapi ada satu benda yang dyorang cakapkan menarik hati aku untuk mendengar. 

lonjakan harga emas.  

yeap, emas memang satu pelaburan yang bagus. macam sekarang ni, siapa2 yang tengah kesempitan wang tu, n ada pulak simpanan emas kat rumah ataupun emas yang dipakai kat leher tu semakin membebankan. apa lagi, amek barang emas tu gi jual. bayangkan satu gram je dah RM 150. paling kurang pun berat cincin tu ade la dalam beberapa gram agaknya. aku ni x pernah beli cincin. so tak tau r berat sebenar cincin tu. apetah lagi gelang dan rantai. kalau tanya mak ayah aku dyorang tau la. kat SINI ade detail lagi harga2 emas tu. manalah tau korang ade niat nak tau harga emas terkini...

tapi janganlah kita terlalu ghairah ngan kelonjakan harga emas tu sampaikan kita lupa si peragut kat luar sana tu lagilah ghairah dengar berita ni. kalau kita sebulan baru nak dapat gaji beribu, dyorang ni dalam masa seminit je dah ade ribu dalam tangan. tapi jangan pulak korang ade niat nak jadi macam dyorang. 
tolonglah jangan ada cita2 nak jadi peragut. tapi kalau peragut hati tu, tak mampu aku nak tolong. 

untuk makcik2 kat luar sana yang suka menayang2 harta emas kalian  ni, kat sini, anak ni nak bagi nasihat.
simpanlah sikit emas tu kat rumah, takpun nak bagi selamat letak dalam peti rahsia kat bank tu. insyaAllah r selamat. bukannya anak ni iri hati dengan kekayaan emas makcik2 tu. tapi anak ni risau kalau2 tiap2 hari nanti anak ni baca dalam surat khabar,

"warga emas menangis rantai pusaka diragut"

takpun

"penjaja nasi lemak hilang anak demi mempertahankan gelang emas."


jangan kita gelak sekarang sebab semuanya bakal berlaku kalau kita tak berjaga2 mulai sekarang.
jadi macam aku, gelang n rantai emas yang maka ayah aku belikan, aku cuma simpan je kat rumah. 
kali terakhir aku pakai pun masa raya 2 tahun lepas....

last sekali, walaupun dulu2 aku selalu tengok cerita anak mami yang pakai gelang banyak2 tu, tapi bila aku dah ada kat penang ni selama 2 tahun ni, tak pernah pulak aku jumpa orang2 macam tu.
wujud ke??




Wednesday, April 13, 2011

exam dan doa

sebelum blog aku bertukar ke mood struggle study, aku nak share something ngan kalian.
sempena bulan exam ni, aku ada cari2 beberapa doa yang boleh kita amalkan.
bukan setakat untuk exam kali ni je, tapi untuk masa2 depan. 
dan pastikan juga bukan semata2 doa yang mengiringi kejayaan kita, tapi pastikan juga diselitkan usaha untuk mendapatkan kejayaan itu.
TANPA USAHA MIMPI TAKKAN JADI KENYATAAN

tapi sebelum tu, kita mestilah tau adab adab berdoa. janganlah main balun je baca doa. memanglah orang kata doa kita dinilai dengan niatnya, tapi bila nak berdoa tu biarlah kena pada tempatnya. dan jadilah seorang yang sempurna sebelum kita meminta daripadaNYA.

dekat bawah ni ada senarai adab adab berdoa. kalau korang rasa kesik tulisannya n susah untuk dibaca, silalah klik untuk membesar.. confirm jelas..^_^




bila dah tau adab2nya, barulah kita kena tau tempat2 dan masa yang sesuai dan mustajab untuk berdoa. kalau bagi diri aku sendiri, aku selalu amalkan yang 'selepas solat fardhu' dan 'semasa sujud'. sebab yang lain2 tu kadang2 aku terleka tak pun memang tak sempat dan tak dapat nak lakukan...




sebelum belajar tu ingat2lah berdoa supaya ilmu yang kita pelajari tu diberkatiNYA.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

SEMOGA DENGAN DOA DOA NI PERJALANAN EXAM KITA DIPERMUDAHKAN.
TAPI JANGAN TERLALU BERGANTUNG DENGAN DOA KERANA DOA SEKADAR PEMBANTU SAMPINGAN DALAM MERELIASASIKAN SESUATU PERKARA. YANG PENTING ADALAH USAHA DIRI SENDIRI. 
SEMOGA BERJAYA KEPADA SEMUA YANG SEDANG ATAU BAKAL MENGHADAPI PEPERIKSAAN .


*off ke mood struggle*
Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila kamu berdoa, janganlah berkata: Ya Allah, ampunilah aku jika Engkau kehendaki. Tetapi hendaklah dia serahkan permohonannya dengan senang hati, kerana Allah tidak pernah segan untuk memberikan sesuatu kepadanya.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a

--------------------entry yang belum berkarat------------------------